PERISIAN2010 label baru untuk anda

Dalam artikel sebelum ini kami menerangkan kegunaan DRIVER2010, dalam artikel ini kami buat lagi satu label yang dinamakan PERISIAN2010. Seperti juga DRIVER2010, kegunaan label ini ialah untuk memudahkan anda muat turun segala perisian yang anda boleh gunakan atau yang biasa digunakan.

Secara ringkas perisian atau dalam bahse inggeris disebut software, kami akan menerangkan secara ringkas atau terperinci tentang perisian yang boleh digunakan. Pakah fungsi dan kegunaan perisian tersebut ?

Masih ada yang belum  tahu apa itu perisian..Ayoma!!..Perisian ialah satu program yang anda boleh gunakan untuk cipta sesuatu menggunakan komputer, sebagai contoh jika anda mahu buat sekeping surat, anda perlukan perisian Ms Word atau  Office untuk memudahkan anda buat editing pada surat anda seperti gelapkan,bubuh garisan, isi gambar dan sebagainya.

Bagi orang yang bekerja dalam bidang pembinaan atau pereka grafik mereka memerlukan Perisian seperti Auto Cad , Page Maker dan sebagainya untuk memudahkan ciptaan mereka dan keluarga mereka.

Jadi dengan adanya PERISIAN2010, ini dapat memudahkan anda muat turun secara percuma dari link yang kami sediakan..

Semoga SUKEEEE


LABEL BARU DRIVER2010

Rasanya ada yang masih tidak tahu apa itu Driver ? Apa itu kegunaan driver ? Adakah driver komputer sama dengan driver Bas, atau driver teksi? Justeru itu kami mencipta satu lagi label yang dinamakan DRIVER2010 untuk kegunaan anda. Nanti kami terangkan apa itu DRIVER2010.

Secara ringkasnya driver komputer ialah salah satu perisian untuk  membolehkan satu-satu hardware dapat digunakan. Seperti contoh kita lihat hardware  Kad  PCI Sound Pro.

Apa bila kita pasang hardware ini dalam komputer, komputer akan dapat mengesan kehadiran PCI sound card  sahaja tetapi tidak dapat menentukan identiti atau jenis sound kad yang dipasang. Jadi disinilah kegunaan Driver, perisian driver ini akan memberikan maklumat tentang apakah jenis dan identiti sound kad yang telah dimasukkan, maka barulah sound kad anda dapat digunakan dan mengeluarkan bunyi..

Masih kurang jelas lagi tentang Driver..ok kita ambil contoh begini.. Anda lihat diluar jendela rumah anda atau dimana-mana saja anda berada.. anda cari satu objek yang menarik minat anda.. dah dapat ? Katakanlah anda nampak sebiji kereta yang menyebabkan mata anda tertumpa padanya..Anda tengok  kereta tersebut betul-betul.. Sudah lihat ? Ini soalan saya, bolehkah anda bawa kereta tersebut jika anda tidak pergi jumpa pemiliknya terlebih dahulu untuk minta kunci ? 

Tentu tidak bukan..jadi disinilah  fungsi driver, Driver dianggap sebagai kunci untuk membolehkan anda menggunakan kereta tersebut, tanpa kunci @ driver anda hanya boleh tengok sahaja kereta tersebut..

Berbalik pada isu DRIVER2010 ..Kami ciptakan satu label DRIVER2010 untuk memudahkan anda muat turun @download driver-driver  . Driver ini anda boleh dapat secara percuma dalam setiap link yang kami sediakan..

 Tugas anda cuma perlu kenal pasti apakah hardware yang anda gunakan dan mulakan muat turun  driver yang anda perlukan..

Semoga sukeeee..