Virus YANG BOLEH DIBUAT KAWAN DAN melawan



Tahu atau sedarkah kita bahawa sebenarnya tanpa kita sedari virus juga menjadi sumber pendapatan sesetengah orang  kerana kebiasaan dan menjadi amalan bahawa pereka perisian Anti Virus adalah pencipta virus..Itulah sebabnya kita temui bermacam-macam versi virus dan anti virus dipasaran..
Mungkin ada yang akan berkata pandangan ini tidak logik?..Takpe kami bagi anda logik..fikirkan yang ini sahaja.. Kenapa anti virus boleh padam atau musnahkan sesuatu virus sahaja dan tidak semua virus? Keduanya kenapa kita perlu "Update" Anti Virus yang digunakan samada yang tulin atau tidak?..
Oklah kita lupakan mukadimah diatas, kita teruskan agenda kita iaitu berkenalan dengan Virus dan beberapa cara untuk mengelak,menepis serta memusnahkannya.

1. Virus Lepak..
Virus lepak ini sebenarnya adalah dalam bentuk fail-fail tempelan, dan virus ini sebenarnya pasti dan memang ada didalam sesebuah komputer. Namun begitu Virus jenis ini tidak membahayakan komputer, malah boleh dibuang bila-bila masa dan jika anda nak biarkan dia menumpang kasih dalam komputer atau laptop andapun tidak mengapa..kerana jika anda padam pagi ini, petang ini virus lepak ni ada semula..
Untuk mendapatkan Virus lepak ini tidak susah..kita layari sahaja Internet dan anda mula muat turun beberapa perisian maka nanti dapatlah virus Lepak ini..
Lihat contoh Virus lepak yang telah menumpang berteduh dalam salah satu laptop kami..sedangkan sebelum subuh kami dah halau dia keluar..tup-tup tengahari dia datang balik nak makan nasik..isk..isk..


MSOChache..











2. Virus tak kenang budi
Virus kategori tak kenang budi ini jika dibiarkan lama-lama..nanti dia akan menyebabkan berlaku kerosakan pada sistem utama Windows..Tugas dan modus operandinya lebih kurang macam anai-anai la..makan sikit-sikit..itulah sebabnya komputer anda makin lama makin lembab..lembab..
Kenapa pula dipanggil Virus tak kenang budi?..Ialah dah lah masuk rumah kita tak bagi salam peh tu abis segala benda dalam rumah nak diselongkarnya termasuk peti ais dan sebagainya..
OLeh kerana kelemahan Virus ini tidak dapat bergerak dengan cepat (Lembab) kita punya masa untuk memusnahkannya tanpa perlu menggunakan ubat pembasmi kuman..Gunakan Anti virus yang diyakini sudah mencukupi seperti Kaspersky,Panda  tetapi jika anda tidak mampu boleh muat turun portable Av sahaja.
Nak kenal Virus ini?.. kebiasaannya Virus ini pembuatannya dari Indonesia Pak..Hampir semua namanya asal dari sana dong.. seperti Brontok,Mawar, Permisi dan lain lagilah..tapi yang seronoknya kebanyakkan pencipta Anti Virus untuk virus ini dari Malaysia..kan hebat tu ada kerjasama erat.
- Contoh Brontok















- Terbaru maklumat yang disampaikan oleh perisik kami..terdapat virus kategori ini sedang cuba untuk masuk melalui YM atau Yahoo Massanger, jadi pengguna Ym kenalah hati-hati..
- Jika anda ada masalah untuk menggunakan Msconfig ataupun Folder Option anda hilang, Virus tak kenang budi inilah penyebabnya..jadi bersedia dengan anti virus dan buat Backup fail-fail penting
- Sekiranya anda menemui fail-fail yang disimpan terutama melalui Office semuanya bertukar menjadi .exe,bersiap sedia  untuk pindahkan fail ketempat selamat.
- Gunakan folder options untuk melihat semua fail tersembunyi dan buka My Computer dan lihat jika anda menemui virus ini..
Bro_Act.exe
My_Sexy.exe
Jika ada masuk dalam Safe mode dan gunakan Nero untuk padam..

3. Virus Penjenayah.
Virus kategori ini kita tidak dapat nak "kautem" dengannya seperti beri masa sedikit ker dulu selamat mana yang patut..lebih kurang Malaikat maut ler ni..Jika dia sudah masuk dalam komputer kita, dia akan cuba untuk berpakat dengan virus tak kenang budi untuk memusnah terus Sistem komputer, dan jika Virus tak kenang budi menolak pelawaannyapun dia masih mampu bergerak maju kedepan..
Bagaimana cara virus ini bergerak aktif? Virus ini akan menjalankan tugas dan misinya selepas anda Restart ataupun anda tutup komputer, ini kerana virus ni akan bergerak melalui Sistem memory (bukan Ram) yang terdapat pada papan litar..
Salah satu teknik yang boleh diamalkan untuk mengelak serangan virus ini ialah dengan menggunakan arahan Clear Cmos dengan menukar jumper pada papan litar..Ini dapat mematikan sistem memory serta mengelakkan virus ini dari dapat bergerak.. salah satu cara lagi ialah cabut bateri pada papan litar..
Walau bagaimanapun kebarangkaliannya adalah 30% sahaja boleh selamat..sebab utamanya kitapun tak tahu bila virus ini masuk terutama komputer yang tidak ada pengawal keselamatan (Anti virus), ataupun pengawal keselaman ada!! tetapi dia tidur ( Anti virus dah tamat tempoh)..

Tidak ada cara lain untuk selamat dari serangan virus ini, melainkan perlu proses Format..

4. Virus orang @ manusia
Virus ini rasanya semua kenal dan yang pastinya virus kategori ini tidak ada anti virus yang dapat menghapuskannya melainkan Malaikat maut..Ada jugak ker virus jenis ini..?
Ada..siapa kata tak ada..Virus jenis ni biasanya bergerak melalui teknik ini..

- Padam atau terpadam yang tidak sepatutnya
- Install atau setup beberapa perisian yang dia sendiripun tak pasti selamat ke tidak
- Gunakan komputer seperti buka Tv ..On/Off sesuka hati..

Satu lagi fakta menarik yang boleh kita kongsi tentang virus ini ialah bolehkan virus merosakkan Hardware komputer? Jawapnya iya hanya  kepada
- Ram dan Hard disk sahaja inipun bila berlaku kes seperti Hanging dan kebiasaanya kita perlu Restart  atau tuutp komputer yang pastinya akan menjejaskan piring pada Hard Disk serta daya ingatan memori..untuk memudahkan anda faham kita andaikan begini..
Ali (Hard Disk) tengah berfikir(Ram) biasanya dapat menyesaikan 10 masalah tanpa sebarang..tetapi tiba-tiba Ali diserang demam(Virus masuk ) dan tidak mampu untuk menyelesaikan 10 masalah seperti kebiasaanya akibat dari demam tersebut..Daya ingatan dan pergerakan Ali menjadi lemah dan lembab hingga sampai satu tahap Ali tidak sedarkan diri (Hanging)..tiba-tiba kita terus ketuk(Restart atau tutup pc) kepala Ali..Selepas diketuk tadi bolehkah Ali berfikir dan bertugas seperti biasa? Atau mungkinkah Ali terus gila?..Dan jangan kita lupa penyebabnya ialah Virus Demam..
Lihat pula isi perut Hard Disk


- Perhatikan pada Piring yang akan berpusing yang kita ibaratkan sebagai otak Ali tadi..Bayangkan pula pada kelajuan pusingan piring tadi,tiba-tiba komputer dimatikan yang akan menyebabkan piring serta merta berhenti dan tiba-tiba terpaksa pusing lagi sekali (Restart) sedangkan masalah pusingan pertama tadi belumpun selesai..
Jika anda tidak faham buat-buatlah faham sebab penulis pun dah pusing..





Berbalik pada soalan tadi..jawabnya tidak pada
Mouse,
Keyboard.
Monitor
Speaker dan sebagainya lagi.. Pernah anda jumpa orang cakap " Bang!! Tetikus saya kena Virus la?..

Selamat mencuba..




0 Pertanyaan: