MOZILLA FIREFOX 4

Para pengguna Internet pastinya tidak sabar menantikan kemunculan browser atau enjin pencari  Internet Firefox version  4. Setakat ini kita dikenalkan dengan version 3.7 yang terbaru. seperti gambaran dibawah..

Jadi apakah beza dan klajuan yang boleh dihasilkan oleh Firefox version 4 ini.. jika kita lihat dari promosi gambaran yang diberikan dibawah, ianya nampak lebih mudah dan tidak serabut..

TAMBAHAN pada Tombol atau Button direka bentuk lebih besar untuk memudahkan pengguna nampak selain ianya lebih ringkas . 

TIPS - Jika anda mahu kan proses Internet anda cepat bergerak, carilah satu browser atau enjin pencari yang seringkas yang boleh seperti Firefox atau Chrome..jadi kita nantikan kemunculan Firefox version 4 ..


APA ITU AFFILIATE PROGRAM


Ramai juga pengguna dan pengunjung Internet tidak berapa faham apa itu Affiliate program, dan bagaimana kita dapat buat duit dari program ini..

Secara ringkasnya Affiliate adalah Agen yang dilantik untuk memperkenalkan beberapa produk. Jika diluar kita panggil Penjual (Salesman) atau agen atau DUTA..tetapi didalam dunia Internet, ianya dikenali sebagai Affiliate. Tugas dan makna yang sama cuma nama sahaja berbeza.

Program Affiliate pula terdiri dari dua bentuk iaitu  
Kita perlu memperkenal kan atau menjual produk tertentu..
Kita akan menerima upah atas setiap jumlah jualan yang telah kita jalankan..kadar upah bergantung kepada kiraan syarikat yang menawarkan program Affiliate samada konsep piramid atau sebaliknya..

Kita tidak perlu menjual Produk , cuma memperkenalkan laman web tertentu..
Seperti juga upah untuk hasil kerja, bezanya disini, kita tidak perlu menjual apa-apa barangan dari syarikat yang kita sertai, kita cuma perlu memperkenalkan syarikat ini (laman Web) dan kita akan dibayar upah jika sesiapa sertai atas anjuran kita.

Dan program inilah yang banyak disertai oleh orang ramai sekarang ini sehingga hampir 80 % pengguna FB akan bertemu dengan program Affiliate jenis ini..kenapa ianya lebih menarik..kerana kita tidak perlu jual apa-apa barang, cuma jalankan sedikit penerangan dengan ayat-ayat manis,menarik dan mengancam, bila ada orang sertai, kita dibayar upah..

HALAL DAN HARAM - BUAT DUIT INTERNET


Ramai pengguna atau pengunjung Internet terkeliru antara halal dan haram bila kita berniaga menggunakan Internet. Banyak pendapat dan pandangan boleh kita dapat, termasuk juga dengan beberapa andaian mengikut pandangan sendiri. Jadi untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, ini pandangan kami..

Internet adalah salah satu keperluan yang mula digunakan oleh semua lapisan masyarat baik di negara kita sendiri ataupun dunia luar. Internet bakal menjadi salah satu cabang perniagaan yang luas dan berskala besar kerana kita dapat berhubung dengan dunia luar dengan cepat dan mudah..Isunya adakah perniagaan yang dijalankan melalui Internet ini  halal ?? .

Kita ambil pendekatan begini sahaja, kita mahu pergi beli gula, kita keluar rumah dan menuju ke kedai dan dapat membeli gula.. beza internet, kita tak perlu kemana-mana cuma duduk dirumah dan buat pesanan untuk mendapatkan gula.. kedua cara diatas membolehkan kita mendapat gula. Yang menjadi haram ialah kita membeli gula tersebut samada cara pergi atau menggunakan Internet kita tidak membayar harga gula tersebut..dan inilah yang orang nampak..mereka tidak nampak kemudahan,tetapi mereka lebih  cenderung untuk memperkatakan tentang kesan ..

Sebenarnya, kesan itu semuanya berpunca dari dalam diri kita sendiri, jika kita niat tidak baik, buat apapun bakal mengundang masalah. 

Ok..sekarang kitam asuk dalam bab perniagaan Internet dan yang menjadi minat dan hebat diperkatakan sekarang ialah buat duit melalui Internet..adakah Halal atau Haram.

Didalam dunia Internet, terdapat dua cara untuk membolehkan kita buat duit ,satu melalui jualan barang dan kita dibayar komisyen, satu lagi kita tidak menjual apa2 produk,( ini termasuk saham dan sebagainya ) ,cuma mengajak orang sertai apa yang kita sertai dengan dikenakan bayaran tertentu..

Baik.. kita pergi kepada jualan barang atau produk dahulu, sama juga seperti peniaga diluar, kita ditugaskan untuk membantu syarikat-syarikat untuk menjual barangan keluaran mereka dan kita dibayar upah, cuma kita perlu nilai dan fikir dulu apakah barang yang dijual itu elok atau sebaliknya..jadi dalam urusan buat duit disini, kita bekerja dan dibayar upah..jadi dimana istilah haramnya..??

Tiada produk atau barangan yang perlu dijual, kita ditugaskan mencari orang bawah untuk membayar upah kepada kita dan syarikat yang kita sertai, manakala orang bawah pula akan lakukan perkara yang sama seperti kita lakukan..yang ini pada pandangan kami, barulah kita boleh terjemahkan sebagai haram..sebab secara logiknya kita tidak tahu apa tujuan dan apa kesudahan yang kita dapat dari skim ini..

Jadi..untuk mengelak sebarang kekeliruan dalam isu halal haram ini..elok kita kaji secara mendalam terlebih dahulu sebelum kita sertai mana-mana skim atau mahu menjalankan operasi buat duit di Internet..jika kita boleh cari syarikat yang boleh menawarkan kita duit, kenapa kita tidak boleh cari apakah maklumat syarikat yang ingin kita sertai itu..

Sekian..