PEMASANGAN WIRELESS edisi ke 3


 Proses pemasangan Wireless bagi Windows Xp atau Vista jika diikutkan sangat mudah, tetapi bakal menjadi payah apabila terdapat masalah yang sebenarnya tidaklah sebesar manapun..jadi untuk mengelak berlaku 'perkara yang senang tetapi dibuat melalui jalan sukar ', kami buatkan sekali lagi  artikel berkenaan Wireless untuk kali ke 3,

Untuk mudah faham, lihat soalan dari email yang kami dapat dari pengirim bernama ANIS..






 Sebelum kami menjawab soalan dari Anis tadi, kami terpaksa bertanya beliau dulu beberapa soalan untuk mengetahui dimana punca masalah ini..

- Adakah terdapat Anti virus yang digunakan pada laptop,apakah anti virus tersebut.
- Laptop model terbaru terutamanya ACER akan mempunyai lampu petunjuk untuk Wifi, adakah lampu menyala ?
- Pada paparan desktop adakah keluar arahan untuk Wifi (sebelah loceng)..

Ini jawapan dari Anis..




Setelah mendapat jawapan dari Anis, punca sebenar Wifi tidak dapat berfungsi untuk Internet ialah kerana adanya perisian AVG anti virus kerana AVG  terbaru mempunyai satu fail  perlindungan internet yang diletakkan dalam arahan Local Area Connection Properties. Jadi setiap kali internet cuba ditembusi akan berlaku konflik antara fail AVG dengan sistem Wifi Windows..

Apa yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah ini ialah dapatkan arahan Control Panel dan klik dua kali pada Network Connection. 



- Klik kanan pada Wireless Network Connection .. dan pilih Properties.












- Padam semua fail-fail yang tidak berkaitan ( gunakan kekunci Del) terutamanya AVG atau lain-lain anti virus dan tinggal hanya fail-fail yang dipaparkan ini sahaja.













Dengan melakukan cara yang dinyatakan diatas sahaja anda sudah tidak perlu buang masa untuk format atau usung laptop ke kedai komputer.. senang bukan..

Selamat Mencuba..

0 Pertanyaan: