KOMPUTER dan penyakit pelik sedikit tahyul




Berdasarkan pengalaman bila kami ditadirkan berkecimpung dalam bidang Perkomputeran ini, macam-macam penyakit ganjil dan pelik yang kami temui dan samalah juga seperti  manusia,komputer juga sebenarnya tidak terlepas dari diserang penyakit misteri..

Apakah penyakit pelik dan mengapa dikatakan pelik? Penyakit pelik bagi komputer ialah cara komputer itu hendak dihidupkan adalah lain dari sebelumnya..Jadi Pelik pula ialah kerana komputer tersebut dapat digunakan dengan sempurna dan tiada sebarang masalah..

Jom tengok beberapa komputer yang diserang penyakit misteri yang diantaranya masih dapat digunakan oleh kami.,termasuklah komputer yang digunakan untuk membuat artikel ini..

Masalah disebabkan oleh Misteri Motherboard @ Papan Litar.

1. Komputer perlu dipanaskan dahulu..
Sebelum komputer boleh digunakan, komputer ini perlu dihidupkan dahulu lebih kurang 2 hingga 3 minit..kemudia tutup dan hidupkan semula..kes begini kami katakan penyakit sawan kereta kerana sepatutnya komputer ini dilahirkan sebagai kereta bukan komputer..

2. Jumper Cmos perlu ditukar..
Ini agak biasa kami jumpe..untuk membolehkan komputer ini digunakan, upacara cabut jumper perlu dilakukan terlebih dahulu, dan selepas selesai upacara ini,komputer tersebut akan berfungsi tanpa sebarang masalah..Pada awalnya kami jangkakan cuma masalah bateri..namun setelah ditukar bateripun, komputer masih gagal dihidupkan secara normal..

3. Pindah Ram.
Ram yang terdapat pada papan litar terpaksa dipindah dari slot 1 ke slot 2. ataupun dari slot 2 ke slot 1..begitulah turutannya untuk membolehkan komputer digunakan. Walaupun usaha ganti dengan Ram baru telah dilakukan,teknik yang sama masih diperlukan.

4. Perlu ditanggalkan kabel Power Code pada komputer..
Power Code perlu dicabut terlebih dahulu sebelum komputer dapat dihidupkan dan seterusnya dapat digunakan seperti biasa. Tetapi yang pelik dan terus menjadi misteri hingga kini. kabel tersebut perlu ditanggalkan dari belakang port Power Supply sahaja, jika dari Plug..sampai subuhpun komputer ini tidak dapat dihidupkan..

5. komputer tak leh mati selepas Shutdown..
Power off tidak dapat dijalankan,,walaupun arahan Shutdown telah digunakan..proses format telah berkali-kali dilakukan namun hasilnya tetap tidak berubah..

6.Komputer untuk Windows Xp sahaja..
Walaupun spec yang diperlukan cukup untuk memasukkan Windows Vista, komputer tetap mahu setia bersama XP, pelbagai telah dilakukan termasuklah tukar Hard Disk, Ram dan sebagainya..isunya tetap tidak dapat diselesaikan..

Perkakasan lain yang masih misteri

7. komputer tak leh baca dvd
Komputer tidak boleh dipasang Dvd Rom, jika dipasang Hard Disk tidak dapat dikesan, walaupun pertukaran jumper pada Dvd dan Hard Disk dilakukan, malah pertukaran kabel juga pernah dicuba..namun tetap tidak berjaya..

8. Cd atau Dvd tertentu sahaja boleh dibaca..
Kes begini amat popular dan sering ditemui, pemacu drive hanya boleh baca cd-cd dari model tertentu sahaja tidak kiralah samada cd itu bukan cd yand asal..yang penting jenamanya tetap sama.

9. Floppy Disk perlu dipasang..
Oleh kerana kerana penggunaan disket dari floopy Disk sudah tidak digunakan lagi, usaha untuk tidak memasang floopy disk tidak dapat dilakukan.. jika tidak dihidupkan, komputer tidak dapat digunakan, jadi terpaksalah floopy disk dipasang sebagai barang perhiasan.


10.Masalah Laptop atau Notebook.
Jika komputer boleh diserang penyakit misteri, begitu juga dengan Laptop atau Notebook..Dan oleh kerana kos alat ganti Laptop mahal,biasanya kami cadangkan pengguna guna sahaja Laptop tersebut sampai mati..ini penyakit misteri Laptop

- Laptop perlu kedudukan tertentu..
Kedudukan laptop atau notebook perlu berada dalam kedudukan yang telah ditetapkan, seperti apabila dibuka, screen mesti dicondongkasn kebelakang sedikit (tidak boleh tegak).

- Bateri perlu dipasang
Laptop perlu dipasang bateri untuk membolehkan laptop dapat dihidupkan melalui cabel plug..walaupun bateri tersebut telah menemui ajalnya, tapi nampaknya laptop tersebut tidak sanggup berpisah dengan baterinya..

- Laptop perlu di panaskan..
Penyakit ini sama dengan komputer desktop tadi, tetapi untuk laptop tempoh masa untuk panaskannya tidak lama, memadai 60 saat. Tetapi ada juga kes jarang-jarang jumpa..kena panaskan laptop hari ini..esok baru boleh guna..ini dah kira pelik melampaui batas-batas kesabaran.

Inilah diantara penyakit-penyakit pelik yang pernah kami jumpa..dan yang masih pelik hingga kini komputer ini masih boleh digunakan dengan sempurna tanpa sebarang masalah..

Anda boleh mencuba tips-tips yang dinyatakan diatas untuk mencuba manalah tahu komputer anda diserang penyakit demikian.

Selamat mencuba..

0 Pertanyaan: