INSPIRASI KISAH RAYA


 
Sepanjang bulan puasa hinggalah tibanya Syawal, bermacam peristiwa menarik yang boleh kita temui samada suka atau duka. Yng suka pastilah ayah dan ibu kita yang setia menunggu kepulangan anak,menantu dan cucu tersayang disamping kanak-kanak ,kerana inilah masanya mereka mengumpul kekayaan disamping berbaju baru..Eh !! Ada lagi..nak tahu siapa.. Tokey-tokey kedai pakaian,kasut ,kuih yang turut sama mengaut keuntungan dari perayaan kita.. Ini adalah perasaan suka tahun lepas, macam mana tahun ini.. jom kita tengok adakah masih suka atau sudah mula duka..

" Manyak teluk !! Ini taun ma, talak pelenah wa punya kidai bila sulah dekat mau raya, hali-hali tengok wa punya pekerja saja penuhkan kidai!!haiya.. Wa sulah order manyak ma..lugi..lugi !!

" Dulu akak jual kuih ni, lagi seminggu nak raya akak dan boleh rehat buat persiapan untuk beraya. tapi kali ni, sampai jual pagi raya pun tak abis lagi.. Akak ingat nak jual pada tetamu yang datang beraya.. Akak dan keluarga dah tak mampu nak makan kuih raya siang malam pagi petang, muka pun dah macam "muka kuih kami sekeluarga"..uwaaa..



" Dulu tiap kali raya, anak sulung kami yang tinggal di KL tak pernah tak balik, tapi tahun ni tak balik kerana tak dapat cuti katanya, sedangkan anak macik tu berniaga pasar malam..Mak cik rindu cucu-cucu yang seramai 7 orang itu..



" Aku bengang betul dengan company aku, Taun lepas cukup beriaya-iya suruh aku kerja di hari raya sampai nak ugut, tapi semalam bila aku mengtawarkan diri untuk kerja di hari raya, boss aku tak bagi pulak, malah dia galakkan pula kami raya sakan sehingga sebulan. Dahlah bonus tak dapat, nak OT pun tak bagi sekarang ni..



" Mak, taun ni Amin tak dapat pulang beraya bersama keluarga kita kerana Amin sedang di kuarintin kerana disyaki mengidap H1N1..Luahan Amin dalam nada sebak kerana terpaksa menipu emak dan keluarganya..Sebenarnya Amin sudah hampir bangkrap kerana perniagaannya terpaksa ditutup akibat kegawatan ekonomi, Amin bukan tidak mahu balik, tapi bila mengenangkan anak-anak buahnya seramai 23 orang dan sebagai anak bungsu yang belum berkahwin dan agak mewah sebelumnya, pastilah banyak tuntutan-tuntutan kewangan yang bakal dimohon oleh anak-anak buah beliau menakutkan beliau..ngeri!!!ngeri!!!


" Ahmad pula berdepan dengan masalah dengan pengisian minyak kereta BMWnya yang dibeli secara tunai sewaktu tengah kaya.. Beliau dilihat setiap pagi akan pergi ke Stesyen minyak yang berlainan dengan menaiki motor kapcai sambil membawa tong minyak hitam untuk membeli minyak RON95 untuk menjaga Standard dan Branded nye..




Itulah diantara bingkisan-bingkisan kisah sedih yang pastinya mendukan kerana tahun ini kita terpaksa beraya dalam keadaan serba kekurangan atas sebab-sebab yang tidak dapat kita sendiri pastikan, samada kerana Kerajaan tidak memberi Bonus? Kerana H1N1 ? Ataupun kita masih dalam kemelesetan ekonomi?.. Ada masa fikir, tiada masa..tak yah ler fikir...







0 Pertanyaan: