RAM KOMPUTER bukan Ramlah dan keluarganya



Ramai orang terkeliru dan terkhilaf apabila mengatakan RAM dapat melajukan sesebuah komputer,pendapat begini tidak salah,cuma kurang tepat. Ram hanya berfungsi untuk mempercepatkan daya ingatan bila kita mahu melaksanakan satu-satu arahan,seperti contohnya otak kita dapat berfikir dengan pantas apabila kita mahu melaksanakan sesuatu,tetapi kelajuan untuk setiap gerakan bergantung kepada anggota badan,sama juga dengan komputer,gerakan dikawal oleh CPU atau Processor,maknanya lebih kurang begini, tak guna guna Ram 2gb jika Processor kita cuma Pentium 4.
Didalam artikel sebelum ini telah diterangkan tentang jenis-jenis RAM,kali ini kita cuba pula beberapa panduan untuk memastikan RAM kita sentiasa dalam keadaan bersedia dan sihat sejahtera..Sebelum itu diulang lagi sekali kerosakan Ram akan menyebabkan :-


1. Keluar bunyi amaran apabila komputer cuba dihidupkan.
2. Keluar arahan atau notis ralat dikenali juga Blue screen.
3. Komputer tetiba jadi Automatik, Restart sendiri tanpa disuruh atau diarah.
4. Banyak perisian yang memerlukan grafik yang tinggi tidak dapat digunakan.


Untuk mengelak dan menepis masalah Ram ,kita boleh gunakan beberapa panduan yang akan diberi dibawah.


Sekiranya anda memberi jawapan begini "Entah!! aku pun tak tau," pada soalan "Berapa Ram komputer awak?..Anda boleh ikuti arahan ini untuk mengetahui berapa nilai sebenar Ram yang digunakan.


Mulakan Start - Setting - Control Panel -  System  (Rujuk gambar dibawah.)



Perhatikan jumlah Ram yang akan dipaparkan dibahagian bawah menu ini.Arahan ini juga berguna untuk elak anda ditipu oleh penjual komputer.





















- Mengurang Memory Share untuk Windows.
Sekiranya anda menggunakan Ram pada tahap minima seperti 128mb untuk Windows XP,kita boleh mengurangkan kadar penggunaannya supaya pergerakan komputer dapat bergerak dengan lebih lancar dari sebelumnya.


Dapatkan Arahan Bios@Cmos pada permulaan komputer dihidupkan. Rujuk keterangan yang diberi dibawah.



Dalam menu Cmos @ Bios, gerakkan petunjuk arah hingga ke Advanced Chipset Feature.















Cari dan dapatkan arahan VGA Share Memory Size, beberapa nilai akan dipaparkan, untuk membolehkan anda membuat pilihan hati, jika saiz Ram anda kecil, pilih nilai terkecil dan begitulah sebaliknya jika saiz Ram anda besar.











Setelah pemilihan saiz selesai,jangan lupa simpan arahan yang dibuat tadi supaya "kerja anda tidak sia-sia"..
















Tips- Setiap arahan Bios@Cmos berbeza tentang kedudukan Vga Share Memory Size berada. tetapi biasanya arahan ini akan berada dalam menu "Advanced Chipset Features".

Untuk mengelak Ram dari cepat memohon borang cuti awal ikuti langkah ini..

1. Jangan buka banyak perisian dalam satu-satu masa seperti buka Inernet,winamp,Ofiice ,Burn ,Convert, ini kerana memori ingatan atau inggerisnya RAM akan terpaksa bekerja keras fikir itu dan ini, belum habis fikir keluar arahan baru pula..mau tak pening..

2. Jika anda memerlukan perisian yang memerlukan ingatan memori yang tinggi seperti 3D terutamanya Games,digalakkan anda menggunakan Grafik Kard, ini dapat meminimumkan penggunaan RAM.


3. Sebelum memasang sesuatu perisian seperti Games,pastikan tahap keupayaan komputer mencukupi jangan cukup-cukup makan, ini akan memaksa Ram bekerja lebih kuat .


4. Elak dari menjadikan Desktop anda dengan gambar yang resolusinya tinggi,menggunakan aksesori yang pelbagai seperti petunjuk untuk tetikus dan sebagainya, lainlah jika komputer anda memang power giler..kalau takat cukup makan jer..bahagiyer lah dengan apa yang ada..


5. Selalu pastikan windows atau Os yang digunakan berada dalam keadaan memuaskan ini dapat mengelakkan memori anda dari memikirkan tugas yang tidak sepatutnya,boleh gunakan perisian ini untuk membuat semakan..   Klik Sini

6. Anda boleh juga rujuk artikel sebelum ini tentang cara untuk memaksima dan meminimakan saiz memori menggunakan Virtual Memory.


Selamat Mencuba.








0000CC

0 Pertanyaan: