INSPIRASI Tips mudah dijamin suci lagi bersih

1. Bagaimana kita nak bagi komputer kita bagi ucapan salam " Assalamualaikum " pada memula kita hidupkan komputer. Anda juga boleh gunakan bunyi amaran seperti " Woi!! Salah tu!!!" sekiranya adik atau kawan anda ada buat kesilapan semasa menggunakan Windows..jom..
Memula anda kena sediakan Microphone,kalau tak ada pinjam jiran anda punya yang suka berkaraoke itu, lakukan latih tubi lontaran suara anda supaya dapat hasilkan bunyi merdu tidak sengau dan garau, setelah berada dalam keadaan bersedia, pergi ke START --> Program-->Accessories--> Entertaiment -->ambik Sound Recorder dan mulakan rakaman anda..jangan ler membebel panjang sangat.memadailah..dah puas hati, anda simpan fail yang telah dibuat tadi.Setelah siap, Masuk dalam Control Panel dan dapatkan Sound and Audio Devices, Klik pada Sound dan anda akan dapat seperti arahan dibawah.


Lakukan gerakan pada Program Events hingga anda jumpa Start Windows dan klik Pada Browse untuk mencari fail rakaman suara anda tadi..Cuba klik pada tanda Play untuk Test..Lakukan ikut inspirasi kreatif anda, kalau ada rakaman tentang kesalahan, cari Program Error dan tukar ajer. Pasti komputer anda selamat dari digunakan oleh adik anda.

2. .Pernahkah anda menghadapi saat getir kerana tak jumpa dan tak tahu dimana fail penting yang anda telah anda simpan terutamanya selepas selesai upacara Defrag atau penyusunan semula fail?

Penyelesaiannya mudah sekali, anda cuma perlu dapatkan kumpulan Search berbaloi-baloi dengan bergerak manja ke Start dan klik pada SEARCH seperti gambaran di atas. Mulakan pencarian fail anda yang tidak dapat dijejaki dengan menaip penghujung format fail tersebut, seperti jika fail dari Microsoft Word anda taip *.DOC maka senarai fail .Doc akan dipaparkan secara percuma. tanda * akan mewakili semua fail format Doc jika anda lupa apa nama fail tersebut.

3. Bagi pengguna Internet yang telah diserang penyakit malas, anda boleh lakukan begini kalau nak cepat dapatkan alamat pencarian di ADDRESS BAR..Contohnya anda malas nak taip "http://www.yahoo.com, anda cuma taip yahoo ajer..cuba tekan CTRL+ENTER bersekali, lihat ADDRESS BAR anda akan dilengkapkan secara gear Auto. Bagaimanapun, kata kuncinya mestilah betul seperti " FACEBOOK" jangan taip "Facebok"..sampai tahun depan tak jumpa..
4. Bagaimana pula kalau anda buka banyak folder atau fail dalam satu masa,tetiba Komputer anda Mati akal atau "HANGING" ? Nak tunggu takut lama sangat..jadi anda boleh gunakan ALT+F4 untuk memberhentikan beberapa program yang sedang bergerak , Ataupun langkah yang lebih sopan dan berhemah guna CTRL+Alt+Delete untuk mendapatkan arahan END TASK(Task Manager) dan anda boleh pilih program mana nak dimatikan..

5. Bagaimana pula kalau keadaan lebih merbahaya jika Tetikus pula tidak mahu bergerak..anda boleh gunakan kekunci CTRL+ESP untuk mendapatkan Start Menu bagi membolehkan anda Restart komputer..

6. Anda boleh gunakan TAB pada kekunci sebagai ganti Tetikus yang tidak bergerak untuk menggerakkan kedudukan anak panah tanpa perlu bersusah payah dapatkan Busur panah.

7. Tip bersihkan komputer amat payah untuk dilakukan, banyak rintangan dan halangan yang perlu anda tempuhi...tapi tidak mengapa jika anda ingin mencuba, langkah pertama dapatkan kain buruk yang sekarang ni ada dijual dimana-mana, basahkan dengan air bersih, pulas kain tersebut jangan pulas telinga jiran anda..Setelah suam-suam basah, mulakan dengan Doa dan bismillah..gosoklah habuk pada Komputer atau monitor anda dengan berhati-hati serta tamakninah..

Sekian terima kasih.

INSPIRASI BAHASA TEKA TEKI

Kalau kita rajin buat kajian sedikit tentang bahasa ni, kita boleh dapat beberapa fakta menarik yang boleh diolah dan diubahsuai menjadi satu teka teki..Tengok contoh diberi.
- Ujian apakah yang tidak memerlukan seorang pelajar buat ulangkaji dan tidak pula dijalankan menggunakan walau sekeping kertas?.
- Lagu apakah yang jika dinyanyikan cuma menggunakan satu perkataan sahaja malah akan diulang-ulang sampai habis?.
Jawapannya UJIAN SUARA.

- Tiket apakah yang susah giler nak dapat dan memerlukan pengorbanan dan daya usaha yang tinggi?.
- Antara banyak-banyak tiket, tiket apakah tidak dijual dimana-mana kuanter pengangkutan awam seperti Bas, Kapal Terbang, Kete api ?

Jawapannya : TIKET SUKAN dengan ayat lebih kurang begini" Pemain utama negara tidak berjaya menempah Tiket ke kejohanan dunia"..

-Pucuk apakah ada ramai orang didalamnya ? .. heeheh PUCUK PIMPINAN PARTI
- IBU siapakah yang patut kita jauhi ? IBU maksiat
Sebelum menutup artikel ini, satu persoalan menarik untuk anda fikirkan " Kenapa orang kemalangan, kita terpaksa "Kejarkan " ke Hospital, kenapa tidak "dibawa" ke Hospital?.

INSPIRASI RASHITT

Kita lihat beberapa fakta menarik menarik dalam minggu ini.

-Bila dah dekat nak raya timbul pula isu GULA..tapi yang tak sedapnya, ada ke Menteri suruh rakyat kurangkan beli gula, memanglah banyak gula boleh membina banyak penyakit, tapi patut ke alasan begini diberikan setelah masalah gula kekurangan gula tidak dapat diselesaikan , bagaimana pula jika BERAS kurang, adakah Menteri akan suruh rakyat jangan beli lebih BERAS?..
- Bekas Calon BN, Rohaizat sudahlah kalah dalam PRK,kini terpaksa pula berdepan dengan Pak mertua isteri nombor duanya pula .. memang kes naya, malang bertimpa, mesti SERIK nak jadi calon dah !!!.
- Ong Tee Keat kalau nak mudah memberi penerangan kenapa Soi Lek dipecat ,terpaksalah keluarkan DVD terbarunya macam yang dilakukannya pada pemilihan yang lepas sehingga berjaya menjadi Presiden MCA
- Konsep 1Malaysia kalau diikut keadaan semasa patutnya diubah begini, " Rakyat didahulukan,kroni diutamakan." sesuai dengan isu Harga naik, CAJ TNB dah naik,Harga gula nak naik, Minyak pun kalau kita kaji betul-betul memang NAIK!!! Itulah sebabnya kerajaan jadi marah sangat pada Pakatan Selangor turunkan dan bagi air Percuma..Lari dari konsep mereka sebenarnya yang mengutamakan kenaikan.
- Rasa pelik pula bila penganjur Demo pindah kuil hari tu kata tak tahu siapa punya kepala lembu yang dipegang,dipijak oleh mereka sendiri..mungkin lembu tu lembu yang dihadiahkan oleh pemimpin PKR pada SPRM kot tempoh hari.
- Isu H1N1 masih belum menemui sentuhan untuk reda, arahan terbaru kini terpaksa dikenakan kepada bakal penumpang bas Express pula..masalahnya pula bagaimana kalau Bas Express itu yang kena H1N1..???
- Kes Perak bakal kecoh lagi apabila Speaker Perak telah jadi dua, kita tunggu ajerlah apa kesudahan yang bakal menjadi sejarah nanti.
- Dalam sebulan dua ini kecoh pasal SPRM yang sudikan diri menyiasat Pakatan sahaja, apapun apa nak dikata dah memang MOTO mereka begitu.!! Siasat Pembangkang Rakyat Malaysia. Lainlah kalau mereka tukar MOTO baru SURM iaitu Siasat UMNO Rakyat Malaysia
-Adakah bakal ada Pilihanraya di Kota Seputeh? Rasanya TIDAK kerana kuasa SPR boleh bertukar-tukar mengikut keadaan semasa,lagipun apa sangat kuasa Speaker!!!
- Peragut nampak gayanya dalam seminggu dua ni tak selamat, macam-macam kes kecederaan melibatkan mereka, nampak gayanya mereka kena buat persatuan lah pulak, Persatuan Peragut Malaysia jadi senang nak tuntut ganti rugi kalau cedera dan sebagainya..amacam peragut? anda BERANI?..
- Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang memang tidak perkasa walau sedikitpun ini bercakap mengenai situasi di PERAK, tapi tak perlah ada juga tempat dia nak menumpang duduk sementara ni,biarkan dia bukan boleh buat apapun,ibarat kata dengar boleh percaya jangan sekali .
- Kalau kita ikuti betul-betul kes Beng Hock ni, dah jadi macam kes Al-tantuya,lama-lama orang dah tahu yang mana betul, yang mana cuba diperbetulkan.
- Kita nak tengok juga nanti macam mana penyiasatan Polis dalam kes pindah kuih sambil pijak kepala lembu ni nanti, jangan esok Siasatan tak dapat diteruskan kerana "Suspek tidak dapat dikenal pasti"!!!
Wassalam..

MENAMBAH KELAJUAN WINDOWS

Selain dari beberapa artikel yang telah dibuat sebelum ini, terdapat beberapa cara lagi kita boleh gunakan untuk menstabilkan atau menambah kelajuan Windows yang digunakan. Antaranya ialah kegunaan Virtual Memory yang antara fungsi utamanya kita diberi peluang untuk menambah dan mengurangkan ruang kegunaan dalam sistem memori komputer agar setiap urusan dapat dilakukan dengan lancar bersih cekap dan amanah. Untuk menjayakan usaha ini cukup mudah, kita tidak memerlukan bantuan dari bomoh kampung atau bandar..cukup anda ikuti langkah diberi ini..

- Lakukan gerakan solo ke START - ingat Start ni penting tau!! Boleh anda bawak kete kalau tak Start?
- Dapatkan CONTROL PANEL yang pernah berjiran dengan Queen Control masa dok kat JB.
- Cari SYSTEM dan ambik ADVANCED bukan duit pendahaluan tau!!.
- Klik pada SETTING dan dibahagian PERFORMANCE seperti gambaran dibawah.


-Klik ADVANCED dan anda akan dapat seperti arahan dibawah seterusnya pilih CHANGE..

Setelah anda Klik pada Change, satu paparan secara percuma diberikan seperti dibawah

Pastikan anda mempunyai Partition D atau lainnya, Klik pada Pastition yang mahu digunakan ,dan buat perubahan nilai keluasan yang anda mahu gunakan sebagai Virtual Memory..
Mudah ajer kan..

INSPIRASI ULASAN BERITA RASHITT

Anda tentu dah tahu siapa RASHITT kan, jadi mulai tika dan saat ini saudara Rashitt akan menngulas,mengolah berita-berita politik semasa dalam negara mengikut acuan beliau sendiri..

SUMBER MSTAR ONLINE..
-Kekadang kita menjadi pelik ler juga dengan masalah kekurangan gula dalam negara yang tidak dapat diselesaikan sebab rasanya semua tahu, RAJA gula ada sorang jer kat Malaysia ni..apsal tak gi jumpa dia..kan leh settel masalah problem?.
-Nampaknya Chua Soi Lek tersilap buat DVD ler,kalau hari tu dia buat DVD copy pasal joging dan kesihatan seperti yang dikeluarkan oleh bekas bossnya Ong Tee Keat, tentu tak ada masalah sampai dipecat.
- Cerita SPRM dan penyiasatannya dah jadi makin deramatik apabila berlaku tuduh menuduh satu sama lain..Apa kata kita cadangkan nama Plaza Masalam ditukar kepada Plaza MASALAH atau Plaza SAMPAI MALAM..baru tak payah nak ada apa-apa Enkueri..
- Samy Vellu masih dengan tahap keVeLLUannya, kita tunggu sahaja apa kisah beliau yang rambut tak mungkin beruban ini..
Lain-lain Sumber.
- Ada satu jawatan kosong yang baru dua hari lepas diperkenalkan, sesiapa yang mahu dan rasa layak memohon boleh datang sendiri ke KDN..Jawatan taraf tetap dan berpencen.. TUKANG SEBAT!!! siapa Mau??..
- Kekadang bila baca berita dalam sumber-sumber yang diperolehi rasa geram pun ada, soal kematian janganlah dibuat memain.. Tak pasal-pasal Datuk Ismail Kamus dituduh sedang meninggal dunia.
- Isu lompat Parti atau keluar Parti ni sepatutnya diharamkan terus, maknyanya kalau lompat juga hilang atau lucut apa-apa jawatan yang disandang,barulah orang yang mengundi rasa adil, lainlah kalau ada YB yang nak melompat katak ker, melompat sambil berenang ker..tak de siapa nak marah..
- Kes Kartika cukup senang nak diselesaikan, rotan ajer lah..tangguh apa lagi..jangan sampai nanti orang Singapura atau kaki arak dapat memperlekehkan Mahkamah Syariah sudahlah!!.
- Bila sebut pasal Epal Hijau yang dapat mengelakkan terkena H1N1,ada beberapa perkara menarik boleh kita dapat..
1. Tahu tak kenapa ramai orang Cina dan India beralih ke Pakatan Rakyat,sebab sekarang mereka makan Epal HIJAU bukan epal MERAH..
2. Orang dan penyokong UMNO yang fobia dengan warna Hijau mesti keberatan nak makan epal Hijau ..
Sebelum diakhirkan artikel ini..ada satu persoalan untuk anda fikir bersama.. SIPUT BABI boleh kena H1N1 tak ?...

Rashitt.

INSPIRASI CAP BISKUT JADI CAP TULEN

Sebelum diteruskan, artikel ini jadi bahayer jika Bill Gate jumper..kalau dia tak jumper tak jadi bahayer, cuma ianya boleh memudaratkan kesihatan dan pendapatan perkapita Bill Gate dan teman-temannya..Untuk melaksanakan tips yang akan diberi nanti, peratus kejayaan itu bergantung kepada keupayaan anda..apapun tak salah untuk mencuba..
Soalan isu ini ialah " Bolehkah kita MENGORIGINALKAN WINDOWS XP ? Adakah boleh diTULENkan Windows XP saya ?..Al-maklumlah nak beli yang ori isk..isk..saya tak mampu..JAWAPANnya memang BOLEH!!! WALAU BAGAIMANAPUN PAKAILAH YANG TULEN KALAU NAK SELAMAT!!.

Ini beberapa langkah yang boleh dibuat hasil dari beberapa kajian dan terbukti "Langkah dan Teknik " ini tidak mengandungi Simpton-Simpton H1N1.
TIPS - Sebaiknya langkah nekad ini dibuat sebelum Windows Xp anda dapat dikesan tahap ketulenannya oleh Microsoft, kalau mereka dapat kesan kesan anda LANUN..payah skit nak "Kautem" dengan mereka ni.

Jom kita mulakan

Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\WPAEvents]
"OOBETimer"=hex:ff,d5,71,d6,8b,6a,8d,6f,d5,33,93,fd
"LastWPAEventLogged"=hex:d5,07,05,00,06,00,07,00,0f,00,38,00,24,00,fd,02

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion]
"CurrentBuild"="1.511.1 () (Obsolete data - do not use)"
"InstallDate"=dword:427cdd95
"ProductId"="69831-640-1780577-45389"
"DigitalProductId"=hex:a4,00,00,00,03,00,00,00,36,39,38,33,31,2d,36,34,30,2d,\
31,37,38,30,35,37,37,2d,34,35,33,38,39,00,5a,00,00,00,41,32,32,2d,30,30,30,\
30,31,00,00,00,00,00,00,00,00,0d,04,89,b2,15,1b,c4,ee,62,4f,e6,64,6f,01,00,\
00,00,00,00,27,ed,85,43,a2,20,01,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,\
00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,31,34,35,30,34,00,00,00,00,00,00,00,ce,0e,\
00,00,12,42,15,a0,00,08,00,00,87,01,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,\
00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,94,a2,b3,ac
"LicenseInfo"=hex:9e,bf,09,d0,3a,76,a5,27,bb,f2,da,88,58,ce,58,e9,05,6b,0b,82,\
c3,74,ab,42,0d,fb,ee,c3,ea,57,d0,9d,67,a5,3d,6e,42,0d,60,c0,1a,70,24,46,16,\
0a,0a,ce,0d,b8,27,4a,46,53,f3,17

Tandakan semua tulisan warna ini dan dengan klik kanan padaTetikus,pilih COPY,, buka NotePAD dan PASTE kan kedalamnya.Simpan fail ini dengan apa sahaja nama yang anda suka dan tambahkan .REG dibahagian belakangnya, seperti contoh INSPIRASI.REG. Setelah selesai tutup semua arahan tadi dan carilah fail yang telah disimpan itu dan Klik dua kali padanya, apabila Registry Editor keluar,tekan Y dan arahan Succesfull akan dipamirkan menandakan perubahan telah berjaya dibuat. Restart Komputer anda. Masuk alamat dibawah untuk ujian pemeriksaan samada anda berjaya atau sebaliknya.
http://www.microsoft.com/genuine/validate/ValidateNow.aspx?displaylang=en

Kalau langkah di atas tak juga berjaya boleh cuba langkah dibawah ini pula,tetapi sebelum itu buat salinan fail Regedit asal untuk keselamatan sekiranya berlaku kesilapan nanti.

1.Lakukan gerakan solo tetikus anda ker "START". - tidak digalakan anda pergi Start motor atau kereta pula..

2.Berhenti pada RUN dan taip REGEDIT.

3.Ikuti arahan ini "local-machine-software-microsoft-windows nt-current version-"wpaevents".

4.Lihat pada bahagian "oobe timer" pada paparan sebelah kanan.

5.Padam arahan tersebut dengan menggunakan pemadam jenama DELETE.

6.Tutup Regedit.

7.Dapatkan semula arahan Run dan taip atau copy paste ini.- " %systemroot%\system32\oobe\msoobe.exe /a"

8.Setelah keluar arahan, pilih "use phone to activate".

9.Klik pada "change product key".

10.Taip atau Copy paste kan serial ini: thmpv-77d6f-94376-8hgkg-vrdrq.

11.Klik "update".

12.Klik "remember later"

13.Restart komputer anda.

14.Selepas Restart,taip atau copy paste arahan ini pada RUN- " %systemroot%\system32\oobe\msoobe.exe /a"

15.Anda akan terima satu mesej "windows activated"-finished!...

- Bagi arahan ke 2 ini bergantung kepada Versi Windows yang anda gunakan, ada yang berjaya ada yang tidak..

- Tips seterusnya jika mahu lebih selamat elakkan dari mengunjungi laman web Microsoft atau ambil apa-apa fail(Download) dari Microsoft.

Wassalam.

INSPIRASI RASHITT..

Saudara Rashitt adalah salah seorang Informer bahagian politik bagi INSPIRASI Team yang sering hantar artikel beliau ke Tranungkite.net. Oleh kerana MAB tidak ada, jadi kita baca pendapat Rashitt tentang PRK yang akan diadakan esok sebagai hiburan..
Rashitt berhujah sampai hujan..
1. Sekiranya Calon BN Shahrizat itu sebenarnya dari Pakatan, isu isteri dua dan saman menyaman akan lebih meriah dan rancak diperdebatkan dalam media prima.
2. Walaupun berkempen di Permatang Pasir, tidak ada seorangpun dari kedua-dua calon berani mengetengahkan isu Pasir..
3. Jika anda perasan SPR suka mengadakan PRK pada hari Selasa sesuai dengan namanya SELASA PILIHAN RAYA..
4. Jika diikutkan,kempen PRK kali ni lebih sopan dan bertamakninah, maklumlah bulan Puasa,program kedua-dua calon lebih kepada "Tunjuk baik Atau Tunjuk Alim" kerana kebanyakkannya diadakan dimasjid dan surau.
5. Kalau orang tak reti baca surat kabar atau main dengar-dengar ajer, mesti dia ingat PRK kali ni diadakan di Kelantan, kerana nama Nik Aziz lebih meriah diceritakan dari calonnya.
6.Seperti biasa isu Pengundi hantu tetap menjadi pujaan ,tetapi kalau kita fikir dengan sedalamnya,ada lagi ker hantu zaman ni.. kan semua hantu SIBUK BERLAKON..tak caya tengok dalam Astro, TV3,TV1, boleh kata semua chanellah ada cerita hantu ni..Terkini pelakon hantu ni telah merebak ke kaum India dan Cina pula..jadi mana logiknya ada hantu..!!!
7. Isu kawin Calon BN rupanya lebih banyak diketengahkan oleh Pakatan, termasuklah bapak mertua isteri nombor 2 beliau, nasib baik tak sempat ada anak, kalau tidak naya anak tu..
8. Tahukah anda Kurma Yusoff Taiyob mestilah menjadi pilihan seisi keluarga pengundi di Permatang Pasir, jika tidak, sebelum ini mereka selalu beli sekilo-sekilo di kedai Runcit Pak Usof.
Sekian saja kerana bila hujan berenti, idea RASHITT pun turut berenti..

Selamat MENGUNDI KEPADA SEMUA DI PERMATANG PASIR..!!!

INFO iNPIRASI Pelik Tapi Benar

Ramai pengguna komputer pasti pernah atau terserempak dengan virus dalam komputer, kalau anda terserempak Virus di alam nyata, boleh anda terajang sekali..Tapi tahukah anda bahawa ada didalam komputer yang kita gunakan (Hard Ware@Perkakasan), Virus hanya boleh menyerang -
Tuan hj. Hard Disk dan ahli keluarganya , Mohd Pendrive dan rakyat sekampungnya, Mamat Memory berbadan besar atau bersaiz kecik, Minah Disket (ada lagi ker yang guna??) dan Cmos@Bios pada Mak Board(Papan litar) sahaja..
Virus tidak mungkin serta mustahil yang amat dapat melakukan sebarang serangan kepada -
- Mat Tetikus samada badan berlampu atau tidak.
- Siti Keyboard (Papan Kekunci) samada langsing,gemuk,kurus atau yang boleh dilipat-lipat.
- Abdul Monitor samada bersaiz gedabak giler atau gedabak kecik.
- Wak Jono Power Supply dengan angkatan power Rottnya.
- Joe Pemacu Drive baik dari kampung DVD ataupun kampung CD .
- Faezah Binti Web Cam cucu kepada Datuk AGP Card Tan Sri PCI Card.
Jadi moral dari kisah di atas, jika ada orang berkata pada anda " Power Supply aku tak hidupla..kena serang Virus..ketahuilah bahawa anda sedang ditipu bulat-bulat:...
Walau bagaimanapun tanpa menggunakan perkakasan (Hard Ware) yang boleh diserang Virus tadi, komputer anda tak boleh pula digunakan..Pelik Bukan?..


Lebih pelik atau boleh jadi pelik bila Peralatan@Hardware yang TIDAK boleh diserang VIRUS seperti dinyatakan tadi , tidak juga dapat MELAJUKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA WALAUPUN ANDA GANTI BARU..!!!

INSPIRASI KAWALAN Tahap Kecergasan Komputer.

Bila kita mengalami tahap kecerdasan komputer  makin menurun yang bermakna makin lama makin lembab dan sembab anda dibuatnya. Banyak sebab dan punca jika kita mahu menjalankan satu penyiasatan, tapi untuk kali ini cukuplah kita pelajari cara mengawal tahap kecerdasannya agar komputer kita sentiasa berada pada tahap sentiasa kosistan tidak tersasar jauh dari  ramalan kepantasan yang mampu dihasilkan.
1. Matikan fungsi beberapa arahan didalam Windows anda seperti  IPSEC Services Secondary Logon , Telnet , Computer Browser dengan menggunakan teknik Jurus Tetikus iaitu :
  - Dari START bergerak ke RUN taip “services.msc” bila keluar menu , Pilih arahan yang mahu dimusnahkan dan gunakan jurus sakti "Klik dua kali cepat-cepat"dan pilih pada Startup Type Tukar pada Disable.
2. Matikan System Restore dengan buka Open Control Panel klik pada Performance and Maintenance,klik pada System klik lagi  System Restore tab klik seterusnya pada Turn off System Restore on All Drives’ dan OK. 
Tips seterusnya adalah hanya untuk yang telah mahir  menggunakan Windows  dan bagi mereka yang berani mencuba iaitu menggunakan arahan REGEDIT bukan tergedik-gedik.setelah arahan REGEDIT dapat dicapai dengan jari jemari..cari arahan ini “HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Control\FileSystem” pada bahagian kanan pilih ‘DWORD Value’ gunakan CREATE untuk cipta DWORD baru  ‘NtfsDisableLastAccessUpdate’ seterusnya klik kanan  pada new Value  dan pilih  ‘Modify’ tukar Value kepada ‘1′ sebelum tindakan penyudahnya  pilih ‘OK’ agar forlder dapat dibuka cepat.
3.Sekiranya komputer anda meriah dengan bunyi-bunyian, sila matikan fungsinya dengan menggunakan Control Panel klik pada Sounds and Audio Devices apabila terpancul arahannya  klik pada Sounds dan dan pada Sound Scheme pilih No SOUND dan OK.
4. Gunakan langkah ini untuk mempercepatkan anda membuka Menu dalam Windows 
Dapatkan arahan ‘Regedit’ dan cari pada “HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop” pilihan “MenuShowDelay” klik kanan dan pilih “Modify’ masukkan nilai anggaran  “100″ seperti 400. 
5. Untuk membuka program dengan pantas dan cepat klik KANAN  pada icon/shortcut  yang telah dibuat, pilih properties pada kotak  ‘target’  tambah ‘ /prefetch:1′    pada garis akhir sebelum klik “Ok” .
Semoga berjaya, tapi pastikan tahap komputer anda memang dalam keadaan TIP TOP dan berkeupayaan tinggi untuk menggerakkan Windows atau OS yang digunakan, kalau tidak "Tak DE Maknenyee".

 

INFO INSPIRASI DARI KAMI

SALAM..
KAMI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS EMAIL YANG TELAH DIHANTAR DAN INSYA-ALLAH KAMI AKAN MEMBALAS SECEPAT MUNGKIN..
SELAMAT BERPUASA KEPADA YANG SEHARUSNYA BERPUASA..KEPADA YANG MALAS BERPUASA.. INGAT LEBIH BAIK RAJIN BERPUASA DARI TERKENA PENYAKIT H1N1..

INSPIRASI PUSAT PENTERNAKAN VIRUS

Bila disebut virus komputer terdapat 2 kategori, kategori lepak dalam komputer dan kategori musnah komputer..

Kategori lepak dalam komputer ni akan menyebabkan berlaku beberapa gangguan kepada sistem komputer anda, tetapi komputer masih tetap boleh digunakan. Penyakit lepak dari komputer ini akan merebak ke Pendrive dan sekawan dengannya jika anda menggunakan komputer ini. Sebenarnya tidak ada perisian khusus yang boleh digunakan untuk hilangkan virus lepak ni..Walau bagaimanapun disebabkan ianya virus Lepak..tidaklah bahaya sangat, maka biarkanlah mereka ini menumpang kasih dalam komputer anda..

Tips- Jika didalam komputer virus kategori Lepak ni susah dan panjang mukadimahnya jika nak dikesan, kita boleh tengok melalui Pendrive dengan bergerak ke My Ducument dan klik pada Tool dan ambil folder Option - Rujuk dua gambar diberi. Dalam Menu folder Options klik View dan klik pada Show Hidden and Folders.
- Untuk menyelamat dan diselamatkan anda digalakan buka Pendrive melalui Explorer dan jangan gunakan Autorun.
- Jika adan simpan fail menggunakan Ms Office, pastikan fail yang hendak dibuka dihujungnya mesti .DOC atau .DOCX. sekiranya hujungnya .EXE atau Bat. padam Virus itu dengan cara terhormat. Contoh dibawah..
Nama Fail  - Resume.Doc
Virus Fail   - Resume.Exe.
Manakala bagi Virus jenis Musnah pula akan menyebabkan komputer anda tidak dapat berfungsi seperti brontok,mawar,akucina,spamw dan sebagainya. Virus sebegini tidak dapatlah kita nak "Kautem" dengannya sebab tujuan hidupnya hanyalah untuk musnahkan komputer.. Untuk elak terkena simpton-simpton virus ini bolehlah guna Tips yang diberi di atas tadi jika tak mampu nak guna Anti Virus Original..
Tips 2 -
Sekiranya anda ditawarkan Anti virus percuma semasa berinternet, janganlah download anti virus tersebut, kerana kebiasaannya anti virus ini mempunyai tempoh tertentu yang boleh digunakan..Sekiranya anda tidak MEMBELI, Anti Virus ini akan bertindak sebagai Virus..!!! Ingat..
Anda Percaya tak kalau dikatakan bahawa PENCIPTA VIRUS ITULAH PEMBUAT ANTI VIRUS kerana hanya dialah yang tahu keadaan Virus ciptaaannya..

Inspirasi Komputer dan masalah mereka-reka

Kita lihat masalah mereka-reka dan anda simpan maklumat ini, kalau berlaku pada anda senanglah anda nak selesaikannya.Kes ini kita katakan Dari Hidup kepada Tak Hidup..

Pak Cik Manap bertaip(tak leh guna bertanya..sebab tak ada bunyi ).. " Komputer anak Pak Cik ni kenapa bila pasang dia keluarkan nyanyian sumbang " TIK!!TIK!!TIK!!!,lampu menyala, tapi gambar tak ada, malas pulak pakcik nak tangkap gambar masuk dalam tu!!

Pertamanya anda harus lihat RAMM, bukan Ramlah Ram!! Bukak Komputer anda dan cabut RAM, kendian pasang semula..Jika ada lebih dari satu RAMM digunakan,tanggalkan kesemuanya dan cuba pasang satu persatu. Sekiranya tak ok juga cuba panggil RAMM lain (pinjam ler)..
Langkah tangan anda yang kedua ialah tanggalkan kabel Hard Disk samada dari golongan Jiwa IDE atau Jiwa SATA..Cuba Hidupkan komputer ...OK ke tidak ?, kalau ok jangan lupa pasang dan balik Hard Disk anda..
Ketiga cuba cari Jumper CMOS@BIOS dan cuba bersihkan CMOS atau bahase komputernya "clear Cmos"..
Akhir sekali kalau sameeeeeeee juge..maknanya disini MatBoard@Papan Litar anda sudah hantar surat pencen. Sedialah wang secukup rasa..kalau nak cuba juga bersihkanlah habuk dan daki pada MatBoard biarlah dia pencen dalam keadaan Hensem, kengkadang ada juga kes Habuk dan daki mnyebabkan komputer tak dapat hidup(ini tahap pembersih giler ni..).

Pn. Salmah pula sempat bertanya sebelum menanak nasik .. " Akak nak tanya a, api kat TV komputer (Monitor) ada,tapi kat komputer (Casing) tak ada.. Akak tengok kipas rumah pusing tapi kipas komputer ni tak pusing pun ..".

Cuba lihat Power Suppy dan Power Code (bukan Code Baminton pulak..) Cuba tukar Power Code yang digunakan pada Monitor - Ini untuk yang sambung terus sahaja tau..) kalau same juga barulah tengok Power Supply dengan menggunakan teknik HIDUNG, buat pembauan samada ada hangit macam benda terbakar atau bau bangkai..biasanya bangkai Cicak ler tak kan gajah pulak!! Kalau deria bau anda mengatakan iyer..maknanya Power Supply dah berenti kerja. Cari dan belilah Power Supply baru jangan Power Ranger sudah..Kos dalam RM50 kebawah ajer..

Tips - Terdapat juga papan litar yang menggunakan gear Automatik iaitu sekiranya berlaku kerosakan pada Hard ware anda seperti Hard Disk dan Card rosak, Kebenaran untuk komputer bernyawa semula tidak diperkenankan.. Cuba cabut dan pasang semula untuk ujian semakan.

Jumpa lagi..

Sumber Inspirasi - Teknik mudah Senggara Komputer.

INSPIRASI Pelik Tapi Benar

Kenapa diberikan tajuk begini..? Tengok kejadian oleh mereka dan mereka ini..

" Aku pelik dan hairanlahh, nak kata tangki bocor puas dah aku belek tapi tak nampak pulak, tapi tetap kena isi semula, kemana dia pergi selama ni..Ko tahu tak mana pergi minyak yang kita selama ni..?"

" Bila aku baca berita kemalangan dalam surat kabo, aku jadi sedih sangat, sebab kebanyakan mangsa-mangsa yang terlibat tu masih dapat diselamatkan...Ok, Cuba ko pikir, mangsa kemalangan tu dah lah sakit, dikejarkan pulak ke Hospital.. tak ke kes naya tu..Ko bayangkanlah kalau Mat Motor eksiden patah kaki dikejarkan pula oleh Ambulan dan orang ramai ke Hospital, aku ingat mau tercabut kaki kena kejar.."

" Anda kalau shoping selalu di pasaraya yang tak payah puasa pun boleh raya kan..Pernah tak anda terlibat dengan adegan ini.. Masa kita pilih barang..kate ada Offer..tapi masa nak bayar harganya lain dari yang ditawarkan!! Dan biasanya anda pulangkan balik barang tu atau beli saja dan tidak buat apa-apa tindakan atau aduan? Pekik kan!!! Bayangkan kalau nilai 20sen dari kes tadi..banyak untung ooo.."

" Tahukah dan sedarkah kita bahawa syarikat-syarikat besar suka sangat kalau kita lewat buat bayaran.. nak tahu kenapa?..Mereka boleh denda kita dan mereka dapat untung tanpa keluar apa-apa perkhidmatan pun pada kita..Pelik tapi benarkan.."

"

MASALAH KELEMBAPAN KOMPUTER

Bila disebut kelembapan komputer boleh kita bahagikan kepada dua bahagian, kelembapan prestasi dan kelembapan disebabkan keuzuran dan sudah mahu pencen.

Ok, kita ambil yang pertama dulu, prestasi komputer anda tidak seperti waktu mula-mula dibeli, semenjak dua menjak ini komputer anda sering gagal dalam ujian masa, masa yang dicatatkan sering tersasar dari jangkaan sebelumnya. Apa yang telah berlaku?..Sebenarnya banyak teori dan asas boleh dicari dan boleh juga kepada dua bahagian, iaitu masalah Software @ perisian dan masalah dalaman @ Hardware.

Bila disebut masalah perisian pastilah punca utamanya terletak pada Windows yang anda gunakan.Penyebab utama masalah pada Windows ini pada zaman IT ini ialah terdapat Virus didalamnya, kalau virus berada ditepi, kita pun tak kisah..duduklah situ sampai bila-bila pun tak per..Satu contoh mudah nak tahu ada virus atau tidak dalam komputr anda, tanpa menggunakan anti virus ialah taip Arahan MSCONFIG pada Run.. dapatkan Start Up seperti gambar diatas. Lihat pada Start Up Item senarai barang yang perlu dibawa sebelum Windows dapat masuk.Kalau ada virus biasanya barang itu jenama .EXE. atau .Com..Untuk lebih selamat anda Disable All ajer semuanya..Buat ujian memandu dengan restart, ada perubahan ?..Kalau sama juga maknya virus telah berkampung didalam komputer anda ataupun ada sistem yang telah rosak atau Corrupt.

Tak perlulah anda bawak jumpa bomoh karang dikata komputer anda "disampuk Jin " jadi kes berat pulak. Tips ini berguna bagi masalah kecil tapi jadi besar bagi yang tak tahu..Masalah kecilnya ialah tahap kepanasan dalam komputer anda atau cakap saintifiziknya "kena demam panas", anda perlulah pastikan keadaan kipas didalam komputer -bukan kipas siling rumah berfungsi dengan baik. Salah satu cara paling mudah nak tengok kipas itu OK ke tidak ialah.. pasang komputer dan tengok kipas pusing ke tidak!!!..Mana ada cara lain lagi..heheheh.. Kalau kipas pusing, tengok pula tahap kepanasan Hard Disk, kalau Hard Disk OK ,maknanya ada masalah lain seperti mak dia sakit (Mainboard).. Sekiranya Hard Disk anda panas tahap impak maksima, tambah kipas tapi jangan kipas meja sudah pada nya, boleh guna kipas Power Supply yang dah rosak. Kalau nak tahu macam mana nak selesaikan masalah Mak dia sakit dengan Hard Disk kena dapatkan E-book kami ler..promote ler pulak..isk..isk..

Masalah keuzuran pula biasanya berlaku tanda-tanda seperti kerosakan pada Hard Disk seperti contoh, jiran sebelah rumahpun boleh dengar bunyi Hard Disk anda jika berfungsi..Lagi satu ialah kegunaan Windows yang tidak sesuai dengan keupayaan komputer ibarat kereta kancil nak pakai enjin Wira 1.8 intercular Turbo, mungkin boleh tapi enjin tu kena duduk atas bumbung ler..Masalah begini tak dapat kita selesaikan tanpa bantuan kewangan..hehehe

Wassalam

IKLAN MELAMPAU

Bila sebut iklan melampau ni jangan ler pikir lucah pulak..dah sebut perkataan lucah ni nak tanya anda semua.. lucah tu berbau macam mana? Busuk ker wangi?..Nak tahu kenapa penulis bertnaya begitu?..lihat ayat yang biasa digunakan seperti begini.. " Blog inspirasi terpaksa disekat dengan pukat bukan jaring kerana isi kandungannya berbau lucah?..heheeheh kita teruskan dengan iklan melampau kita dari laman Susahdotmy jiran sebelah rumah Mudahdotmy.

1. Pakej percutian penyakit H1N1 untuk 3 orang selama 3 hari 2 malam. Penginapan serta sarapan pagi dan malam disediakan. Percutian anda akan aman dan damai,lokasi tersorok dari hiruk pikuk Kalau selamat anda boleh balik, kalau tidak tinggal situ terus pun tak per...

2. Penyakit Demam Campak untuk dijual, Kadar bayaran bergantung kepada tahap kepanasan yang diingini. Sesuai bagi mereka yang pernah demam kepialu dan yang belum pernah merasa demam. Jururawat dan Doktor disediakan secara percuma.

3. Kenderaan untuk dijual, empat tayar dah botak, cermin tingkat automatik tapi kena tarik dengan tangan baru boleh naik, enjin dalam keadaan kurang memberangkan, asap hitam adalah warna kegemaran. minyak masak 1 kilo diberi percuma untuk dibuat masak jika terkandas dimana-mana. Cepat tawaran terhad.

4. Dulu Bas sekarang jadi lori untuk dijuai mulah-mulah..Boleh selamat dan jalan kalau tak jumpa JPJ. Sesuai untuk kegunaan peribadi seperti bawa memancing mahupun bersiar-siar dengan keluarga. Tempat duduk tinggal besi, tapi anda boleh gunakan Sofa rumah kalau mahu dan pentingkan keselesaan.

5.Tanah untuk dijual. Jual ikut berapa kilo anda mahu. Harga boleh runding. Tinggal tak sampai sekilo lagi..Tawaran terhad pada yang tak ada tanah tapi ada rumah sendiri.

6. Kedai Emas untuk dijual, Lokasi jauh dari orang, Singboard baru tukar jenis berlampu kelip kelip- terang bila siang,malap bila malam. Sebab nak jual malas nak berniaga dah, asyik rugi dari mula buka sampai sekarang. Pemilik bangsa Cina tapi reti boleh cakap jawa dengan pasih. Hubungi atau datang sendiri ke Kedai EMAS Tuck Ong Thong, Seremban, Pahang Darul makmur.

7. No plat tapi tak pelik kereta untuk dijual.. Biadaan tertinggi disyaratkan. Hanya satu nombor ditambah pula hanya 3 huruf.., Nombor cantik dan melambangkan keperibadian bakal pemiliknya. Tempahan dibuka sekarang.. Sesuai untuk kereta-kereta mewah. Dapatkan plat ini segera.. TAH 1..

8. Barang keperluan rumah untuk di jual. Lihat senarai diberi dan hubungi mereka kalau berminat.. Paku karat 3 batang, Ensei pintu 2 set (1 dah patah pada penyambung), almari gerabak keretapi 2 ketul, timun dan bawang setengah kilo,penyapu tak cukup lidi satu set (ada 7 helai ajer ), Sawang siling 15kilo, keluarga Cicak dan lipas diberikan percuma.

9. Siput babi untuk dijual, boleh dibuat kajian dan rawatan untuk sakit H1N1. Harga tertakluk kepada bentuk cengkerang, lagi halus dan banyak bunga lagi mahal..

10. Nenekjun untuk dijual, keluaran Pakjun Peladang jaya saingan terdekat Makjun Pak Tani ni tau... boleh mendatangkan penyakit seperti tak da tulang, lemah tulang, lengoh sendi, kencing tak lawas, kuat kentut, anak meragam siang dan lemah tenaga batin..opppppp!!!!.

11. Anda mahu berjaya?..Mahu kaya? Belilah roti dan planta KAYA..Kami yakin anda akan berjaya mengenyangkan perut anda...

Wassalam.

E-BOOK DARI KAMI

EBOOKSENSASI                                                                                                                        

info INSPIRASI lawak kretif

Kami memohon maaf kerana blog ini masih belum dapat disiapkan sepenuhnya kerana pereka grafik kami telah diserang serangan peribadi tapi bukan dalam bentuk fitnah, apapun terima kasih atas sokongan anda.

Pengguna dan komputernya

Tahukah anda bahawa selama berpuluh tahun berkecamuk dalam bidang komputer ini, pelbagai gaya dan ragam telah kami temui.. Kebanyakkannya bergantung kepada personaliti seseorang..ikuti kisah mat rempit sebagai pembukaan - " Bang, komputer saya tangkap "ROOT" la, dulu takat nak bukak fail tu speeding boleh sampai satu lapan , sekarang nak dapat cecah enam puluh pun sakit , kalau main tenet jangan cakap lah bang, orang dah lima tiang,kita baru nak masuk satu..".. Suri rumah cuba membeli tetikus (Mouse) " Dik, mouse ni berapa gig?.. Ini pula pelanggan nak yang murah .. " Lcd monitor ni berapa ?" Kalau jenama DELL ni mahal, kalau nak jimat BENQ pun boleh !! " Ermm..BENQ tu berapa ?..Kalau 25" RM499 ajer.. " Isk..mahal jugak tu..ada yang murah lagi tak ?".. Ada!! " Ha..elok tu..jenama apa?".. Jenama BENGKOK!!!.. kita ikuti pula ayat-ayat syok .. " Kat kedai ni Ramm kira berapa sekilo?.. " Kalau dakwat habis,ganti dengan dakwat PILOT boleh tak?".. Apasal Enjin kete tak sama dengan enjin komputer? kalau enjin kete saya panas lagi elok,tapi komputer ni asal panas ajer, mati sendiri?.. " Kalau kipas cpu ni ganti dengan kipas rumah boleh tak? cepat sikit sejuk!!..Lampu pada tetikus ni kalau bawak gi noreh terang tak ?" Keyboard saya hilang huruf N la, ada jual huruf N tak?

Berhibur sambil berilmu melalui Inpirasi Teknik Lawak

Apa sebenarnya Inspirasi Teknik Lawak ini?.. Inspirasi Teknik Lawak ini adalah satu cetusan idea yang dilahirkan berkonsepkan berhibur sambil belajar..Walaupun ianya mungkin janggal bagi sesetengah orang, tetapi kami cuba untuk meyakin bahawa ini adalah satu konsep idea baru yang kami cuba ketengahkan.
kami menggunakan kepakaran kami dalam bidang komputer untuk melahirkan satu bentuk pelajaran atau ilmu kretif yang mungkin dapat menarik minat orang ramai. Seperti contoh dengan terbitnya E-book Format Komputer dan cabarannya yang boleh dibeli melalui blog ini, kami telah merealisasikan konsep tersebut. Bayangkan apabila komputer kita meragam, adakah kita dapat berwajah ceria, lebih-lebih lagi disaat kita amat memerlukan komputer tersebut. Jadi melalui teknik ini kami cuba menghilangkan Stress melalui teknik lawak dan dalam masa yang sama anda boleh berjaya membaikinya sendiri tanpa bantuan sesiapa..
Ilustrasi dan gambaran yang jelas diberi dengan diselitkan unsur-unsur jenaka agar E-book ini dapat menambah minat anda untuk cuba lakukan sendiri sampai berjaya.
Inspirasi Teknik Lawak Team.