KARENAH Pelanggan komputer


Salah seorang pelanggan tetap kami ialah En. Azrul yang mempunyai kedai komputer di Ganu kite, beliau ni orang yang rajin dan cepat mahu belajar..cuma dia agak kelam kelibut sikit(jangan marah Roll..kitaorang cite pasal u ni..he.he.takper..nanti claim ler..), maksudnya jika komputer yang sedang dibaiki bermasalah dengan segera beliau menghubungi kami dan mahu jawapan segera..

Soalan yang ditanya pula biasanya (ini mesti) tidak lengkap seperti ini "Eh!! apsal Windows tak leh Format ni..Guna Xp?.. Kami pula kena bertanyakan soalan semula untuk cuba membantu..Kengkadang jenuh juga ler ber SMS, beremail..untuk meyetelkan satu perkara.


Kita lihat satu contoh kejadian lawak kategori bangang yang sempat dilakonkan oleh Azrul dan salah seorang Team kami yang sempat mengunjungi beliau disana iaitu Mat Jawa. Menurut cerita nasik tambah Mat Jawa tapi dipendekkan oleh penulis, kejadian ini berlaku di satu Company yang agak besarlah jugak..Azrul telah meminta bantuan Mat Jawa untuk proses pemasangan Networking untuk company tersebut.


Proses pemasangan berjalan lancar hinggalah sampai ke peringkat akhir iaitu pemasangan untuk Pencetak. Lain-lain pencetak telah berjaya dipasang,tetapi ada satu masalah dengan Pencetak yang digunakan pada server tidak dapat berfungsi kerana tidak dapat dikesan oleh komputer, oleh kerana pencetak yang digunakan pada server ini pencetak lama (tapi masih berfungsi) maka proses baik pulih giatlah dilakukan dengan hebatnya untuk mencari punca..

Cari punya cari tidak juga dijumpai..sedangkan sudah berpuluh driver telah digunakan..bukak tutup On Off pencetak jangan ceritalah..hinggakan sampai cadangan untuk menukar komputer lain sebagai ganti..Dari pagi sampai malam..sedangkan esok Isnin orang dah mula nak kerja ni..pemasangan belum siap.. Pencetak masih juga tidak dapat dikesan..Langkah akhir mereka pun format semula komputer server tu untuk puas hati..


Semasa proses format berjalan.tetiba Mat Jawa terjumpa sesuatu didalam kotak peralatan untuk komputer yang disimpan disitu..Mat Jawa terus terduduk..terkedu..tidak dapat berkata apa-apa lagi..nak marah silap sendiri jugak..Apsal aku boleh lupa ni..
Anda tahu apa yang dijumpai oleh Mat Jawa..inilah Kabel untuk pencetak yang tidak dipasang pada komputer server..






Alasan Mat Jawa bila kami tanya..slow jer jawabnya.." Aku lupa pencetak lama guna kabel ni..uwaaaaaaaa!!!..
















 Dari maklumat yang diperolehi..inilah Printer yang telah menyusahkan mereka berdua..sekarang ni..jika nampak pencetak ini tubuh Mat Jawa menggigil...gigil..




Tips untuk anda..inilah pencetak yang paling jimat kerana menggunakan katrig Ribbon..setahun leh guna beb!!










 Itulah kata orang..kerja ni kena hati-hati..jangan kelam kelibut..benda senang jadi parah!!


Lupakan dan jadikan pedoman kisah itu..kita sambung lagi ..


Kekadang ada juga pelanggan yang nak kata menipu pun payah jugak..tapi terpulanglah pada penilaian anda..Kes-kes sebegini biasa berlaku apabila komputer siap  diformat..

- " Komputer tak boleh guna jugak la..bawak balik tak boleh masuk Windows langsung,tak sempat buat apa-apa lagi..kerja banyak ni.."



Kamipun betulkan semula proses Windows itu..biasanya kami akan Reinstall atau  Restore sajer..Setelah siap, kami akan lihat apakah sebenarnya yang berlaku..ingat..komputer tidak pernah menipu..yang menipu orang!!..bila semak rupanya ada berlaku aktiviti masukkan pendrive yang bervirus.. demi menjaga maruah pelanggan biasanya kami diamkan sajer...ape nak buat customer always right..


Ada juga pelanggan yang sebenarnya tidak tahu..tapi pura-pura tahu..mungkin nak elak ditipu kot..contohnya begini..


-" Dik.. beli Mouse empat gig?"..


Apa perasaan anda jika pelanggan tanya soalan ni..nak gelak..tak baik..nak tolong betulkan takut berasa hati..isk..isk..sabo ajerlah..



Kes begini pulak lagi hebat..


" Pencetak tak boleh print..dia datang beli Refill, sok dia datang semula, katanya tak boleh cetak jugak..Refill tak betul..rupanya katrig tu dah direfill banyak kali..dah sampai masa tak leh guna..Dah macam mana?..nak ambil balik refill tak boleh sebab dia dah bukak..suruh beli katrig baru mahal katanya..pensan lo!!


Kes naya pun ada jugak ..seperti ini..


Kerja banyak sedang dibuat..tiba-tiba datang seorang pelanggan.." Dik..tolong tengok komputer ni jab..tak leh On la"..
"Ok..abang tinggallah nanti saya tengok..saya ada kerja ni..dah janji customer nak ambik kul 2 ni"..
"ala..sekejab ajer ni..tengok ape rosak"..
Nak tak nak tengok jugak la..Buka komputer tak boleh hidup..cuba cabut Ram komputer boleh hidup, Windows pulak Corrupt..kena Reinstall atau format..Setengah jam dah masa terbuang tadi..godek sana godek sini..
" Ini kena format atau reinstall ni bang..ambik masa jugak ni nak siap..tinggallah nanti siap kami telefon"..
" Kena format jugak ker? tak pelah nanti ada masa saya antar..nak cepat ni!!" Format berapa ringgit?'.. "RM40 jer"..
"Alamak..mahalnya..RM30 tak boleh ker? errr..OKlah..terima kasih"..pelanggan tadi pun keluar tanpa perlu bertanya berapa kos buang masa tadi..takperlah mungkin dia datang semula untuk format..sabar..
Petang sikit kena pergi ke Supplier untuk ambik barang komputer..masuk jer kat kedai Supplier..tengok pelanggan tadi ada dan sedang membayar untuk kos format ..terus melulu ke kaunter berdiri sebelah pelanggan tadi..buat-buat tak nampak..nanti dia "segan"..
"Tokey..barang order sudah ada"..sambil menerima RM50 dan dipulangkan Rm5 kepada pelanggan tadi, Tokey berkata " Sulah..ada dalam kotak tu"..
"Eh!! ada kat sini "..pelanggan tadi mula bersuara seakan terkejut..
"Biasalah bang.."ambik barang"..
Dengan selamba pelanggan tadi keluar sambil mengenjet Cpunya..


Apapun yang berlaku kami redha..inilah rezeki kami..


Jumpa lagi



0 Pertanyaan: