HALAL DAN HARAM - BUAT DUIT INTERNET


Ramai pengguna atau pengunjung Internet terkeliru antara halal dan haram bila kita berniaga menggunakan Internet. Banyak pendapat dan pandangan boleh kita dapat, termasuk juga dengan beberapa andaian mengikut pandangan sendiri. Jadi untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, ini pandangan kami..

Internet adalah salah satu keperluan yang mula digunakan oleh semua lapisan masyarat baik di negara kita sendiri ataupun dunia luar. Internet bakal menjadi salah satu cabang perniagaan yang luas dan berskala besar kerana kita dapat berhubung dengan dunia luar dengan cepat dan mudah..Isunya adakah perniagaan yang dijalankan melalui Internet ini  halal ?? .

Kita ambil pendekatan begini sahaja, kita mahu pergi beli gula, kita keluar rumah dan menuju ke kedai dan dapat membeli gula.. beza internet, kita tak perlu kemana-mana cuma duduk dirumah dan buat pesanan untuk mendapatkan gula.. kedua cara diatas membolehkan kita mendapat gula. Yang menjadi haram ialah kita membeli gula tersebut samada cara pergi atau menggunakan Internet kita tidak membayar harga gula tersebut..dan inilah yang orang nampak..mereka tidak nampak kemudahan,tetapi mereka lebih  cenderung untuk memperkatakan tentang kesan ..

Sebenarnya, kesan itu semuanya berpunca dari dalam diri kita sendiri, jika kita niat tidak baik, buat apapun bakal mengundang masalah. 

Ok..sekarang kitam asuk dalam bab perniagaan Internet dan yang menjadi minat dan hebat diperkatakan sekarang ialah buat duit melalui Internet..adakah Halal atau Haram.

Didalam dunia Internet, terdapat dua cara untuk membolehkan kita buat duit ,satu melalui jualan barang dan kita dibayar komisyen, satu lagi kita tidak menjual apa2 produk,( ini termasuk saham dan sebagainya ) ,cuma mengajak orang sertai apa yang kita sertai dengan dikenakan bayaran tertentu..

Baik.. kita pergi kepada jualan barang atau produk dahulu, sama juga seperti peniaga diluar, kita ditugaskan untuk membantu syarikat-syarikat untuk menjual barangan keluaran mereka dan kita dibayar upah, cuma kita perlu nilai dan fikir dulu apakah barang yang dijual itu elok atau sebaliknya..jadi dalam urusan buat duit disini, kita bekerja dan dibayar upah..jadi dimana istilah haramnya..??

Tiada produk atau barangan yang perlu dijual, kita ditugaskan mencari orang bawah untuk membayar upah kepada kita dan syarikat yang kita sertai, manakala orang bawah pula akan lakukan perkara yang sama seperti kita lakukan..yang ini pada pandangan kami, barulah kita boleh terjemahkan sebagai haram..sebab secara logiknya kita tidak tahu apa tujuan dan apa kesudahan yang kita dapat dari skim ini..

Jadi..untuk mengelak sebarang kekeliruan dalam isu halal haram ini..elok kita kaji secara mendalam terlebih dahulu sebelum kita sertai mana-mana skim atau mahu menjalankan operasi buat duit di Internet..jika kita boleh cari syarikat yang boleh menawarkan kita duit, kenapa kita tidak boleh cari apakah maklumat syarikat yang ingin kita sertai itu..

Sekian..

0 Pertanyaan: