MASALAH WINDOWS TAK MAHU format semasa format



Sebenarnya kejadian Windows tak boleh format semasa proses format berlaku ada diterangkan dalam Ebook _hikayat format kami, serta dalam artikel kami sebelum ini..namun begitu oleh kerana ada permintaan dari dua tiga soalan yang diterima dari Inspirasi Rawatan Komputer..kami terangkan serba ringkas apakah yang menyebabkan Windows tidak boleh diformat..

1. Seeloknya sebelum proses format mahu dilakukan, seperti dari Windows Xp mahu ditukar kepada Vista mahupun Windows 7 ,pastikan komputer anda itu cukup spec atau kadar yang telah ditetapkan..rujuk gambaran diberi apa yang diperlukan untuk membolehkan Windows Vista digunakan tanpa sangkut-sangkut,penuh kelembapan dan penuh dengan maki hamun oleh anda..he..he..


  • 1 GHz 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor


  • 1 GB of system memory - 512 boleh tapi anda akan rasai kelembapan ler sikit..kalau penyabar takper..


  • 40 GB hard drive with at least 15 GB of available space


  • Support for DirectX 9 graphics with:

    • WDDM Driver


    • 128 MB of graphics memory (minimum)


    • Pixel Shader 2.0 in hardware


    • 32 bits per pixel



2. Keluar arahan ralat seperti gambaran dibawah sewaktu kejadian format berlangsung..


Notis ralat yang dipaparkan ini berlaku sekiranya anda mahu menukar dari Windows Vista kepada windows Xp..Ini adalah kerana terdapatnya arahan Sata yang tidak diubah didalam Cmos Setup atau Bios..lihat gambaran yang kami beri dibawah..






Ini contoh arahan yang terdapat didalam Bios@Cmos yang perlu ditukar seperti dari SATA kepada IDE..











3. Keluar notis yang dikenali sebagai "blue Screen ".. jika ini berlaku,, kemungkinan terdapat beberapa masalah pada Hardware terutamanya Ram..cuba ganti Ram untuk membuat semakan dan penyiasatan..



Contoh notis yang disediakan oleh En, Ram yang menandakan En. Ram tidak mahu berkhidmat dengan anda lagi..mungkin anda bayar gaji murah kot!!








4. Tetiba Komputer format semasa proses format sedang rancak dijalankan..

Sebelum kita terus menjurus kepada kerosakan Hardware atau perkakasan, elok lihat pada kipas yang terdapat pada komputer, terutamanya kipas pada Processor@Cpu serta kipas pada Power Supply, jika kedua kipas ini berfungsi..barulah anda buat penyiasatan keatas peralatan @ Hard ware.



Contoh kipas untuk processor..










5. Masalah-masalah lain yang tidak berapa besar yang boleh menggagalkan proses format adalah notis seperti dibawah..

- Cd Installer tidak boleh dibaca kerana rosak atau sebagainya ataupun pemacu Drive yang bermasalah..



Contohnya paparan seperti ini..








Selamat Mencuba..

0 Pertanyaan: