PENDRIVE Pusat penternakan Virus terkini.



Pendrive adalah tempat simpanan data yang popular dan semakin diminati dewasa ini kerana saiznya yang besar dapat menyimpan segala maklumat yang diperlukan samada fail,gambar  lagu mahupun video.

Disamping itu Pendrive jugalah sebenarnya pusat penternakan Virus yang paling berkesan terutamanya bagi anda yang suka gunakannya dibanyak tempat seperti Cyber cafe ataupun melalui perkongsian pintar ( kongsi reramai ler ni ).
Kita dapat mengelak komputer dari dimasuki oleh virus dengan menggunakan beberapa tips yang diberikan dibawah..

1. Langkah pertama anda dapatkan arahan Start dan Run. Pada Run   taip MSconfig dan anda akan dapat paparan seperti dibawah..


Pada arahan Msconfig ini. klik pada Start Up










Seterusnya klik pada Disable All dan klik Apply..
Biarkan sahaja arahan ini dipaparkan dan jangan Klik pada Close..








Sekiranya keluar arahan untuk Restart seperti disebelah,biarkan sahaja..Kita teruskan langkah seterusnya..










2. Masukkan Pendrive anda..sekiranya keluar arahan Autorun untuk membuka, klik pangkah sahaja seperti gambar dibawah..


Klik pangkah pada menu Autorun untuk pendrive ini jika ianya muncul..














3. Sebelum pendrive dibuka, anda ubah dulu kedudukan folder options yang terdapat didalam Windows untuk membolehkan kita melihat semua isi perut yang ada dalam pendrive tersebut..
 
Untuk mendapatkan arahan Folder Options dapatkan My Computer dan klik dua kali padanya



Pada paparan ini, klik pada Tool untuk mendapatkan arahan Folder Options









langkah seterusnya klik pada View dan klik pada kotak 'Show hidden files and folders..














Tips-
Jika komputer anda ada masalah dengan Folder Option, sila gunakan Nero Burner dengan klik pada Pendrive..Sila rujuk dalam artikel Nero untuk lebih lanjut..

4. Apabila 2 langkah tadi dilaksanakan, dapatkan semula arahan My Computer dan pada pemacu Pendrive, klik kanan padanya dan klik pada arahan Explorer seperti gambaran dibawah.


Klik kanan pada pemacu pendrive dan pilih explorer..

Tips-
Teknik ini juga boleh digunakan sekiranya Pendrive anda tidak dapat dibuka seperti biasa..











5. Lihat keseluruhan isi perut pendrive anda  melalui tips dibawah.

- Sekiranya terdapat fail-fail yang anda tidak kenali seperti .exe atau .bat.. sila padam fail tersebut..

- Jika terdapat folder yang jika diklik akan keluar folder yang sama, padam folder tersebut..

- Sekiranya pendrive anda diisi dengan fail-fail dari Ms Office..pastikan setiap fail yang dipaparkan berakhir dengan
.doc @ docx,  untuk Office Word
.xml untuk Office Excel
.ppt  untuk Powerpoint

Jika terdapat selain dari fail yang ditunjukkan kemungkinan fail tersebut ialah virus..

- Bagi gambar,lagu  dan video pula paparan failnya adalah
.jpg
.gif
.png
.Flv
.tsf
. mpeg
 .wav
.mp3

Bagaimanapun anda haruslah mengenal pasti fail apa yang sebenarnya milik anda supaya tidak terpadam yang tidak sepatutnya..

6. Setelah segala urusan anda selesai seperti mencetak dan mengedit fail-fail anda dari pendrive, sila keluarkan pendrive tersebut dengan menggunakan cara berhemah iaitu dengan close terlebih dahulu seperti gambaran dibawah


















7. Tutup (tanda X) semua paparan pada Desktop anda seperti arahan Msconfig tadi..

8. Akhir sekali buka lagi sekali Msconfig seperti teknik yang ditunjukkan tadi, gerak pada Start Up..


Pada menu Start Up pastikan semua bahagian Startup Item tidak ditandakan..jika bertanda tekan Disable sekali lagi..
- Klik No untuk tidak Restart komputer jika arahan untuk Restart dipaparkan sekiranya anda masih mempunyai urusan yang belum diselesaikan..






Tips..

Sekiranya anda mahu Format Pendrive anda, klik kanan pada pemacu Pendrive dan klik format..lihat gambaran diberi..


Klik Quick Format untuk memulakan proses format Pendrive anda..
















Selamat Mencuba.



0 Pertanyaan: