PEMASANGAN KOMPONEN KOMPUTER Power Supply



PEMASANGAN KOMPUTER INI ADALAH ADAPTASI DARI E-BOOK PEMASANGAN KOMPUTER YANG TELAH DIHASILKAN OLEH PAKAR PERBIDANAN DARI  INSPIRASI TEAM. MARI KITA GODEK E-BOOK INI..


Didalam Ebook ini terdapat teknik dan permasalahan yang sering berlaku apabila kita mahu mengenali secara mendalam tentang apa itu komponen komputer dan kegunaannya, tetapi dalam artikel ini, kami mengambil beberapa bahagian penting untuk rujukan kita bersama.


Untuk memudahkan pemahanan, kita kenali dulu beberapa komponen atau Hardware yang menjadi nadi penggerak kepada sesebijik komputer iaitu :


                     a) Power Supply atau bekalan kuasa.
                     b) Papan Litar atau Motherboard.
                     c) Processor dikenali juga sebagai CPU
                     d) Ramm disebut juga memory.
                     e) Hard Disk atau Storan
                     f) Pemacu Drive seperti CDrom,DVDrom dan sekampung dengannya.
                     g) Monitor samada Flat atau pelik Screen.
                     h) Kabel-kabel penyambungan tidak termasuk kabel Letrik dan Telefon.
Itulah antara komponen-komponen penting yang perlu ada untuk mebolehkan komputer anda dapat digunakan secara sempurna dan bijaksana.


Setelah kita mengenali komponen tadi,barulah kita boleh membuat pemasangan komponen dengan mudah. Disini diterangkan serba ringkas tentang pemasangan komponen untuk kita kongsi bersama.
Perkara pertama yang perlu kita tahu ialah,rupa dan bentuk komponen mestilah sama dengan apa yang menanti untuk dipasang.. yang maknanya lebih kurang begini, jika satu-satu komponen itu tidak dapat dimasukkan,maknanya ada berlaku kesilapan pada percubaan anda, kalau tak faham ayat ni..kena baca seterusnya..


1. Pemasangan Power Supply atau bekalan kuasa.
Power Supply atau Bekalan Kuasa kini terdiri dari pelbagai jenis dan model, bergantung kepada apa yang papan litar anda gunakan. Demi memudahkan anda, kita cuba pasang Power Supply yang biasa digunakan oleh kebanyakan komputer.



Perhatikan dan kenali inilah rupa Power Supply yang biasa digunakan,walaupun rupanya tidaklah ensem,tapi ianya penting untuk menghidupkan komputer.














- Proses Pemasangan.





Perhatikan tanda lekuk pada kedua-dua penyambung yang menentukan kedudukannya apabila penyambungan hendak dilakukan. 













Pastikan tanda lekuk tadi dan tekan biar betul-betul rapat pada penanti atau Slot, tarik dengan menekan pin pada penyangkuk sekiranya kita mahu mengeluarkannya.















Pasang pula kabel penduab(4pin Power)  dengan teknik yang sama seperti di atas, 4 Pin Power biasanya digunakan untuk Pentium4 keatas sahaja,sekiranya tiada,tak perlu dipasang..















Untuk penyambungan Kabel seterusnya pastikan bentuk kepala penyambung yang bersegi seperti gambaran diberi, jika terbalik ,sampai esok pagi pun anda tak boleh pasang..















Lihat contoh penyambungan yang dilakukan.


















Pemasangan untuk SATA..


Sekiranya anda menggunakan Power Supply Sata dan menggunakan Sata Kabel, begini tekniknya..



Beginilah bentuk kabel Sata dari Power Supply,pastikan kedudukannya sebelum dibuat penyambungan, ingat lekuk mesti berada di atas..



























Inilah gambaran setelah kabel Sata selamat disambungkan pada Hard disk.


















Selamat mencuba dan rujuk artikel seterusnya untuk kita pelajari teknik pemasangan komponen lain pula..





















0 Pertanyaan: