ANTARA TIAN CHUA DAN IMRAN ABDULLAH



Rasanya sudah lama penulis tidak menulis dalam isu politik, bukan malas tetapi kerana kesuntukan masa dan sibuk dengan urusan seharian, lagipun peluang jarang diberikan oleh Inspirasi Team, mungkin juga mereka ingat penulis sudah pencen seperti berlaku pada Tranungkite atau TKO yang masih lagi KO hingga kini.
Kembali pada tajuk artikel ini, menarik untuk kita perkatakan tentang isu Mohd Imran Abdullah dahulu, bagi yang tertanya-tanya siapa dia ini, Imran Abdullah ialah saksi penting dari SPRM dalam kes lompat parti dua Adun PKR dari Perak..
Apa yang menarik tentang manusia bernama Mohd Imran ini? Pertamanya manusia inilah yang menimbulkan huruhara di Perak dengan menuduh kedua-dua Adun berkenaan menerima rasuah.. Untuk mendasatkan lagi tuduhannya dibekalkan pula dengan segala bukti bergambar sehingga akhirnya perlu dibawa ke Mahkamah kerana menurut SPRM memang ada kes!!
Tuduhan yang dibuat oleh manusia ini pada 14 Ogos 2008 sebernarnya  ini tidak berhenti setakat itu sahaja, tuduhan manusia ini juga menyebabkan sebuah kerajaan negeri Pimpinan Pakatan Rakyat jatuh tersembab ke bumi hingga tidak mampu bangkit hingga kini. Apabila kerajaan negeri dijatuhkan maka berlakulah perkara-perkara yang kita anggap janggal dan memalukan berlaku di Perak yang melibatkan tercetusnya kecelaruan dan tunggang-langgangnya undang-undang, bukan hanya pada peringkat negeri hingga ke Persekutuan. Hebatkan manusia bernama Mohd Imran bin Abdullah ini !!
TETAPI dalam Mahkamah Sesyen Ipoh kelmarin beliau dengan selamba melakukan satu lawak paling dasat seperti betapa dasatnya yang dilakukan oleh beliau kepada negeri kelahiran penulis Perak..BELIAU MENUKAR PENGAKUAN BAHAWA KEDUA-DUA ADUN YANG DITUDUH DADULU TIDAK MENERIMA APA-APA RASUAH..Mudah bukan kerja beliau!!
Tapi penulis tidak pelik kepada manusia ini..penulis lebih PELIK kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang di Perak khususnya yang sehingga ke saat ini tidak mengambil apa-apa tindakan atas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh manusia ini..Mungkin juga kerana mereka lebih arif tentang undang-undang,sedangkan penulis tidak!!
Tetapi bila memikirkan kesan dari tindakan manusia ini,sepatutnya kita boleh mengambil tindakan kerana  MEMBERI KETERANGAN PALSU..kemungkinan dari segi undang-undang tidak boleh..tetapi jika ikut logik akal penulis isunya begini..
-Semua orang tahu jika kita memberi satu keterangan palsu boleh didakwa terutamanya dakwaan kita itu diserahkan pada badan-badan pengamal undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam dan lainnya..
Itu saja pada pandangan penulis yang buta undeng-undeng ini.

Kita berbalik kepada isu Tian Hua yang dituduh gigit telinga polis yang telah mengingatkan penulis kepada kisah Mike Tyson gigit telinga Alexander Holly..
Berdasarkan kepada keterangan dan pengumpulan bukti yang diambil dari catatan urutan kes Tian yang penulis ambil dari pelbagai sumber (kalau silap salahkan berita itu lah) Mahkamah mengambil kira keterangan yang telah diberi oleh mangsa telinga kena gigit itu ,manakala keterangan Tian Hua tidak difokuskan atau diberi keutamaan walaupun mangsa mengaku menumbuk Tian Hua, sedangkan Tian Hua tidakpun mengaku dia mengiggit telinga polis tersebut dan kesannya Tian Hua kemungkinan akan dipenjarakan dan berlakunya kekokosongan bagi kerusi Parlimen Batu..tetapi bukan ini yang penulis nak fokuskan yang dibawah ini..

" JIKA kita mengikut kepada kes Tian Hua ini, para pemimpin Pakatan terutamanya bersatus ahli Parlimen atau Adun dalam bahaya!! Kenapa penulis mengatakan demikian? Kita andaikan begini sahaja ;
Satu perhimpunan telah diadakan (demontrasi) dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah ditangkap. Semasa ditangkap beberapa laporan Polis telah dibuat oleh semua penangkap-penangkap tersebut, mengatakan kesemua mereka digigit hidung,telinga, dagu  oleh Pemimpin Pakatan, akhirnya kes dibawa ke mahkamah dan semua Pemimpin Pakatan bakal hilang jawatan kerana Mahkamah memutuskan mereka memang bersalah kerana merujuk kepada kes Tian Hua.."

Fikir dan Jumpa Lagi..
Rashitt TKO.





0 Pertanyaan: