PANDUAN BERKENAAN GRAFIK KAD


 Kita lihat masalah En. Ariffin
' Saya mempunyai empat anak lelaki yang telah meningkat dewasa, saya memerlukan komputer lagi untuk kegunaan anak saya kerana saya berpendapat lebih baik mereka main game dari merempit dijalan raya, sebelum ini saya telah mempunyai Laptop Jenama Acer yang agak lama, masalah saya banyak game baru tidak dapat digunakan pada laptop saya, bolehkah saya upgrade Laptop saya dengan menukar grafik yang lebih tinggi.? Soalan kedua mana lebih elok dibeli untuk bermain game, Laptop atau Desktop?

Sebelum diberi jawapan kepada soalan En. Ariffin tadi.. Grafik  sebenarnya bukan berfungsi untuk permainan game sahaja, grafik yang kuat dan seimbang perlu, sekiranya anda mahu  menggunakan perisian-perisian berasaskan grafik seperti Adobe, Page Maker dan lainnya..

Berbalik pada soalan tadi, suka dijelaskan bahawa Laptop sebenarnya tidak sesuai digunakan untuk permainan game kerana peralatan laptop mahal dari segi kos baik pulih, terutamanya yang sering rosak ialah keyboard, Cooler Fun dan lain-lain lagi..Jadi lebih selamat sekiranya digunakan Desktop sahaja.

Laptop pula tidak dapat di upgrade dari segi grafik , dan yang biasa boleh diuprade pada laptop cuma Ram, Hard Disk ataupun Processor..senang cerita jika grafik laptop menyokong 64mb, itulah yang boleh digunakan sampailah Laptop anda meninggal dunia..
Jika adapun Laptop yang boleh di upgrade atau naik taraf, harganya pula jarang mampu dimiliki oleh kita.

Desktop apa pula yang baik dan sesuai dengan harga?

Ok..ikuti beberapa panduan ini..

- Sebelum anda membeli komputer Desktop seperti diterangkan dalam artikel sebelum ini, pastikan grafik yang digunakan sesuai dengan lain-lain komponen pada komputer..seperti contoh jika anda memilih komputer Dual core memadailah memilih grafik untuk ram 512mb kebawah kerana jika anda beli grafik lebih tinggi dari dikatakan tadi, nilai grafik yang mampu dihasilkan cuma sekitar 85% sahaja kerana tiada keseimbangan pada spec.

- Pilih bekalan kuasa @ power supply yang hendak digunakan tinggi nilainya dari yang biasa, ini kerana jika penggunaan grafik yang berlebihan, takut tidak mampu ditampung oleh power supply yang biasa..

- Banyakkan kipas dalam Casing amat digalakkan, ini kerana lagi tinggi grafik digunakan, tahap kepanasan dalam komputer akan bertambah..

- Jika Budjet anda lebih, boleh beli Hard Disk berkapasiti besar, kerana perisian game biasanya menggunakan ruang yang besar. 

- Pilih papan litar Dwi slot seperti ada Slot AGP dan PCI, sekiranya berlaku kerosakan pada slot, kita boleh gunakan slot lain sebagai ganti..

Apa grafik kad yang terbaik?

Banyak model untuk grafik kad ini.. tetapi yang biasa dan popular digunakan ialah NVIDIA ataupun ATI. Yang terbaik keduanya mempunyai kelebihan tersendiri.. 

- Walau apapun kad grafik pilihan anda, pastikan dulu harga pasaran semasa yang boleh didapati dari Lowyat.net..
- Pastikan anda membeli dari kedai yang sah supaya mudah anda berurusan semasa tempoh jaminan.

Semoga En. Ariffin berjaya dalam misinya..

0 Pertanyaan: