Isu keadilan dan hak rakyat masih lagi ditahap yang sama dan malah lebih teruk, rakyat dihimpit dengan kenaikan kos yang tidak sepadan dengan pendapatan..Disini terdapat dua fakta menarik untuk dinilaikan, Pakatan Rakyat yang dituduh tidak pandai memerintah sedang berusaha untuk memaksimakan taraf hidup rakyat, manakala Kerajaan sedang berusaha untuk memaksimakan pendapatan rakyat, tidak perlu memberi pelbagai alasan seperti kemelesetan ekonomi dan sebagainya, pembongkaran akan segera dilakukan oleh golongan ini untuk mendedahkan apa yang tersirat.
Mereka-mereka yang terpalit dengan seribu masalah masih lagi memegang kuasa dan masih lagi berjawatan ?..Jika orang yang diharapkan mendukung kedaulatan undang-undang rupanya mencipta undang-undang untuk kepentingan sendiri, maka adakah rakyat selamat?..Bayangkan jika anak anda tiba-tiba dituduh mencuri?..Dipukul semasa disiasat dan terus dijatuhkan hukuman? Anak anda dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama negara? Sedangkan anak jiran anda hanya mendapat keputusan cukup-cukup makan.. Tiba-tiba anak jiran itu dapat peluang belajar di IPTA kerana ayahnya berpengaruh dan kaya.. Apa perasaan anda?.. Beberapa contoh yang diberi di atas inilah punca mengapa UMNO terus ditolak..dan ditolak..
Peluang dan sisa yang tinggal telah diberi untuk UMNO membetulkan keadaan namun sehingga kini tiada keyakinan bakal berlaku perubahan.
Jika anda sorot dan buat kajian, segala tuduhan UMNO kepada PR selama ini sebenarnya hanyalah berdasarkan cakap politik.. lihat huraian dibawah
" Orang melayu Pulau Pinang akan dibunuh, akan dipinggirkan apabila DAP yang perintah?.. Sehingga kini berapa ramai orang melayu PP terpaksa lari ke negeri lain?..Berapa ramai orang Melayu disana telah berjaya dibunuh?..
" Negara akan huru hara jika PR perintah?. Sudah berapa kali berlaku huruhara dalam negara ? Apa yang boleh dilihat baik seperti isu kapla lembu..UMNO lah yang HURU HARA..Cuba lihat rujukan dan siasatan kepada semua peserta Demontrasi?..Siapakah mereka?..Adakah wajah mereka boleh ditukar menjadi orang PR..Sehingga boleh terkeluar andaian seperti ini.. Jika peserta demo ditangkap bermakna itu penyokong Pembangkang, tetapi jika peserta Demo tidak ditangkap, itu penyokong UMNO.. Adakah kita hendak menyalahkan Malaysiakini dan video dalam isu ini?..
" Kepimpinan negara akan hancur, kuasa melayu akan hilang jika UMNO dipinggirkan?..Benarkah bakal berlaku begini?.. Anda fikirkan begini sahaja?..
Dalam undang-undang negara kita ni, jika pun DAP menang, dia cuma boleh perintah dua negeri sahaja iaitu Melaka dan Pulau Pinang..
Kaum apakah yang memegang majoriti dalam PAS dan PKR?
Untuk apa diletakkan Institusi beraja ditahap tertinggi ?..
Adakah pemimpin DAP boleh dan berjaya meminda perlembagaan negara tanpa sekongan dari PAS dan PKR?
Halusilah fakta ini,, Pas tidak akan berjaya melaksanakan undang-undang hudud tanpa kerjasama dan kesepakatan dari DAP dan PKR, manakala DAP tidak akan berjaya mewujudkan Malaysian tanpa sokongan dari PAS dan PKR..jadi dimana logiknya perkara ini cuba dibangkitkan?..
Jika semua diminta meyokong UMNO, untuk apa Demokrasi.. Apa fungsi SPR? Dan jika ini lah taraf pemikiran pendokong UMNO, maka betul dan benarlah bahawa SPR adalah alat UMNO?..
Tak perlu marah, tak perlu melenting bila golongan muda tidak menyokong UMNO, inilah antara punca dan penyebab utama..Bukan kekuatan PR sebenarnya, tetapi kekuatan dan hasrat rakyat yang mahukan perubahan..
Tanyalah sesiapa sahaja, siapa tidak cinta keamanan dan keharmonian?..
Siapa mahu hidup dalam kesusahan dan ketakutan?
FIKIRKAN fakta ini maka Insya-Allah UMNO mampu menang besar dalam PRK Bagan Pinang ditambah lagi dengan undi percuma rm4925..
0 Pertanyaan:
Catat Ulasan