Memaparkan catatan dengan label INSPIRASI KOMPUTER TIPS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INSPIRASI KOMPUTER TIPS. Papar semua catatan

BUAT DUIT DENGAN ZIDDU.COM plus PAYDOTCOM

Hari ni kita kongsi lagi dalam bab menambah pendapatan melalui Internet tanpa perlu mengeluarkan apa-apa modal, hanya perlu join dan lakukan apa yang disuruh, jika tidak laku pun kita tidak rugi apa-apa, jika laku itu satu bonus untuk anda..

1. Kita mulakan dengan Ziddu.com. walaupun bunyinya pelik serta kearah India sikit,tapi pemiliknya tiada kaitan atau berasal dari India. Ziddu.com membolehkan kita berkongsi file,video,hadiah atau sebagainya, anda boleh upload fail tersebut kedalam Ziddu.com dan mulakan kongsi dengan teman-teman. Jika ada yang muat turun fail atau apa yang anda kongsikan tadi, anda akan dibayar  oleh Ziddu.com.

Selain itu apa yang menarik tentang Ziddu ini ialah, ia menawarkan kita ruang fail tanpa Had tidak seperti beberapa laman simpanan yang kami gunakan sebelum ini. Untuk Muat turun ataupun pindahkan fail anda, ianya 30% lebih cepat dari lain-lain laman yang menawarkan perkhidmatan serupa. Jika anda lihat laman web Ziddu, ianya nampak simple dan tidak berserabut, ini akan mempercepatkan proses muat turun atau pindah data kedalamnya.
Ziddu menawarkan pendaftaran percuma dimana kita dibenarkan pindah data (Upload) mengikut keutamaan masing-masing, tiada syarat tertentu digunakan.

Gunakan kreativiti anda untuk buat duit dengan cara ini, seperti anda mempunyai simpanan lagu atau video yang mahu dikongsi, anda simpan dalam Ziddu, jika ada yang ambil fail tersebut anda dapat imbuhan..

Untuk join anda klik iklan dibawah.. mudah jer..




2. Salah satu peluang untuk anda buat duit ialah dnegan menggunakan program yang konsepnya lebih kurang anda ajak orang join program mereka dan anda memperoleh duit. Sebenarnya banyak program Referral yang boleh dipilih, tetapi buat masa ini kami cadangkan anda join Paydot.com terlebih dahulu, kerana ianya mudah untuk dikendalikan ,

- Selain kemudahan tadi, jika anda malas atau malu untuk mengajak orang join, anda boleh gunakan Widget atau kod-kod yang telah siap sedia dengan maklumat anda untuk anda promosikan dalam blog atau laman web anda.

Lihat video yang diberi dan buat keputusan.
Jika anda berminat klik link dibawah ini.

KLIK SINI UNTUK DAFTAR PERCUMA

CUBA tidak rugi..

BUAT DUIT DENGAN TWITTER episod 2

Kita masih lagi dalam bab buat duit dengan Twitter, jika dalam episod 1 anda diterangkan bagaimana kita boleh buat duit dengan iklan , kini saya mahu anda kongsi pula buat duit dengan cara yang sama tetapi lain konsep.

-Konsep ini memerlukan anda mempunyai blog atau laman Web, jika tiada..tak dapat lah nak bantu..

- Masuk kedalam web RevTwt dengan KLIK SINI UNTUK MASUK

- Klik pada Login dan masukkan email dan kata laluan yang anda gunakan untuk pendaftaran .

- Seterusnya buka browser internet baru anda untuk masuk kedalam blog atau laman web anda supaya anda boleh buat artikel tentang ini, anda juga boleh cetak artikel ini jika mahu..

Apa yang anda perlu lakukan seterusnya ialah, lihat semula dalam laman Revtwt tadi dan ikuti langkah diberi.

- Dari menu RevTwt tadi, klik pada bahagian Referral

- Lihat gambaran ini


- Dalam menu Referal ini anda akan dapat tiga kod yang boleh anda promosikan dalam blog anda tadi.

1. A- Anda boleh gunakan kod ini untuk ajak rakan anda join program ini melalui cadangan anda.

2. B dan C - Untuk anda pamirkan pada ruang utama blog atau laman anda, ini juga untuk mengajak rakan anda join program ini melalui cadangan anda..

Melalui cara ini anda akan mendapat 20% dari setiap pendapatan orang tajaan anda..

- Seterusnya anda klik pada ShortURL untuk kita jalankan promosi seterusnya..

- Sekiranya anda tidak tahu apakah URL Twitter anda, rujuk gambaran diberi..


- Masuk kedalam akaun Twitter anda dan klik pada Setting,

- Lihat pada bahagian Username dan ditepinya ada ditandakan URL anda, Copy alamat tersebut.

- Paste dalam Shorten it  dan klik.


- Perhatikan pula gambaran ini


- Setelah anda klik pada Shorten it, anda akan mendapat URL Shotcut anda .

- Klik pada SelectPgsURL untuk menandakan semua kod URL tersebut.

- Seterusnya klik pada Tweet it untuk anda promosikan dalam laman Twitter anda.


- Sebelum anda tekan Update, taipkan ayat yang menarik minat pengunjung untuk klik, apabila selesai klik pada Update untuk menjalankan promosi anda.





Promosi seterusnya ialah anda boleh masukkan dalam blog dengan cara klik pada BlogAds .



- Isikan maklumat berkenaan blog anda

- Isikan maklumat tentang Reader countries, anda boleh biarkan All semua.

- Masukkan alamat URL blog atau website anda pada ADDURL .

- Klik pada Get Code


- Salin Kod yang diberi dan masukkan dalam artikel yang anda buat tadi..













Cubalah..


BIAT DUIT DENGAN TWITTER episod1

Seperti yang dijanjikan, Jika anda berminat untuk mulakan buat duit melalui Internet yang kecewa dengan Adsence yang dengan banyak kerenah, anda boleh cuba dengan Twitter..

Anda tahu apa itu Twitter, jika anda tidak tahu, carilah info tentang Twitter kerana saya tidak mampu terangkan apa itu Twitter, yang mahu saya kongsikan ialah bagaimana cara kita boleh buat duit dengan Twitter.

Paling penting sebelum anda join program ini, anda harus mempunyai akaun dengan Paypal kerana pembayaran akan dibuat terus kedalam akaun Paypal..

Anda boleh klik sini untuk join Paypal


1. Setelah anda join Paypal, bagi yang belum mempunyai akaun Twitter, lakukan pendaftaran dengan segera, jangan risau kesemua pendaftaran percuma ..he..he..

- Yang telah ada akaun Twitter, sila buat lagi 5 atau 10 akaun dengan Twitter, lebih banyak lebih elok..

- Setelah anda siap daftar dengan Twitter anda masuk laman ini untuk join TwtAd terlebih dahulu..


- Setelah proses pendaftaran anda selesai , postkan iklan yang diperlukan kedalam Twitter anda tadi, jangan risau kerana semua akan ditunjukkan secara mudah pada anda. Anda akan terima bayaran $0.20 atau $0.02 untuk setiap iklan yang anda pos dalam Twitter anda.

- Syarat utama ialah anda mesti mempunyai ramai pengikut atau dipanggil Follower, jadi anda dapatkan seramai mungkin Follower dan ulangi langkah diberi diatas.

- Untuk memudahkan anda mendapat ramai Follower anda boleh cuba gunakan Twollo dengan klik dibawah

- Twollo ini laman berbayar, bagaimanapun anda ada 4 hari untuk Free Trial, jadi gunakan masa 4 hari diberi untuk dapatkan seramai mungkin Follower anda..

Jika anda rajin, anda akan dapat seperti mana contoh dibawah..


Walaupun nilai anda dapat kecil seperti $10..ianya adalah dalam USD..lumayan kalau sehari dapat $10 kan..

Ingat tanpa MODAL DAN ADA USAHA..ANDA PASTI BOLEH..

Jumpa lagi dalam bab Twitter seterusnya..


BUAT DUIT TANPA MODAL

Berbalik pada modal berbayar tadi, apa yang perlu anda ambil tahu ialah tahap keupayaan dan taraf syarikat atau laman web yang dipilih..Tips paling mudah nak tahu sama ada syarikat mereka besar atau tidak ialah..

- Lihat ada tak iklan Google Adsence dalam laman Web mereka.. Jika ada, maknanya mereka pun bergantung kepada pendapatan melalui Google..kesannya anda fikirlah sendiri..



Lihat pula tugasan yang anda perlu lakukan setelah anda buat pilihan.. paling utama ialah berapakah nilai yang akan anda dapat.. lihat contoh gambaran dibawah..


Yang perlu anda tahu..
- Perhatikan berapakah nilai kosong selepas titik. lihat program diatas mempunyai 4 nilai kosong..

Pengiraan akan jadi begini..
0.0001 memerlukan anda mendapat sekurangnya 100 klik atau lebih atau kurang
0.0010 memerlukan anda dapat 1000 klik atau lebih atau kurang
0.1000 memerlukan anda dapat 10000 klik atau lebih atau kurang

Maknanya disini untuk mendapat nilai 10 sen anda perlu 10000 klik iklan anda.. Mampu anda buat ??
Untuk tidak kecewakan anda, syarikat ini menawarkan anda nilai 2 kosong akan dibuang jika anda mengeluarkan modal dengan join mereka.. maknanya mata ganjaran anda akan jadi begini

0.00

Tetapi harus diingat, jika telah dibuang 2 kosongpun, anda masih memerlukan sekurannya 1000 klik ..Anda mampu..

Dan inilah realiti dalam perniagaan internet sebenarnya.. tidak ada jalan pintas kecuali NASIB anda baik anda terpilih untuk dapat imbuhan terbaik..tetapi ini hanyalah ditawarkan hanya untuk 1 dari 3 melalui 1000
peserta. Anda tak faham ayat ini.. begini

- Kami ada jalankan satu program buat duit, untuk menarik ramai pengunjung, kami bagi satu hadiah..katakan ahli seramai 1000 orang, maka kami cuma pilih 3 orang yang bertuah untuk hadiah tersebut, dengan harapan 3 orang tadi dapat membantu menambah ahli 3000 orang..itulah maksud ayat tadi..

Selain kesusahan yang perlu anda tempoh (kecuali anda ada ayat power mampu tarik orang ramai ) ialah berkenaan modal.. anda terpaksa keluarkan modal barulah anda dapat diberikan jalan yang mudah sedikit..tetapi yang penting anda ingat ialah, apabila anda membeli yakni mengeluarkan modal, sebenarnya secara tidak langsung anda menjana pendapatan mereka, pendapatan anda belum tentu lagi..FIKIRKAN..

Satu perkara paling menarik untuk anda fikirkan ialah..jika mereka yang menawarkan anda tawaran sudah jadi jutawan..kenapa mereka bersusah payah mengajak anda bersama.. kerana mereka pun susah seperti anda..mereka berusaha untuk menjadi jutawan.. jika anda sanggup menjadi seperti mereka..anda pasti berjaya..

Oleh kerana itulah untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak merpati buat duit melalui internet ini, saya cadangkan anda join program yang tidak memerlukan anda mengeluarkan modal , maknyanya anda cuma daftar dan cuba berusaha untuk dapatkan apa yang perlu dilakukan. Jika anda tewas, anda tidak rugi apa-apa..

Artikel seterusnya saya akan membantu anda untuk mencari manakah program yang tidak memerlukan modal untuk kita kongsi bersama.

Jika anda rajin anda boleh layari blog saya ini..


ANITA ESA.

BUAT DUIT DENGAN INTERNET ? Susahnya..

Pihak pengurusan Kekomsyazone memaklumkan pada anda bahawa hampir kesemua juruteknik kami berada diluar kawasan, maklumlah awal tahun ni banyak urusan perlu dibuat, jadi masalah berkaitan komputer tidak dapat diteruskan..

Namun untuk tidak menghampakan pengunjung blog, pakar buat duit dalam Internet akan menemani anda buat sementara waktu. Semoga kita dapat berkongsi ilmu dengan beliau.

Apabila berbicara tentang buat duit dalam Internet, beberapa perkara anda perlu tahu supaya anda tidak kecewa atau dikecewakan. Untuk makluman anda, hampir 80% program buat duit dalam internet sebenarnya memerlukan anda mengeluarkan modal, dan hampir 75% pula memerlukan anda BERUSAHA..

Sekarang kita berkenalan dulu dengan modal berbayar yang maknanya anda perlu join mereka terlebih dahulu barulah anda boleh menjana pendapatan atau bahasa mudahnya buat duit.. ? Bolehkah kita percaya pada pendekatan begini.. sebenarnya boleh dengan syarat utama anda kena berusaha, ini kerana mereka biasanya tidak akan nyatakan apakah yang perlu anda lakukan, mereka lebih nyatakan apakah yang anda bakal dapat ?..

Jika anda sebagai seorang penjual, apakah anda lakukan untuk menarik minat pembeli ? Mestilah anda mengatakan produk anda adalah terbaik dan berkualiti.. samalah juga dengan perniagaan Internet, apa yang ditunjukkan hanyalah untuk mengaburi mata anda dan paling penting mereka akan berusaha membuktikan pada anda bahawa sebenarnya mudah menjana wang melalui Internet..

Sebenarnya konsep mudah menjana duit melalui Internet sudah tidak relevan lagi sekarang, kerana sudah ramai orang yang tahu..saya bagi anda contoh mudah.. Anda melawat laman Inspirasi Team atau mana-mana laman Web, berapa kalikah anda klik setiap iklan yang anda nampak ? Ataupun anda hanya melihat tanpa mempedulikan iklan tersebut..bayangkan jika rakan-rakan anda pun buat perkara yang sama .. Adakah iklan tersebut dapat diklik dengan mudah..

Kebanyakan pengguna Internet melalui servey yang dilakukan, hanya melihat iklan yang dipaparkan, tidak dan jarang-jarang sekali menggunakan iklan tersebut seperti membeli barangan melalui iklan tersebut. Paling menarik melalui servey yang dilakukan, orang yang memaparkan iklan lebih ramai dari bilangan yang mewakili pembeli !! Tak percaya..saya bagi anda contoh.. jika anda ditawarkan peluang buat duit dengan percuma tanpa perlu keluar apa-apa modal dan letak pada blog atau laman web anda, adakah anda menolak? Tentu tidak kerana anda beranggapan, anda akan dapat sedikit imbuhan dari iklan yang dipaparkan..perasaan ini sebenarnya dikongsi bersama oleh rakan-rakan anda yang lain diluar sana.. Jika tidak percaya..

Kajian oleh Google membuktikan hampir 100% pengguna Internet di Malaysia lebih berminat pada dua kata kunci ini ( Keyword) iaitu KAYA dan LUCAH.. anda taiplah pada carian google, maka anda akan ditawarkan dengan perbagai bentuk tawaran yang bilangannya makin hari makin bertambah..

Artikel ini bukan tujuan untuk melemahkan semangat anda, saya ingin mencurahkan sedikit pengalaman yang ada yang saya rasa anda diluar sana patut sedar dan tahu..
 
Satu perkara penting yang perlu anda tahu, anda tidak boleh marah jika anda menemui  mereka yang menawarkan anda peluang buat duit dengan Internet ini. Mereka sebenarnya berusaha untuk menjayakan hasrat mereka, dan kemungkinan anda juga bakal jadi seperti mereka..
 
Kunci utama adalah usaha..
 
Jumpa dalam artikel seterusnya..
 
 

TAWARAN BARU DARI PAYPAL - buat duit ler

Anda tahu apa itu PAYPAL? Secara ringkasnya Paypal adalah satu laman web yang memudahkan kita membuat perpindahan wang secara lebih selamat. Jika anda berminat dan selalu berurusan menggunakan Internet, Paypal adalah pilihan utama anda.

Tahukah anda bahawa, selain dari urusan perpindahan wang, Paypal juga dapat membantu kita menambah pendapatan jika berminat. Ini kerana tiada program buat duit yang boleh dipercayai selain Adsence ( tapi nak lulus perit giler )..Kami sarankan anda join Paypal..

Sebab apa dicadangkan Paypal, pertama untuk daftar -
1. Paling utama anda tidak dikenakan bayaran untuk pendaftaran, malah jika anda rajin dapat pulak duit dari mereka..isk..isk..

2. Paypal adalah satu program buat duit yang boleh dipercayai 100% dari lain-lain program..jika anda ingat tahun lepas Paypal ada menawarkan program buat duit melalui Paypal Wishlist..sekarang kami tunggu imbuhan dari mereka.. rujuk gambar diberi..


Zaman sekarang ni..mana yang agak boleh buat duit, kita cuba ajer..cuma jangan anda tersalah pilih sudah..nanti bukan dapat duit ..tapi keluar duit..he..he..

Oklah.. langkah awal untuk join program terbaru Paypal ini ialah

- Daftar dengan klik

- Ikut segala arahan yang disediakan, jangan ubah pendaftaran anda..ikut sahaja melalui sign up seperti gambaran diberi ini..



Setelah pendaftaran anda berjaya..

1. Buat artikel seperti ini dan siarkan dalam Blog atau Web anda.

2. Hantar email kepada kawan atau sesiapa saja, ajak mereka join program ini..

3. Tunggu Duit anda !!!!

Mudah sangat kan..

Paling penting untuk anda ingat ialah - TIADA JALAN MUDAH NAK SENANG, MESTI KENA ADA USAHA..

TQ.

PARTITION WINDOWS 7 DAN VISTA

Jika sebelum ini kita telah diperkenalkan dengan Partition untuk Windows XP seperti bagaimana nak buat ,memadam dan buat lebih dari satu Partition ,kini kita belajar pula Partition untuk Windows Vista dan WIndows 7. 



Untuk makluman, proses membuat partition untuk Windows Vista adalah sama dengan Windows 7.


- Mulakan proses format untuk Vista atau Windows 7 seperti biasa sehingga anda temui arahan dibawah.



- Arahan ini memaparkan bahawa Hard disk ini belum lagi mempunyai Partition.


- Untuk buat Partition, klik pada Drive options(advanced).



- Klik pada New dan masukkan nilai yang sesuai dengan keluasan Hard disk anda, jika mahu buat lebih dari satu Partition, masukkan seperti formula dalam artikel sebelum ini yang mana bahagikan dua atau sebaliknya.


- Klik apply setelah nilai dimasukkan.







- Lihat pembahagian 2 partition telah dilakukan, gerakkan tetikus ke Unnallocated Space untuk kita buat partition seterusnya.







- Klik New dan ulangi langkah diberi seperti di atas supaya kita dapat buat lagi satu Partition.







- Contoh bagaimana sekiranya kita mahu buat 3 partition.





- Contoh 3 partition yang telah berjaya dibentuk. klik pada Next untuk meneruskan proses format.





- Untuk padam partition, gerakkan tetikus mana partition yang mahu dipadam dan klik pada Delete.











SELAMAT MENCUBA.

PARTITIONS KOMPUTER padam kawannya

Kita sambung lagi dalam bab Partition, jika dalam artikel sebelum ini kita buat partition bagi Hard Disk yang belum mempunyai Partition, kali ini kita belajar pula bagi Hard Disk yang telah mempunyai Partitions.

Mulakan proses format seperti biasa sehingga anda dapat arahan seperti gambaran dibawah ini.

1. Untuk memadam Partition.



- Perhatikan inilah rupa dan wajah bagi Hard Disk yang telah mempunyai Partition semasa proses format dijalankan.

- Untuk memadam tekan D.


- Untuk mengelakkan sebarang kesilapan, kita akan ditanya terlebih dahulu sebelum memadam seperti paparan ini. Tekan Enter untuk padam atau tekan Esc untuk batalkan .







- Sekiranya Hard disk anda memaparkan lebih dari satu Partition, sila gerakkan kedudukan petunjuk arah mana partition yang mahu dipadam.







JUMPA LAGI.


PARTITIONS KOMPUTER dan kenalannya

Rasanya ada yang sudah kenal dan tahu apa yang dikatakan dengan Partition serta kaitannya dengan komputer. Namun untuk memanjangkan mukadimah artikel ini, diterangkan partition secara ringkas bermaksud kita membahagikan kepada bahagian tertentu didalam Hard Disk.

Untuk lebih bagi anda faham, andaikan dalam sebuah rumah  yang besar, kita buat beberapa bahagian seperti bilik ,dapur,ruang tamu dan sebagainya..jadi lebih kurang beginilah sebenarnya maksud Partition tadi..Jika anda tidak faham juga, anda cubalah buat-buat faham..he..he..

Bila kita mahu berkata tentang Partition, beberapa perkara berikut perlu anda tahu..

1. Bila dan dimana Partition akan terbentuk.
Partition boleh terbentuk atau dicipta melalui dua keadaan, pertama melalui proses format dan selepas proses format. Tetapi teknik selepas format tidak digalakkan kerana boleh merosakkan Windows malah hard Disk.

2. Apa berlaku jika kita tidak menggunakan Partition ?
Hard Disk anda tidak akan dapat berfungsi.

3. Bagaimana hendak buat partition ?
Untuk buat Partition, seperti diterangkan di atas tadi, kita mesti melalui proses Format terlebih dahulu.. Rujuk critera dibawah bagaimana kita boleh buat partition dan belajar mengenainya.

- Mulakan proses format seperti biasa sehingga anda menemui arahan seperti dibawah.



- Lihat pada bahagian Unpartitioned.. yang bermakna Hard Disk ini belum dibuat Partition lagi.

- Perhatikan pada arahan yang pertama, jika anda tekan Enter untuk teruskan, proses format tidak dapat dijalankan kerana anda belum buat partition.

- Untuk buat Partition, anda kena tekan C.
- Untuk Padam pula tekan D ( ni dalam artikel ke 2 nanti kita bincang.
- Setelah anda tekan C untuk buat Partition, anda akan dipaparkan seperti dibawah.



- Anda akan dipaparkan jumlah keluasan Hard Disk anda, untuk buat lebih dari pada satu Partition, anda bahagiakan kepada dua dari jumlah Hard Disk anda.





- Anda juga boleh gunakan formula ini untuk buat lebih dari satu Partition..

- Partition 1            70%
-Partition  2            20%
- Partition 3            10%

Tips -

Berdasarkan kepada formula diberi, anda digalakan buat tidak lebih dari 3 partition untuk mengelakkan Hard disk cepat rosak.

- Partition 1 akan mewakili drive C anda yang digunakan untuk fail System seperti Windows,office dan sebagainya, jadi disarankan saiznya biarlah lebih besar dari partition ke 2 atau ketiga.

- Partition 2 dikenali juga drive D biasanya digunakan untuk anda simpan data-data penting seperti dokumen,gambar,video dan sebagainya.

-Partition 3  sebagai drive E pula adalah pilihan kepada anda, jika mahu buat pun boleh tidak mahu pun boleh, biasanya partition 3 digunakan untuk kita simpan Driver ..

Jumpa lagi..




TAWARAN EBOOK/DVD FORMAT


Berapa kalikah dalam setahun anda format komputer anda? Berapakah pula terpaksa dibenjakan untuk format? Tahukah anda kami mampu mengurangkan beban kewangan dengan miliki samada Ebook @DVD format ini dengan harga cuma RM25.00.

Apa ada dlm Ebook/DVD ini ?

- Kami terangkan mcm mana proses format dilakukan dari awal hingga komputer dapat digunakan, satu persatu..

- Kami gunakan konsep berhibur sambil belajar dimana anda akan dapat ilmu sambil tersenyum.

- Masalah jika berlaku format, apa perlu dibuat semua digabungkan menjadi beberapa bahagian untuk memudahkan anda faham..

Modal hanya sekali tapi boleh digunakan berkali-kali kerana kami sentiasa Update..Jika anda mahu untung,anda boleh format komputer kawan anda..huhu..

Berbaloi RM25/= itu ?

Iya..kerana kami bekalkan anda sekali dengan Installer untuk Windows, Msoffice dan aplikasi perisian utama..maknanya sudah lengkap untuk kegunaan sebiji komputer..Tiada penipuan kerana kami lakukan apa yang mampu kita kongsi bersama selagi boleh jimat..

Takut juga tertipu.. Anda boleh lihat Info pada Facebook dan beberapa blog kami dan anda nilaikan sendiri kerana kami yakin,,jika hari ini kami tipu anda seorang, esok akan lebih ramai akan menipu kami pula..

Berminat.. buat begini..

- Gunakan akaun Maybank2u -



Nama : Anita Esa

No akaun : 4283320017460074

Atau

KLIK BAYARAN MELALUI PAYPAL






Atau

Wang Pos atas nama ANITA ESA
Alamat : KEJURUTERAAN KOMPUTER SYAHADAH
              GTR6B, Kedai Dara,26900 Bandar Tun Abd Razak,Pahang D.M.

hantar kan maklumat bayaran anda melalui email -Kekomsyazone@gmail.com

@ atau

FAX pada kami

09-4458500.

Semoga kami dapat bantu anda..Terima kasih.

BUAT WINDOWS 7 BOOT BERGERAK PANTAS ver 2

Kita sambung lagi dapat pembelajaran kita tentang bagaimana kita dapat mengawal dan melajukan pergerakan Windows 7.

Langkah seterusnya yang boleh digunakan ialah dengan mematikan fungsi Aero Theme.(Disable Aero Theme). Jika komputer anda menggunakan paparan grafik yang rendah, kita terpaksa mematikan fungsi Aero Theme untuk melancarkan pergerakan WIndows 7.
Sebenarnya fungsi Aero Theme cuma untuk paparan anda kelihatan cantik dan menawan, tidak lebih dari itu..Apa guna cantik tetapi bergerak tempang..he..he..

Langkah untuk mematikan fungsi Aero Theme.

- Klik kanan pada mana-mana ruang Desktop anda dan pilih Personalize melalui Windows Color.
















- Buang tanda pada kotak " Enable Tranparency" dan pilih ” Open classic appearance properties for more color options” .

- Apabila tetingkap Windows dipaparkan, pilih Apply a Standard or Basic Theme .



- Cuba Restart untuk lihat kesan ujian anda ini..


Selamat mencuba

BUAT WINDOWS 7 BOOT BERGERAK PANTAS ver 1

Tips yang diberikan ini lebih sesuai digunakan untuk komputer yang menggunakan processor Dual Core ke atas sahaja. Bagaimanapun bagi yang menggunakan selain Dual Core seperti AMD atau Pentium4 boleh mencuba..Tak perlu risau kerana anda tidak akan disaman oleh JPJ jika guna tips ini..

- Langkah awal dapatkan arahan Run samada melalui Start atau tekan [win]+R .

- Pada arahan Run, taipkan MSCONFIG.

- Klik pada arahan Boot , selepas akaran Boot dipilih akan muncul satu lembaga berbentuk kotak (jangan lari pula) yang dikenali Time out. Tunggu sehingga pilihan arahan boot muncul.

- Sekarang tukar Value yang dipaparkan kepada 0. Tetapi jika anda menggunakan lebih dari satu partition, tukar nilai kepada 3 atau lebih.

- Seterusnya klik pada Boot Advanced Options yang akan muncul selepas peringkat di atas dilaksanakan.

- Tandakan pada kotak yang memaparkan Number of Processors. Tarik kebawah menu tersebut dan pilih nilai paling maksima ( biasanya 2 keatas ).

- Klik Ok dan jangan lupa tandakan pada kotak No Gui Boot .

Rujuk pada gambaran diberi..



- Klik Apply dan cuba restart komputer anda untuk lihat hasilnya..

Selamat Mencuba..


SEMAK KEADAAN MSCONFIG ANDA

Kami menerima maklumat bahawa dalam sehari dua ini terdapat pelbagai spam yang akan masuk kedalam sistem komputer melalui penggunaan Internet. Masalah boleh menjadi bertambah berat sekiranya komputer anda tidak dilengkapi dengan perisian Anti Virus yang tulen.

Sebenarnya serangan spam ini tidak dapat kita elak kerana ianya hadir dalam pelbagai bentuk  web dan berada diserata laman web yang biasa dikunjungi. Apabila menggunakan internet, kita sebenarnya terdedah kepada Spam yang tidak dapat kita elak atau tapis, Spam sebenarnya tidak merbahaya sekiranya hadir dalam bentuk fail tempelan, cuma berupaya melembabkan sistem komputer apabila sudah terlalu banyak. Spam menjadi bahaya apabila ia berubah menjadi Virus yang sengaja menawarkan dirinya pada kita seperti Anti virus dan sebagainya.

Apabila kita tidak boleh mengelak serangan Spam ini, apa yang perlu kita lakukan.

1. Jangan terima apa-apa tawaran berbentuk perisian yang ditawarkan sekarang , jika anda jumpa ada ayat Free tak perlulah anda klik.

2. Pastikan Anti virus anda di Update  supaya kehadiran fail-fail spam yang terbaru mudah dikesan .

3. Pastikan setiap masa MSCONFIG anda sentiasa kosong pada menu Start Up, jika ada bertanda, gunakan arahan Disable untuk mematikan ianya dari dapat berfungsi.

Ini contoh arahan MSCONFIG bagi yang mudah lupa atau buat-buat lupa..




- Dapatkan arahan RUN dan taip padanya MSCONFIG









 - Klik pada Start up .

- Perhatikan pada Start up Item yang sepatutnya tidak ditandakan.

- Jika ada bertanda seperti gambar diberi, klik pada Disable All untuk mematikan fungsinya.








 - Selain dapat mengelakkan kehadiran Virus , arahan ini juga dapat mempercepatkan proses start up komputer anda.

- Anda seharusnya sentiasa memastikan bahagian Startup item ini kosong atau tidak bertanda.


- Klik Apply dan ok untuk teruskan.





- Apabila keluar arahan untuk restart ini, klik pada Exit without restart sekiranya anda ada kerja yang belum disiapkan lagi,



Semoga dapat membantu .


BIDAN PEGI KENDURI bawa Power Supply

IYER..Bertemu kembali lagi semua, lama tak menaip rasa ketar pulak jari jemari Bidan ni iyer..oklah tanpa membuang maser, kita teruskan dengan soklan dan jawapan yang diambil dari Inspirasi Rawatan Komputer..

1. Satu email diterima dari Rohani Bin Mat Said dari Bukit Mertajam (mesti pisau ani tajamkan..) minta sedikit Tutorial yang real tentang Power Supply kerana menurut beliau, jika ikut panduan kami nampak mudah nak pasang atau tukar, tetapi nak jugak tahu lebih lanjut supaya tidak tersalah beli atau tersalah pasang.

Power Supply yang dipanggil juga Bekalan kuasa adalah diantara komponen utama komputer, jika berlaku kerosakan pada Power Supply, kita cuma boleh tengok jer komputer tersebut,tanpa boleh menggunakannya, Perhatikanlah iyer beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang Power Supply..

- Power Supply



- Ini adalah Power Supply yang banyak digunakan sekarang, perhatikan pada

A.  ATX 30 pin dan P4 ATX..

- Kedua-dua wayar ini perlu disambung supaya komputer boleh dihidupkan.
- Semasa memasang, lihat pada klik pemegang sebagai rujukan untuk memasang.
- Walau bagaimanapun jika terbalik, Kepala peyambung pasti tidak boleh masuk kerana bentuk kedudukannya merujuk pada bentuk penyambungan.

B. IDE 4PIN DAN FLOOPY 4PIN.
- IDE 4pin merujuk kepada penyambungan untuk Hard Disk dan pemacu ROM(CD,DVD ) .

 - Bentuk bersegi pada kepala penyambung menyelamatkan anda dari pasang terbalik.
- FLOOPY 4Pin pula merujuk pada Floopy Disk..tetapi kebanyakkan floopy disk atau disket sudah tidak digunakan lagi, jadi tidak perlu pasang pun tidak menjejaskan ape-ape lah iyer..

C. AUX X1.
- Kepala penyambung ini tidak perlu dipasang jika papan litar anda tidak mempunyai slot untuknya, tidak semua papan litar menggunakan penyambung ini..

D. SATA CABEL.


-  Untuk penyambungan SATA, kabel ini akan digunakan .

- Sebaiknye iyer..sebelum membeli, pastikan samada Powe Supply yang dibeli tu menyokong fungsi SATA atau tidak..







- Kita lihat pula Port untuk penyambungan yang terdapat pada papan Litar.


- Contoh penyambungan untuk ATX30 pin yang hangat diperkatakan tadi.

- Pastikan dimasukkan dengan kemas dan disiplin.














- Ini pula P4 ATX12v









Ok..sekarang kita pergi peringkat seterusnya..

Lihat Power Supply ini..


- Tiada beza pada power Supply ini dengan gambaran yang diberi di atas kerana ianya model yang sama.

- Cuma yang perlu anda tahu ialah, model ini terdapat dua port untuk penyambungan plug iaitu satu dari Plug ke Power Supply dan penyambungan dari kabel monitor ke Power Supply.

- Apa yang Bidan nak tekan disini ialah, jika anda menggunakan power Supply yang asal seperti gambaran diberi diatas yang mempunyai satu sahaja slot power, Anda perlu dapatkan Cabel power Code seperti dibawah sekiranya mahu buat penyambungan terus dari monitor ke Power Supply ataupun anda boleh gunakan Power Code yang disambung terus dari Monitor ke Plug..




- Contoh kabel untuk penyambungan dari Power Supply ke Monitor..


- Contoh kabel penyambungan dari Monitor terus ke plug.










Selamat mencuba.





















TIPS WINDOWS melalui arahan RUN..

Jika komputer kita menghadapi masalah tidak dapat bergerak seperti biasa seperti apabila  terdapat beberapa arahan yang hendak dijalankan tidak dapat dijalankan melalui arahan yang biasa dilakukan , kita boleh menjalankan arahan ini melalui fungsi RUN.

Kita lihat beberapa senarai arahan yang boleh dijalankan hanya melalui  RUN.

Klik Start dan pilih  Run , seterusnya ikuti kode yang diberikan dibawah.



1. Mematikan perintah Encrypting File System feature on a System yang terdapat pada Administrator

reg add "HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\EFS" /v EfsConfiguration /t REG_DWORD /d 1 /f



2. Mematikan fungsi Automatic Update melalui arahan Run.

reg add "HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\WindowsUpdate\Auto Update" /v AUOptions /t REG_DWORD /d 1 /f


3. Menjalankan arahan Defrag melalui Run
 
dfrg.msc
 












4. Mendapatkan arahan Add new Hardware melalui Run.

hdwwzd.cpl


5. Memadam fail-fail tempelan (history ) Internet explorer.
 
reg delete "HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Internet Explorer\TypedURLs" /va /f


6. Dapatkan arahan Automatic Update melalui Run

wuaucpl.cpl

Selamat Mencuba ..
 

GUNAKAN LOG ADMINISTRATOR UNTUK WINDOWS 7


FIRST ACCIDENT BEFORE SECOND ACCIDENT  

Kali ini kita pelajari bagaimanakah kita mahu aktifkan administrator pada log in sebelum Windows 7 dapat dimasuki. Seperti biasa log pada Windows XP amat mudah untuk dibuat kerana ada dipaparkan dalam Control Panel, ini berlainan dengan Windows 7 dan Vista yang memerlukan kita lakukan langkah dibawah untuk Log in Administrator.

1. Pertama sekali , dapatkan Start menu dan taip CMD padanya.

2. Taipkan net user administrator /active:yes untuk kita aktifkannya.

3. Seterusnya pangkah arahan CMD tadi dan dapatkan Control Panel.

4. Klik padaAdd or remove user accounts  untuk enabledkan arahan Administrator.

5. Akhirnya anda akan dapat melihat paparan Administrator seperti gambaran diberi..

Selamat Mencuba.