BAIKI WINDOWS melalui NERO mencari Virus




Rasanya semua pengguna tahu apa fungsi perisian Nero dan pasti berasa pelik dengan tajuk artikel diatas..bolehkah perisian Nero yang fungsinya digunakan untuk proses salinan Cd atau DVD digunakan untuk membaiki Windows?..
Mungkin juga pelik dan tidak logik bagi sesetengah pengguna komputer,tetapi sebenarnya tidak perlu kita merasa demikian,..kerana inilah bezanya antara pengalaman dan pengetahuan yang boleh kita kongsi bersama. 

Diulas lagi sekali Nero yang kita kenali berfungsi untuk proses salinan CD@ DVD,Video,mp3 serta kerja editing untuk mp3 seperti hilangkan suara dan sebagainya..Selain menggunakan perisian Nero kita juga boleh gunakan lain-lain perisian yang fungsinya sama seperti Alcohol,Imageburn, Deep Burner dan As-Shampoo (bukan Shampoo rambut tau) .

Tetapi oleh kerana perisian Nero adalah lebih mudah digunakan dan dikenali ramai,kami kongsikan tips ini melalui Nero sahaja,tetapi anda boleh gunakan perisian lain seperti As-shampoo tadi..

Apa boleh kita buat dengan Nero? Macam mana pula Nero boleh membaiki kerosakan komputer?..Lihat persoalan dibawah untuk jawapannya..


1. Bagaimana kita nak mengetahui samada didalam Windows kita terdapat fail-fail yang digunakan oleh Virus untuk bertindak? 

2. Bagaimana jika Folder Options yang berfungsi untuk memaparkan semua fail yang tersembunyi rosak dan tidak boleh digunakan? Ini pastilah mendatangkan risiko untuk memudahkan virus menyerang


3. Pernah tak anda kehilangan fail-fail penting yang kekadang anda pun lupa dimana anda simpan?..Anda boleh cari gunakan fungsi Search pada Windows..tetapi bagaimana jika anda lupa nama fail itu?



4. Tengah anda terbelik-belik tengok fail-fail didalam Windows,tetiba anda menemui satu fail yang mencurigakan..anda cuba padam tetapi tidak dibenarkan oleh Windows?


5. Bagaimana kita nak memastikan yang fail yang tidak sepatutnya seperti Virus masuk kedalam Cd yang mahu kita Burn (copy)?..



Sebenarnya perisian Nero mampu menyelesaikan persoalan -persoalan yang dibangkitkan tadi..tak perlu anda dapatkan perisian untuk baiki kerosakan yang memerlukan kita muat turun dan kekadang boleh guna seminggu dua sahaja kerana perlu dibeli.

- Sebelum dimulakan,mana-mana yang belum mempunyai perisian Nero boleh Muat turun dari Klik Sini jer

- Pilih bahagian  Cd and DVD Tools dan ambik Nero Burning Rom..sebelum mula muat turun, pilih Old Version 7.0.1.2  kebawah kerana versi ini biasanya sudah boleh digunakan tanpa was-was..


Tips -
Jangan susah hati sekiranya komputer anda tidak mempunyai CD atau DVD Drive untuk Burn, anda tetap boleh pasang perisian Nero ini..JPJ tak boleh saman punya..



Untuk lebih mujarab, gunakan arahan Safe Mode Windows, jika ada yang dah lupa bagaimana kita boleh dapatkan arahan safe mode, disini dipersembahkan lagi sekali..


- Mulakan dengan Restart komputer ataupun hidupkan komputer anda semula..


- Sebelum proses Boot Windows berlaku (rujuk gambar dibawah) tekan kekunci F8 pada keyboard anda..jika terlepas buat lagi sekali ler..



Tekan kekunci F8 sebelum paparan untuk Windows Xp ini muncul..























Ini pula contoh paparan untuk Windows Vista..sebelum keluar gambar ni tekan F8..

















 
Apabila keluar menu ini ambil yang atas sekali iaitu Safe Mode..
Paparan untuk Vista pun lebih kurang sama, yang penting ambil arahan Safe Mode.


















Tips.
Kekadang terdapat juga komputer yang mengambil masa yang lama untuk masuk kedalam Safe Mode..jadi diharap anda bersabar dengan banyakkan berzikir sementara menunggu proses ini siap..






Bila dah masuk dalam Safe Mode, memula sekali anda akan dipaparkan kotak arahan seperti dibelah yang bertanyakan tentang Restore, klik No untuk tidak menggunakan fungsi Restore..










Bagi yang pertama kali masuk Safe Mode,jangan ler pelik dan terkejut jika paparannya besar-besar..biarkan sahaja..


Buka perisian Nero melalui icon pada Desktop atau Start Program..


- IKuti panduan Nero yang diberi ini..

- Untuk memudahkan anda faham, kita gunakan Nero Express..



Klik pada Data dan Data Disk seperti gambaran disebelah..

























Klik pada Add untuk kita mulakan proses mengenal pasti "suspek" yang perlu dicari..

















Gerakkan petunjuk arah ke bahagian tengah seperti My Document dan arahkan kebawah untuk anda pilih folder mana atau partition mana yang mahu dimulakan pencarian.















Perhatikan ini ialah contoh pencarian dimulakan dari partition C untuk Windows, disini anda perlu pastikan mana-mana fail yang mencurigakan untuk dimusnahkan..










Peringatan dari kami..jangan padam fail utama Windows..disini kami bagi tips fail yang tidak sepatutnya berada dalam folder Windows ialah penghujung nama fail seperti dibawah

- *.tmp    *.Log

- System.exe   *.eml   *.xml

 -Bro.alt             *.txt

- *.pmt
Jika anda curiga, lihat saja Folder Windows kami yang baru diformat ini..
Sekiranya anda temui fail seperti penghujungnya *.Doc atau Docx ataupun .Jpg. itu ialah fail anda yang tidak sepatutnya berada disitu..buang jika tidak perlu..



Apabila anda temui fail yang hendak dibuang,tekan kekunci DELETE@ DEL sahaja yang terdapat di papan kekunci anda,maka pertanyaaan seperti ini akan dipaparkan..tekan Yes untuk memadam atau sebaliknya.
















Untuk membersihkan folder My Document, gerakkan sahaja mengikut cara tadi dan buang mana-mana fail yang sudah tidak diperlukan lagi..tetapi pastikan anda memang mahu buang fail tersebut, kerana setelah dipadam, untuk mendapatkan fail tersebut 00.2% sahaja..jadi berhati-hati..


Tips- 
Sekiranya didalam folder Document anda terdapat fail penguhujung *.tmp padam fail tersebut..kerana ini adalah fail tempelan yang jika disimpan hanya menyempitkan ruang Hard Disk anda..


- Untuk memastikan proses salinan(copy)  pula kita bebas dari fail-fail yang tidak perlu,lakukan cara yang sama dengan memastikan hanya fail yang diperlukan sahaja yang perlu disalin.


Sekarang anda sudah berjaya mencegah komputer anda dari diserang virus marabahaya hanya menggunakan perisian Nero hebat bukan..tepuk tangan!!!!.


Apabila semua proses penyiasatan anda selesai, Restart semula komputer anda seperti biasa..


Selamat mencuba..

0 Pertanyaan: