INSPIRASI KENAPA ANDA PERLU TAHU..



Perkara-perkara yang akan diterangkan dibawah ini nanti adalah berdasarkan kepada apa yang telah berlaku dan kemungkinan bakal berlaku lagi.. Ianya bolehlah dianggap remeh tapi jika kita kaji secara mendalam ianya MEMUDARATKAN kita..
Teringat masa belajar dulu bahawa konsep Monopoly sebenarnya banyak menguntungkan sebelah pihak ,dan mustahil dapat menguntungkan orang ramai atau rakyat. Dan inilah yang sedang dialami oleh kita semua dimana kebanyakan harga perkhidmatan tidak dapat disediakan dengan nilai harga yang munasabah dan kadang kala menekan kita. Kalau anda rajin imbas, dahulu sesiapa yang menggunakan Handphone dianggap golongan mewah kerana waktu itu hanya wujud  Celcom sebagai syarikat monopoly, dan sekarang, pelajar sekolah rendah pun sudah boleh menggunakan Handphone, kerana ianya sudah murah dan dianggap sebagai barangan keperluan..Ini terjadi kerana terdapatnya persaingan sihat dari DIGI,MAXIS dan CELCOM sendiri.. Bayangkan jika TNB atau TM mempunyai pesaing, kan rakyat lebih untung dan kerajaan yang ada sukar hendak dijatuhkan, barulah boleh dikata konsep 1Malaysia..
Tetapi bukan ini yang hendak diketengahkan oleh penulis, penulis cuma mahu anda memikirkan tentang perkara ini..ADAKAH IANYA PATUT DAN ADIL KEPADA KITA ?   

A. Bagaimana Syarikat-syarikat Monopoly di atas dapat mengaut keuntungan mudah?
- Pastilah melalui denda yang biasanya dikenakan kerana kelewatan kita membayar bil,walaupun kekadang kesilapan itu bukan disebabkan kita, seperti contoh anda bayar bil melalui Bank kecil ataupun agen-agen,pastilah ianya mengambil masa, tetapi yang didenda KITA. Kita ambik contoh ASTRO..
.Bayangkanlah setiap bulan kita didenda RM10.00 ..berapa banyak untung da?..tanpa perlu mengeluarkan apa-apa modal..ASTRO juga boleh menjana lagi keuntungan mudah mereka melalui cara, membeli cerita-cerita kurang bermutu ataupun dari negara yang nilai matawangnya rendah, nak lebih zalim lagi, buat ulang tayang filem YANG SAMA ..modal sekali ajer kan..!!!

B. Caj atas barang dengan sekali modal sahaja.
Keuntungan kategori ini dijuarai oleh TM..Kita lihat Contoh.. Kadar sewa Telefon rumah dikenakan dengan nilai berbeza antara berniaga dan perseorangan, adakah nilai sewa tersebut logik dengan kadar sewa yang dikenakan? Adakah tiap-tiap hari telefon anda rosak? Kalau rosak pun bukan kah anda kena bayar untuk mendapatkan yang ganti? Kos penyelenggaraan adakah tetap sama setiap bulan..tidak boleh jadi murah dan lainnya? Kekadang kita mesti rasa pelik? Kadar Sewa ni sebenarnya untuk apa..kalau guna telefon tetap juga kena bayar?...
Teknik ini juga telah diguna pakai oleh syarikat perkhidmatan lebuh raya di Malaysia.. Macam mana pula?.. Setiap perkhidmatan yang diberikan nilainya lama kelamaan bakal menjadi lebih murah bukan lebih tinggi, barulah dinamakan perkhidmatan.. lainlah kalau kerajaan BIJAK lantik syarikat Konsesi yang mengutamakan keuntungan bukan kebajikan.. jadi SAYA BETULKAH atau ORANG RAMAI YANG BETUL?..

C. Keunggulan dan kebaikan BANK..

Jika ada yang berpendapat Along itu ganas, penulis kurang bersetuju kerana BANK lebih ganas sebenarnya dari along..Kalau hutang along, kita akan dibunuh sahaja..tapi kalau Bank..jika anda mati, anak anda,cucu anda akan menanggung semua ? Jadi siapa yang lebih ganas?..
Caj atau bunga along lebih tinggi  dari BANK ?.. Sebenarnya sama sahaja, terutamanya bagi yang bermasalah  buat bayaran hutang..Contoh?  
 Bank hantar surat peringatan ..   Anda Bayar
 Bank telefon walau tak jawab .. Anda Bayar
Surat guaman atau tarik              Anda juga bayar..

Senang cerita semua Bank lakukan semuanya berasaskan DUIT..tak kitalah siapa anda.. janji anda Sain surat perjanjian (memang buat tebal-tebal ) maka "SELAMAT"lah anda dengan bank tersebut.. 

Satu lagi contoh kenapa dikata Bank utamakan duit..?.. 
Anda pergi Bank pukul 10 pagi dan masukkan duit dalam akaun anda RM1000..kalau pakai mesin tak sampai 3 minit dah siap..apa anda dapat..sekeping resit saiz paling kecil diberikan untuk anda simpan. Anda datang pula petang, nak keluarkan wang wang anda masukkan pagi tadi..adakah sebegitu mudah seperti langkah yang dilakukan pagi tadi, kena pula rupa anda pada IC pelik semacam, tandatangan tak sama dan memacam lah alasan, padahal duit anda tu RM1000.. ???? ...


Perhidmatan bank ader ker yang percuma?..

Tukar Duit ?..
Buku cek ?
Pindahan Wang antara bank ?
Banyak lagilah kalau nak disenaraikan..
Semuanya menggunakan duit  yang kita simpan, dah lah tak diberi untung, dikebas lagi duit simpanan kita dengan caj-caj perkhidmatan yang disebutkan tadi..Adil ker ?. Katakanlah kita .

Abis tu macam mana ? Apa perlu kita buat? Entahlah. Penulis pun tak mempunyai jawapan ..mungkin ianya berlaku kerana KESILAPAN KITA....