KOMPONEN KOMPUTER ROSAK buat memacam
Mari kita kongsi pengalaman tentang kegunaan dan apa yang boleh dilakukan pada komponen anda yang rosak supaya ianya tidak dianggap membazir dan mencederakan duit anda.
1. Power Supply @Bekalan kuasa.
Power Supply yang rosak biasanya disebabkan oleh berlaku litar pintas disebabkan oleh cicak atau gangguan perasaan bekalan letrik bukan disebabkan oleh mat rempit yang telah melakukan litar pintas dihadapan rumah anda. Oleh kerana kos untuk memiliki Power Supply sudah murah,jarang ada orang yang mahu membaikinya.
Tahukah anda selalunya kipas Power Supply jarang rosak,jadi misi kita kali ini ialah mengambil kipas tersebut untuk digunakan pada Casing @ Cpu anda,untuk apa?..dengan penambahan kipas ini,kita dapat mengurangkan sedikit tahap kepanasan didalam CPU @Casing.
Oleh kerana memang telah rosak,beranikan diri anda untuk membuka Power Supply tersebut mengikut gaya dan teknik anda sendiri, perhatikan wayar pada bahagian kipas cuma terdapat 2 wayar digunakan,iaitu merah dan hitam, cuba tengok berapa panjang wayar tersebut dapat dicapai sebelum anda memotong.
Letakkan kipas tersebut didalam casing anda,biasanya sudah terdapat bahagian untuk kedudukan kipas tersebut, sambungkan wayar tadi dengan berpandukan kepada gambaran dibawah.
Contoh kipas yang telah berjaya dikeluarkan.
Contoh kepala penyambung dari Power Supply yang akan digunakan.
Buat penyambungan seperti berikut,wayar merah diletak pada kuning dan hitam pada hitam,kemaskan dengan gam atau pelekat hitam. Bleh rujuk gambar disebelah.
2. Hard Disk rosak..
Jika anda buka Hard Disk yang telah mengambil cuti pencen seumur hidup,anda akan dapat seperti gambaran dibawah.
Ambil piring berbentuk cd seperti gambaran disebelah dan jadikan sebagai barang perhiasan kereta ker,penutup tangki minyak kereta,mahupun buat rantai macam penyanyi Rap..baru gempak!!!
3. Optical Mouse berkaler-kaler..
Boleh digunakan untuk perhiasan atau lampu tidur, bawak memancing pun boleh asalkan anda kreatif..he..he..
4. Vga,sound,modem kad atau ape-ape jenis kad.
Buat penyendal pintu pun ok..
Apapun terserah kepada kreavitimentaliti anda sendiri..
Selamat mencuba..
2:32 PG | Tajuk INSPIRASI KOMPUTER TIPS | 0 Comments
SEBIJI KOMPUTER DENGAN SEKAMPUNG CICAK
Rasanya semua kenal cicak tak kiralah samada cicak itu emsen atau cantik bistari..Apa pula kaitan cicak dengan komputer? Nak tahu lebih lanjut kita bersama Bidan Inspirasi yang arif tentang cicak yang kabarnya hanya dengan melihat kulit telor sahaja beliau dah tahu cicak itu cicak kaya atau cicak miskin.
Monitor pun iyer..jika tengok ada ruang @rongga yang besau-besau tu boleh kita.. tutup iyer..gunakan tudung iyer..walaupun mungkin anda tidak bertudung...pilihan bentuk tudung mestilah iyer..macam yang dapat mengeluarkan ruang udara begitu..jika rajin boleh benang kait ikut corak monitor iyer..tapi..tidak digalakkan anda menggunakan tudung saji iyer..malu kat orang jer..
3. Belakang Cpu atau casing..
Jika dilihat dibelakang Cpu anda iyer..mempunyai ruang untuk membenarkan cicak masuk..kita boleh tutup iyer..gunakan pelekat hitam pun boleh..iyer..ataupun jika kreatif..gunakan kertas tebal dan lekatkan disitu..iyer..Tengok contoh bila boleh terjadi ruang kosong pada Cpu..iyer..
Ruang kosong ini biasanya terjadi..iyer..bila kita keluarkan satu komponen PCI atau Agp pada komputer..rujuk gambar sebelah iyer...
Penutup begini biasanya banyak dikedai-kedai komputer..boleh mintak kat mereka iyer..
Alamak..enpon jenama Simen rumah bidan dah menjerit..selamat mencuba..
2:29 PG | Tajuk INSPIRASI KOMPUTER TIPS | 0 Comments
RAWATAN MASALAH KOMPUTER selepas raya
Oleh kerana seminggu kami cuti beraya, maka banyaklah komputer-komputer yang perlu kami buat rawatan kesihatan yang dihantar oleh pelbagai pelanggan dari pelbagai ragam. Kita kongsi masalah mereka yang sempat dicatatkan dalam artikel ini.
@="exefile"
"Content Type"="application/x-msdownload"
Tips-
2:27 PG | Tajuk INSPIRASI KOMPUTER TIPS | 0 Comments
INFO KAUNTER RAWATAN KESIHATAN KOMPUTER
11:35 PG | Tajuk INSPIRASI ANDA | 0 Comments
MASALAH KOMPUTER selepas raya
@="exefile"
"Content Type"="application/x-msdownload"
11:27 PG | Tajuk INSPIRASI KOMPUTER TIPS | 0 Comments






















