INFO YANG PERLU KITA TAHU TENTANG FB

Jika ditanya pada anda, apakah maksud FB? Adakah anda boleh beri jawapan yang tepat? Mungkin kita akan dapat berbagai tafsiran tentang FB.. Tetapi yang perlu anda tahu tentang FB ialah..

- Salah satu Laman sosial yang boleh kita berkongsi apa sahaja maklumat dan perkara samada dengan rakan yang kita kenali atau tidak kita kenali..

- Kita boleh menambah rakan melalui teman-teman samada yang telah kita kenali atau belum kita kenali.

Dua perkara inilah yang perlu difahami supaya tidak berlaku seperti kejadian-kejadian seperti " Awak ni sape?.."Sape ni?" .. " Tak Kenal Pun Awak?.." Kenapa awak Add saya" dan sebagainya..

Benda-benda begini boleh meyebabkan berlakunya pergaduhan jika salah seorang Keras kepala dan Angin satu badan..

Jadi PERINGATAN untuk anda.. apabila kita daftar FB perkara berikut perlu anda tahu..

- Jangan jadikan NAMA anda PUBLIC jika anda tidak mahu orang lain berkawan dengan anda.

- Baca dan fahami Account Setting supaya anda tidak melakukan kesalahan yang akhirnya memalukan anda.

Inspirasi Team ada satu Community tentang perkara ini yang hampir 90% mengadu kerana mereka jadi pelik

- Bila kita Add Friends, dia tanya kita balik kenapa Add nama dia sedangkan dia yang Public kan dirinya

Sebenarnya jika kita rasa kawan kita itu tidak kita kenali, kita boleh Ingnore sahaja nama tersebut, tidak perlu buat penyiasatan yang akhirnya berlaku kejadian tidak ingin dirakam..

Pada setiap laman personal FB, ada Info tentang diri yang boleh anda baca untuk kenali siapa rakan anda..

Bagaimana pula nak tanya jika RASANYA macam kenal dia ni?.. Boleh bertanya, tetapi gunakanlah ayat yang sepatutnya..seperti " Rasanya macam kenal awak?.. Bleh dapat info lengkap?.. dan sebagainya..

INGAT.. berkawan biar seribu.. bukan jadikan FB sebagai medan cari musuh..

KEKOMSYAzone..



0 Pertanyaan: