Memaparkan catatan dengan label BELAJAR FACEBOOK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BELAJAR FACEBOOK. Papar semua catatan
SEMBUNYIKAN EMAIL ANDA umpama katak
Seperti diterangkan dalam artikel sebelum ini, maklumat peribadi kekadang perlu disembunyikan terutama bagi mereka-mereka yang memang minat nak jadi katak bawah tempurung, tengok email orang boleh,tengok email dia tak boleh..ha..ha..
Sebenarnya ada cara mudah untuk kita sembunyikan email kita..paling mudah ialah TULIS EMAIL PALSU yang tidak wujudpun sama sekali, ataupun kosongkan ruang email anda..
Tetapi bagi yang mudah lupa ape email yang digunakan (ade ke..) atau mahu belajar tentang cara-cara menyembunyikan email melalui FB, ikuti langkah diberi..
1. Pergi rumah jiran anda dan katakan padanya anda mahu masuk laman FB anda..
- Setelah berjaya masuk dalam FB anda bukan yang orang punya..
- Klik pada Profile
- Klik pula pada Info
-Pada bahagian Contact information klik pada Edit.
- Klik pada kotak kunci dan pilih Customize.
- Klik pada Make this Visible to Only Me
SELAMAT MENCUBA
1:59 PG | Tajuk BELAJAR FACEBOOK | 0 Comments
MENGAWAL PRIVACY ANDA
Kekadang ada masanya kita perlu mengawal maklumat tentang diri sendiri sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak dimanipulasi atau manipulator oleh individu yang tidak bertonggeng jawab.
Apabila kita menggunakan FB terutamanya apabila kita memaparkan maklumat tentang diri, kita sebenarnya terdedah kepada sebarang kemungkinan yang kekadang tidak pernah kita terfikir..
Bagaimanakah kita mahu mengawal Privacy dalam FB kita..
1. Jangan masuk dalam Peti Ais anda, tapi masuk dalam FB anda.
- Dari sini anda boleh pilih mana yang perlu dipaparkan mana yang tidak mahu dipaparkan Gunakan Customize sekiranya perlu. SELAMAT MENCUBA..
1:27 PG | Tajuk BELAJAR FACEBOOK | 0 Comments
BLOCK UNDANGAN YANG TIDAK DIPERLUKAN
Menggunakan FB ini kekadang membosankan kita terutama apabila kita banyak menerima undangan-undangan yang tidak sepatutnya dan tidak kita perlukan , kekadang kita terpaksa klik untuk memadam setiap undangan yang diterima untuk membolehkan Inbox email kita sentiasa kosong ataupun kita terpaksa klik pada bahagian Reguests setiap kali kita membuka FB.
Undangan yang diterima seperti dalam bentuk Games,applikasi,event,kuiz kekadang menyeronokkan tetapi jika sudah terlalu banyak ianya boleh melembabkan pergerakan FB . Seharusnya kita kena bijak memilih yang mana perlu yang mana tidak .
Bolehkah kita Blok untuk tidak menerima undangan yang kita tidak perlukan ? Tentu boleh.. Ikuti langkah diberi..
1. Masuk dalam FB anda macam biasa..
- Klik pada Setting dan klik pula pada Account Settings
- Lihat pada bahagian privacy dan klik Manage
- Klik pada Applications and Websites
- Lihat pada Ignore Applications Invites dan Klik pada Edit Ignored friends.
- Akhir sekali, pada bahagian Block, isikan nama teman yang anda tidak mahu menerima undangannya.- Kasihan orang itu..he..he..
SELAMAT MENCUBA..
1:04 PG | Tajuk BELAJAR FACEBOOK | 0 Comments
ADAKAH FACEBOOK ANDA LEMBAB?
Tahukah anda, jika FB anda susah terlalu banyak Application yang diambil atau gift yang diterima, ini akan menyebabkan FB anda menjadi lembab untuk bertindak atas setiap arahan yang diberikan oleh anda. Kekadang untuk Add Friends pun mengambil masa.
Masalah lebih berat boleh berlaku jika anda membuka banyak laman @browser yang sama melalui FB anda seperti contoh gambaran dibawah..
- Contoh 4 laman page FB yang dibuka,,
Apakah yang harus dilakukan untuk mengelakkan kelembapan ini ? Padam atau buang.. Jawabnya dua-dua sekali..he..he.. Anda harus pilih mana-mana Application yang tidak diperlukan ataupun yang jarang digunakan untuk dinyahkan dari FB anda..
Kalau dah buang boleh ke dapat balik ? Tidak jadi masalah sebenarnya kerana anda boleh dapat balik Application yang dibuang terutama apabila ada orang invite atau menggunakan perisian Gift.. Senang cerita kita buang sementara waktu sahaja..
Lihat contoh diberi bagaimana cara kita boleh buang Application FB dengan mudah dan menyelerakan..
- Pertama anda haruslah masuk kedalam Laman FB anda, jangan pergi laman rumah jiran sudah ler..
- Klik pada bahagian Application anda dan klik pada Edit Application
- Seterusnya anda akan dipaparkan senarai Application yang anda miliki atau yang telah anda Add.
- Cari dan pilih Application yang anda mahu buang dengan klik pada X..
- Untuk mengelakkan anda tersalah padam, pertanyaan akan dipaparkan dulu, jika anda benar mahu padam, klik pada Comfirm.
- Klik Okay membuktikan anda telah berjaya memadam Application tersebut.
SELAMAT MENCUBA.
12:02 PG | Tajuk BELAJAR FACEBOOK | 0 Comments
MENUKAR USERNAME FACEBOOK
Tahukah kita bahawa code yang mewakili nama kita pada Address bar Facebook boleh ditukar untuk memudahkan kita mengendalikan Facebook dengan lebih mudah. Untuk memudahkan anda faham apa dimaksudkan, lihat gambar dibawah..
- Ini adalah Username asal yang digunakan oleh kami sebelum ini, perhatikan berapa punya panjang dan pening nak ingat setiap huruf dihujungnya.
- Address Facebook asal kami..
1. Proses menukar Username
Caranya mudah sangat, tak perlu bawa jumpa pawang atau doktor bertauliah..buat macam ni sahaja.
Pertama masuk kedalam Facebook anda seperti biasa yang anda lakukan.
- Pada Address bar iaitu selepas / anda taipkan Username seperti gambar ini..
- Selepas anda tekan Enter, anda akan diberi pilihan nama untuk dipilih, jika tak setuju dengan nama diberi klik pada More.
- Masukkan nama pilihan anda dikotak yang disediakan.
- Setelah pilihan nama dibuat, sila klik pada Check Availabality untuk semakan, jika nama diberi sudah ada, anda perlu guna nama lain, jika nama anda boleh digunakan, paparan seperti gambaran sebelah ini akan muncul, klik pada Comfirm.
- Paparan terakhir ini akan muncul untuk membuktikan bahawa anda telah berjaya menukar Username untuk kegunaan Address bar anda..
Selamat Mencuba.
11:09 PG | Tajuk BELAJAR FACEBOOK | 0 Comments
ADAKAH FACEBOOK SELAMAT ?
Semua orang tahu dan mengenali apa itu Facebook yang semakin hari semakin ramai peserta yang menyertainya. Tidak perlu diperkenalkan lagi semua sudah tahu fungsi Facebook yang telah membuka satu ruang untuk kita berkenalan dengan semua orang tidak kira apa bangsa, warna kulit, agama dan sebagainya . Tetapi didalam keghairahan kita menggunakan Facebook sedarkah kita tentang perkara -perkara ini ?..
Adakah Facebook selamat terutamanya apabila kita paparkan maklumat tentang diri , pekerjaan , pendidikan serta tempat tinggal dengan harapan kita akan mempunyai ramai kenalan atau kawan ? Samada maklumat tentang diri anda itu tipu atau tidak itu tidak menjadi isu utama, tetapi adakah kita sedar disebalik maklumat yang kita paparkan itu kita sebenarnya sedang dipantau oleh seseorang atau badan penyiasat yang sememangnya adalah musuh kita ?..
Sedarkah kita yang musuh itu sedang memerhatikan kita, mereka sedang mengumpul data-data penting tentang diri kita, dan hanya menunggu peluang yang baik untuk bertindak..
Walau apapun yang kita lakukan , kita seharusnya berwaspada dengan setiap perkara yang hendak dilaksanakan, tidak semua maklumat tentang diri kita boleh dikongsi bersama dan tidak semua manusia didalam dunia ini jujur dengan kita..
Ingatlah..
12:18 PG | Tajuk BELAJAR FACEBOOK | 0 Comments
MASUKKAN BLOG @ Laman Web ANDA PADA FACEBOOK
Jika dalam artikel sebelum ini kita telah belajar cara-cara nak masukkan artikel dari dalam blog anda ke FB, sekarang kita belajar yang lagi dasat, kita masukkan terus Blog anda kedalam FB, dengan cara ini anda akan dapat meningkatkan jumlah pengunjung blog dan memperkenalkan blog anda pada semua rakan-rakan anda..
Perkara pertama yang perlu anda tahu sebelum boleh kita masukkan Blog atau laman Web dalam FB, pertamanya anda mesti mempunyai Blog sendiri, jika anda ada batu blok..lupakanlah niat anda itu..Begitu juga jika anda ada Laman Rumah sajer..tiada laman Web..tak perlulah susah-susah belajar cara ini..lebih baik anda tebang rumput di laman rumah anda atau jiran anda..
Langkah yang perlu anda buat sebelum anda melangkah meninggalkan komputer ialah..
- Macam biasa dari FB anda klik pada Application dan pilih Browse.
- Pada Kotak Search taipkan NETWORKEDBLOGS, Klik paparan Application Networkedblogs yang muncul atas jemputan anda.
- Pada Kotak Search taipkan NETWORKEDBLOGS, Klik paparan Application Networkedblogs yang muncul atas jemputan anda.
- Seterusnya lengkapkan Form yang disediakan berkenaan blog anda, Pada bahagian Topics, anda boleh kosongkan jika tak tahu nak isi apa. Apabila lengkap Klik Next.
- Paparan mengenai info blog anda akan dipaparkan, Klik pada Share agar blog dipaparkan pada Wall FB
- Anda boleh terus invite kengkawan untuk join blog anda dengan klik pada Invite people to follow.
-Klik pada Author untuk memaklumkan bahawa blog itu kepunyaan anda
Isikan Text anda dan Share untuk dipaparkan pada Wall FB anda.

- Klik semula pada Profile untuk membolehkan blog anda dipaparkan pada Profile FB anda.
- Klik pada Add to Profile.
- Klik Add untuk teruskan.
- Klik Keep agar blog dipaparkan dalam Profile FB untuk memudahkan teman anda lihat dan klik padanya.
Isikan Text anda dan Share untuk dipaparkan pada Wall FB anda.
- Klik semula pada Profile untuk membolehkan blog anda dipaparkan pada Profile FB anda.
- Klik pada Add to Profile.
- Klik Add untuk teruskan.
- Klik Keep agar blog dipaparkan dalam Profile FB untuk memudahkan teman anda lihat dan klik padanya.
3:27 PG | Tajuk BELAJAR FACEBOOK | 0 Comments
BUAT EVENT DALAM FACEBOOK
Jika anda ada sesuatu acara yang hendak dijalankan dan mahu jemput kawan-kawan anda terlibat sama, FB telah menyediakan satu fungsi yang dipanggil Event yang boleh membantu anda mengatur secara berjadual apa yang anda ingin mahukan pada acara tersebut.
Walau bagaimanapun, tahap penggunaan Event banyak bergantung kepada Kreativiti anda sendiri.
Setelah anda masuk laman FB anda
- Klik pada Event dibahagian bawah (rujuk gambaran diberi).
- Apabila Aplikasi Event dipaparkan, klik pada Create Event.
Seterusnya anda akan dibahagikan kepada 3 peringkat maklumat yang perlu dimasukkan.
- Isi maklumat berkenaan acara anda seperti yang dipaparkan seperti tajuk, lokasi, tempoh masa.
- Pada bahagian Privacy, terpulang kepada anda samada mahu buat secara terbuka atau tertutup.
- Setelah lengkap klik pada Create Event
- Pada peringkat ke dua, isikan maklumat yang diperlukan
- Lengkapkan dengan gambar agar Event anda mampu menarik perhatian teman-teman
- Isi dengan apa keistimewaan Event yang anda hendak adakan itu,
- Senang cerita buat Event anda paling menarik jadi orang akan tertarik dan the Boom!!!
- Apabila siap klik pada Save and Continue, anda akan dipaparkan contoh Event yang telah dibuat oleh FB untuk dipaparkan pada Wall atau sebaliknya.
- Pada peringkat akhir, anda diberi peluang untuk membuat undangan teman-teman untuk menghadiri acara yang anda ingin laksanakan.
- Seperti biasa taip Mesej yang mampu menarik minat orang untuk menyertai acara anda..
- Klik Skip sekiranya anda masih belum mahu buat undangan..
Selamat Mencuba.
6:46 PG | Tajuk BELAJAR FACEBOOK | 0 Comments
TUKAR PASSWORD FACEBOOK
Anda ada masalah Password? Password FB anda telah diketahui orang? Tak pe kita mampu selesaikan masalah anda ini dengan menggunakan diri anda sendiri dan tidak perlulah membazir duit buat kenduri 7 hari 7 malam untuk menyelesaikan masalah Password ini.
Mula-mula anda perlu masuk kedalam FB macam biasa sajer.
- Arahkan Petunjuk arah ke Setting dan klik pada Account Setting
- Klik pada Change pada bahagian Password.
- Apabila kotak maklumat tentang Password dipaparkan, isi maklumat yang diperlukan.
- Pastikan semasa menaip Password, lihat dahulu samada anda menggunakan huruf besar atau kecil
- Pastikan ejaan yang ditaip adalah betul..
- Setelah anda puas hati dengan Password baru klik pada Change Password.
Keluar dari FB dan lihat hasilnya..
Selamat Mencuba.
6:10 PG | Tajuk BELAJAR FACEBOOK | 0 Comments
Langgan:
Catatan (Atom)


















