WINDOWS 7 selepas ujian peperiksaan selesai


Setelah diguna pakai selama lebih kurang 2 minggu lebih, beginilah hasil yang nak kata kajian pun tidak sangat kerana kami lebih banyak melakukan penyiasatan keatas Windows terbaru yang berjaya menambah lagik koleksi Microsoft disamping koleksi duit..

Inilah hasil penemuan kami..

- Pada awalnya agak cuak juga kerana takut  Windows ni memerlukan Ram bersaiz besar, rupanya 1gb dah memadai dan ternyata Windows 7 lebih laju dan stabil dari Windows Vista..Tengok contoh Spec diperlukan..

1. 1 GHz 32-bit or 64-bit processor
2. 1 GB of system memory
3. 16 GB of available disk spa
4. Support for DirectX 9 Graphics With 128 MB Memory
5. DVD-R/W Drive
6. Internet access (to download the Beta and get updates)

- Windows 7 amat sesuai jika anda mementing paparan grafik yang menarik dan terkini, paparan grafik pula boleh diubah suai mengikut kehendak anda sendiri, malah dirasakan lebih cantik dari yang dihasilkan oleh Windows Vista.












- Jika anda mahir menggunakan Windows XP atau Vista sebelum ini, rasanya Windows 7 lebih memudahkan anda kerana banyak kelemahan pada Windows sebelumnya telah diperbaiki seperti..

1.  Proses pemasangan Windows 7 menjadi mudah apabila beberapa Driver yang biasa dan popular telah siap terpasang , ini pastilah memudahkan kerja kita tanpa perlu lagi terkial-kial nak cari dimana driver yang diperlukan..manakala perisian-perisian penting sudah siap terbina dengan sendirinya terutama untuk aksesori.

2. Adanya satu sistem yang dapat mengawal komputer sekiranya berlaku penambahan pada perisian atau pengurangan perisian, seperti contoh seseorang yang tidak dikenali telah menggunakan komputrer anda dan beliau telah menmbah beberapa perisian ataupun membuang beberapa perisian, Sistem ini akan memberi tahu anda butiran dengan selengkapnya tanpa perlu kita lihat pada Uninstall..

3. Jika WIFI pula, anda hanya boleh klik pada sekali pada System tray untuk digunakan, tidak perlu lagi kita Setting dengan melalui arahan Control Panel dan lain-lain lagi..maknanya arahan untuk Wifi telah dipermudahkan.


















4. Satu lagi kehebatan Windows 7 ialah anda tidak akan menemui Sidebar pada paparan hadapan Windows, tetapi fungsi-fungsi pada Sidebar tetap boleh digunakan dan dipaparkan dalam bentuk aksesori ataupun dipanggil gadjet-gadjet ( sepupu kepada ispektor gajet) yang rasanya lebih cantik, memudahkan serta kurang berserabut..














5. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mencari fail-fail lama yang anda pun sudah lupa di mana anda simpan fail tersebut, Library yang terdapat dalam Windows ini dapat memudahkan pencarian anda walaupun fail tersebut berada dalam partition lain seperti D atau E..

6.Windows 7 juga mempunyai fungsi XPM atau Windows XPMode yang dapat membantu kita terutamanya apabila terdapat perisian-perisian yang boleh digunakan pada Windows XP sahaja.

Bagaimanapun nak lebih selamat kenalah guna Windows 7 yang tulen ..he..he.. 


0 Pertanyaan: