APA ITU AFFILIATE PROGRAM


Ramai juga pengguna dan pengunjung Internet tidak berapa faham apa itu Affiliate program, dan bagaimana kita dapat buat duit dari program ini..

Secara ringkasnya Affiliate adalah Agen yang dilantik untuk memperkenalkan beberapa produk. Jika diluar kita panggil Penjual (Salesman) atau agen atau DUTA..tetapi didalam dunia Internet, ianya dikenali sebagai Affiliate. Tugas dan makna yang sama cuma nama sahaja berbeza.

Program Affiliate pula terdiri dari dua bentuk iaitu  
Kita perlu memperkenal kan atau menjual produk tertentu..
Kita akan menerima upah atas setiap jumlah jualan yang telah kita jalankan..kadar upah bergantung kepada kiraan syarikat yang menawarkan program Affiliate samada konsep piramid atau sebaliknya..

Kita tidak perlu menjual Produk , cuma memperkenalkan laman web tertentu..
Seperti juga upah untuk hasil kerja, bezanya disini, kita tidak perlu menjual apa-apa barangan dari syarikat yang kita sertai, kita cuma perlu memperkenalkan syarikat ini (laman Web) dan kita akan dibayar upah jika sesiapa sertai atas anjuran kita.

Dan program inilah yang banyak disertai oleh orang ramai sekarang ini sehingga hampir 80 % pengguna FB akan bertemu dengan program Affiliate jenis ini..kenapa ianya lebih menarik..kerana kita tidak perlu jual apa-apa barang, cuma jalankan sedikit penerangan dengan ayat-ayat manis,menarik dan mengancam, bila ada orang sertai, kita dibayar upah..

0 Pertanyaan: