MENUKAR USERNAME FACEBOOK

Tahukah kita bahawa code yang mewakili nama kita pada Address bar Facebook boleh ditukar untuk memudahkan kita mengendalikan Facebook dengan lebih mudah.  Untuk memudahkan anda faham apa dimaksudkan, lihat gambar dibawah..

- Ini adalah Username asal yang digunakan oleh kami sebelum ini, perhatikan berapa punya panjang dan pening nak ingat setiap huruf dihujungnya.


 - Address Facebook asal kami..


1. Proses menukar Username

Caranya mudah sangat, tak perlu bawa jumpa pawang atau doktor bertauliah..buat macam ni sahaja.

Pertama masuk kedalam Facebook anda seperti biasa yang anda lakukan.


  - Pada Address bar iaitu selepas / anda taipkan Username seperti gambar ini..


- Selepas anda tekan Enter, anda akan diberi pilihan nama untuk dipilih, jika tak setuju dengan nama diberi klik pada More.


- Masukkan nama pilihan anda dikotak yang disediakan.


- Setelah pilihan nama dibuat, sila klik pada Check Availabality untuk semakan, jika nama diberi sudah ada, anda perlu guna nama lain, jika nama anda boleh digunakan, paparan seperti gambaran sebelah ini akan muncul, klik pada Comfirm.

-  Paparan terakhir ini akan muncul untuk membuktikan bahawa anda telah berjaya menukar Username untuk kegunaan Address bar anda..


Selamat Mencuba.









SEMAK KEADAAN MSCONFIG ANDA

Kami menerima maklumat bahawa dalam sehari dua ini terdapat pelbagai spam yang akan masuk kedalam sistem komputer melalui penggunaan Internet. Masalah boleh menjadi bertambah berat sekiranya komputer anda tidak dilengkapi dengan perisian Anti Virus yang tulen.

Sebenarnya serangan spam ini tidak dapat kita elak kerana ianya hadir dalam pelbagai bentuk  web dan berada diserata laman web yang biasa dikunjungi. Apabila menggunakan internet, kita sebenarnya terdedah kepada Spam yang tidak dapat kita elak atau tapis, Spam sebenarnya tidak merbahaya sekiranya hadir dalam bentuk fail tempelan, cuma berupaya melembabkan sistem komputer apabila sudah terlalu banyak. Spam menjadi bahaya apabila ia berubah menjadi Virus yang sengaja menawarkan dirinya pada kita seperti Anti virus dan sebagainya.

Apabila kita tidak boleh mengelak serangan Spam ini, apa yang perlu kita lakukan.

1. Jangan terima apa-apa tawaran berbentuk perisian yang ditawarkan sekarang , jika anda jumpa ada ayat Free tak perlulah anda klik.

2. Pastikan Anti virus anda di Update  supaya kehadiran fail-fail spam yang terbaru mudah dikesan .

3. Pastikan setiap masa MSCONFIG anda sentiasa kosong pada menu Start Up, jika ada bertanda, gunakan arahan Disable untuk mematikan ianya dari dapat berfungsi.

Ini contoh arahan MSCONFIG bagi yang mudah lupa atau buat-buat lupa..




- Dapatkan arahan RUN dan taip padanya MSCONFIG









 - Klik pada Start up .

- Perhatikan pada Start up Item yang sepatutnya tidak ditandakan.

- Jika ada bertanda seperti gambar diberi, klik pada Disable All untuk mematikan fungsinya.








 - Selain dapat mengelakkan kehadiran Virus , arahan ini juga dapat mempercepatkan proses start up komputer anda.

- Anda seharusnya sentiasa memastikan bahagian Startup item ini kosong atau tidak bertanda.


- Klik Apply dan ok untuk teruskan.





- Apabila keluar arahan untuk restart ini, klik pada Exit without restart sekiranya anda ada kerja yang belum disiapkan lagi,



Semoga dapat membantu .


KES BERAT HUJUNG TAHUN

Artikel ini ditujukan khas kepada mereka-mereka yang ada email sahaja,diulangi email bukan lakinya nama Ismail..seperti pernah dibaca oleh anda dalam artikel sebelum ini, pada akhir tahun dan awal tahun nanti kita akan menerima email yang menawarkan kita pelbagai tawaran yang lumayan dan hartawan..

Apabila anda menerima email sebegini, anda hanya perlu baca jika mahu, PERCAYA JANGAN!!! Sebenarnya penipuan bentuk begini telah wujud semenjak tahun 80an lagi dan nampaknya ianya masih tetap wujud hingga kini dan mungkin selamanya..

Anda lihat beberapa contoh email yang kami terima dan fikirkan dengan logik benda ni

- Macam mana anda boleh menang kalau anda tidak sertai apa-apa pertandingan atau penyertaan?

Seterusnya kami ada balas email yang diterima untuk lihat apa tindakan mereka.. nak tahu apa jadi ??

Begini..

- Kami terima satu email yang dengan bangganya menyatakan kami telah menang USD100,0000.00 melalui tiket loteri. kami diminta lampirkan maklumat peribadi termasuk maklumat untuk proses penghantaran.

- Alamat dan email pun kami hantar walaupun terasa pelik jugak, dizaman serba canggih ni tak kan pakai alamat lagi, proses bayaran patutnya lebih mudah gunakan PAYPAL..tak perlu semua itu, lagipun yang kami menang DUIT..bukan barang.. tak per kita layan jer dulu..

- Tak sampai sejam kami terima balasan mereka..jeng..jeng..jeng..suspen dah ni..

- Kami diminta masukkan duit kedalam akaun mereka sebagai kos untuk proses penghantaran yang dianggarkan nilai USD230. Memacam lah yang perlu dibayar, levi (nasib baik bukan Levis) Tax dan beberapa lagi..

- Kami pun balas dengan jawapan ini

- Kami menang USD100,0000.00 jadi tolak ajer ler kos tersebut dari situ, ape susah ..

- Kami ada akaun PAYPAL jadi masukkan lah duit dalam tu, lagi jimat kos..

Rupanya dalam cerdik mereka menipu ade jugak KEBODOHANnya..

Nak tahu apa jawapan mereka..

SAMPAI SEKARANG MEREKA TAK hantar berita..kami RINDU gak kat mereka itu..ha..ha..ha..

Ini beberapa contoh email yang mengarut tersebut..








BIDAN PEGI KENDURI bawa Power Supply

IYER..Bertemu kembali lagi semua, lama tak menaip rasa ketar pulak jari jemari Bidan ni iyer..oklah tanpa membuang maser, kita teruskan dengan soklan dan jawapan yang diambil dari Inspirasi Rawatan Komputer..

1. Satu email diterima dari Rohani Bin Mat Said dari Bukit Mertajam (mesti pisau ani tajamkan..) minta sedikit Tutorial yang real tentang Power Supply kerana menurut beliau, jika ikut panduan kami nampak mudah nak pasang atau tukar, tetapi nak jugak tahu lebih lanjut supaya tidak tersalah beli atau tersalah pasang.

Power Supply yang dipanggil juga Bekalan kuasa adalah diantara komponen utama komputer, jika berlaku kerosakan pada Power Supply, kita cuma boleh tengok jer komputer tersebut,tanpa boleh menggunakannya, Perhatikanlah iyer beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang Power Supply..

- Power Supply



- Ini adalah Power Supply yang banyak digunakan sekarang, perhatikan pada

A.  ATX 30 pin dan P4 ATX..

- Kedua-dua wayar ini perlu disambung supaya komputer boleh dihidupkan.
- Semasa memasang, lihat pada klik pemegang sebagai rujukan untuk memasang.
- Walau bagaimanapun jika terbalik, Kepala peyambung pasti tidak boleh masuk kerana bentuk kedudukannya merujuk pada bentuk penyambungan.

B. IDE 4PIN DAN FLOOPY 4PIN.
- IDE 4pin merujuk kepada penyambungan untuk Hard Disk dan pemacu ROM(CD,DVD ) .

 - Bentuk bersegi pada kepala penyambung menyelamatkan anda dari pasang terbalik.
- FLOOPY 4Pin pula merujuk pada Floopy Disk..tetapi kebanyakkan floopy disk atau disket sudah tidak digunakan lagi, jadi tidak perlu pasang pun tidak menjejaskan ape-ape lah iyer..

C. AUX X1.
- Kepala penyambung ini tidak perlu dipasang jika papan litar anda tidak mempunyai slot untuknya, tidak semua papan litar menggunakan penyambung ini..

D. SATA CABEL.


-  Untuk penyambungan SATA, kabel ini akan digunakan .

- Sebaiknye iyer..sebelum membeli, pastikan samada Powe Supply yang dibeli tu menyokong fungsi SATA atau tidak..







- Kita lihat pula Port untuk penyambungan yang terdapat pada papan Litar.


- Contoh penyambungan untuk ATX30 pin yang hangat diperkatakan tadi.

- Pastikan dimasukkan dengan kemas dan disiplin.














- Ini pula P4 ATX12v









Ok..sekarang kita pergi peringkat seterusnya..

Lihat Power Supply ini..


- Tiada beza pada power Supply ini dengan gambaran yang diberi di atas kerana ianya model yang sama.

- Cuma yang perlu anda tahu ialah, model ini terdapat dua port untuk penyambungan plug iaitu satu dari Plug ke Power Supply dan penyambungan dari kabel monitor ke Power Supply.

- Apa yang Bidan nak tekan disini ialah, jika anda menggunakan power Supply yang asal seperti gambaran diberi diatas yang mempunyai satu sahaja slot power, Anda perlu dapatkan Cabel power Code seperti dibawah sekiranya mahu buat penyambungan terus dari monitor ke Power Supply ataupun anda boleh gunakan Power Code yang disambung terus dari Monitor ke Plug..




- Contoh kabel untuk penyambungan dari Power Supply ke Monitor..


- Contoh kabel penyambungan dari Monitor terus ke plug.










Selamat mencuba.





















TIPS WINDOWS melalui arahan RUN..

Jika komputer kita menghadapi masalah tidak dapat bergerak seperti biasa seperti apabila  terdapat beberapa arahan yang hendak dijalankan tidak dapat dijalankan melalui arahan yang biasa dilakukan , kita boleh menjalankan arahan ini melalui fungsi RUN.

Kita lihat beberapa senarai arahan yang boleh dijalankan hanya melalui  RUN.

Klik Start dan pilih  Run , seterusnya ikuti kode yang diberikan dibawah.



1. Mematikan perintah Encrypting File System feature on a System yang terdapat pada Administrator

reg add "HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\EFS" /v EfsConfiguration /t REG_DWORD /d 1 /f



2. Mematikan fungsi Automatic Update melalui arahan Run.

reg add "HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\WindowsUpdate\Auto Update" /v AUOptions /t REG_DWORD /d 1 /f


3. Menjalankan arahan Defrag melalui Run
 
dfrg.msc
 












4. Mendapatkan arahan Add new Hardware melalui Run.

hdwwzd.cpl


5. Memadam fail-fail tempelan (history ) Internet explorer.
 
reg delete "HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Internet Explorer\TypedURLs" /va /f


6. Dapatkan arahan Automatic Update melalui Run

wuaucpl.cpl

Selamat Mencuba ..
 

ADAKAH FACEBOOK SELAMAT ?



Semua orang tahu dan mengenali apa itu Facebook yang semakin hari semakin ramai peserta yang menyertainya. Tidak perlu diperkenalkan lagi semua sudah tahu fungsi Facebook yang telah membuka satu ruang untuk kita berkenalan dengan semua orang tidak kira apa bangsa, warna kulit, agama dan sebagainya . Tetapi didalam keghairahan kita menggunakan Facebook sedarkah kita tentang perkara -perkara ini ?..

 Adakah  Facebook selamat terutamanya apabila kita paparkan maklumat tentang diri , pekerjaan ,  pendidikan serta tempat tinggal dengan harapan kita akan mempunyai ramai kenalan atau kawan ? Samada maklumat tentang diri anda itu tipu atau tidak itu tidak menjadi isu utama, tetapi adakah kita sedar disebalik maklumat yang kita paparkan itu kita sebenarnya sedang dipantau oleh seseorang atau badan penyiasat yang sememangnya adalah musuh kita ?..


Sedarkah kita yang musuh itu sedang memerhatikan kita, mereka sedang mengumpul data-data penting tentang diri kita, dan hanya menunggu peluang yang baik untuk bertindak..

Walau apapun yang kita lakukan , kita seharusnya berwaspada dengan setiap perkara yang hendak dilaksanakan, tidak semua maklumat tentang diri kita boleh dikongsi bersama dan tidak semua manusia didalam dunia ini jujur dengan kita..

Ingatlah..

GUNAKAN LOG ADMINISTRATOR UNTUK WINDOWS 7


FIRST ACCIDENT BEFORE SECOND ACCIDENT  

Kali ini kita pelajari bagaimanakah kita mahu aktifkan administrator pada log in sebelum Windows 7 dapat dimasuki. Seperti biasa log pada Windows XP amat mudah untuk dibuat kerana ada dipaparkan dalam Control Panel, ini berlainan dengan Windows 7 dan Vista yang memerlukan kita lakukan langkah dibawah untuk Log in Administrator.

1. Pertama sekali , dapatkan Start menu dan taip CMD padanya.

2. Taipkan net user administrator /active:yes untuk kita aktifkannya.

3. Seterusnya pangkah arahan CMD tadi dan dapatkan Control Panel.

4. Klik padaAdd or remove user accounts  untuk enabledkan arahan Administrator.

5. Akhirnya anda akan dapat melihat paparan Administrator seperti gambaran diberi..

Selamat Mencuba.





PEMASANGAN INTERNET UNTUK WINDOWS 7


Sebelum diteruskan, pihak pengurusan Inspirasi Team dan Kekomsyazone memohon maaf kerana server Streamyx kami mengalami gangguan yang telah menyebabkan kerja-kerja Update Blog Inspirasi tergendala selama dua tiga hari kebelakangan ini..Terima kasih juga pada anda yang tetap setia berkunjung ke sini..

Berbalik pada tajuk artikel ini, ada permintaan dari pengunjung blog yang mahu tahu cara untuk pemasangan Internet pada Windows 7. Sebenarnya lagkah pemasangan Internet adalah sama jika kita lihat pada asas yang telah diterangkan dalam keluaran artikel sebelum ini..

Walau bagaimanapun, apa salahnya kita belajar yang terbaru pula, klik GAMBAR untuk tengok..

1. Langkah awal dapatkan Start dan bergerak ke Control Panel.

inspirasi01

2. Pilih pada Network and Internet.
3. Klik pula Network and Sharing center
4. Perhatikan pada bahagian bawah dan pilih Set up a new Connection or Network dalam Change your Network Setting menu.
5. Apabila lampiran menu tadi keluar iaitu Connect to the Internet , Klik pada Next untuk teruskan.
6. Jika anda dipaparkan menu seperti ini, klik pada Set up a new Connection anyway.
7.  Klik pada Broadband( PPPoE)
8. Isikan maklumat yang diperlukan untuk memudahkan proses penyambungan, ingat jangan salah ejaan pada arahan ini dan klik Connect.
9. Jika penyambungan telah berjaya dilakukan anda akan dipaparkan seperti ( lihat pada Icon ) dalam gambaran ini.
10. Jika terdapat perubahan penyambungan yang hendak dilakukan semula, ulangi langkah diberi dan pilih pada Change Adapter Setting .
11. Lihat maklumat tentang penyambungan yang telah dibuat tadi.

Selamat Mencuba

- Bantu kami..TQ

ELAKKAN BAHAYA VIRUS

    - AIR ASIA terima tak penumpang ini ??

PENGGUNA INTERNET

Sempena dengan kemunculan tahun baru yang bakal tiba ini, seperti yang telah diperingatkan dalam artikel sebelum ini, bahawa pada waktu dan ketika ini kita bakal menerima pelbagai info atau tawaran yang datang samada dijemput atau tidak yang kekadang kita boleh mengelak dengan mengambil langkah mudah sahaja..

Jika anda semua masih ingat dalam beberapa siri artikel sebelum ini, kami menerangkan dengan lanjut tentang kegunaan MSCONFIG, BAGAIMANA KITA DAPAT MENGELAK DARI BERLAKUNYA SERANGAN PENGGANAS IAITU VIRUS..JADI LAKUKAN SEKALI LAGI SETIAP MASA AGAR KOMPUTER KITA SENTIASA DALAM KEADAAN SELAMAT..

Bagi yang dah lupe , Kami ajar lagi sekali...

- Dapatkan Arahan Run dari Menu Start seperti gambaran diberi

         - Teknik nya adalah sama untuk Windows 7,Vista ataupun XP

     - Pada Run taipkan MSCONFIG

- Dalam Menu MSCONFIG anda klik pada  Start UP

   - Klik pada Disabled All dan Klik OK..

  - Tak perlu Restart jika anda mahu terus menggunakan komputer,

CUBA BUAT SEKARANG..

Anda boleh lakukan setiap masa untuk pastikan tiada anasir-anasir luar yang dapat bertapak dalam komputer anda..

  - Bantu kami