INSPIRASI RAWATAN KOMPUTER oleh Bidan Inspirasi






Iyer kite bertemu lagi iyer..kali ni giliran Bidan pula untuk mencoretkan artikel, memang Bidan dah tahu iyer..kalau yang menyusahkan memang diberi tugas pada Bidan untuk menguruskan..ape leh buat iyer..kita makan Chenso jenis tamayaki..bebudak lain makan gaji dua kali sebulan..iyer kita mulakan dengan soklan yang diterima dari Inspirasi Rawatan Komputer.

Sebelum tu iyer..mana-mana soklan yang  dibalas melalui email akan diposting terus kesini dulu iyer..jadi iyer..yang bagi soklan tu jangan lah mintak royalti pulak iyer...Jualan Ebook pun baru nak stabil..lagi satu iyer..mana soklan yang belum dijawab itu kena bersabarlah iyer.Bidan pun tak tahu kenapa nak bukak email Yahoo sekarang ni payoh bebenor...

Amri 

- Adik saya mempunyai komputer Pentium4 yang hard disknya rosak dan sudah tidak digunakan lagi, apakah alat ganti yang boleh saya ambil dari komputer adik saya untuk saya pasang pada Laptop saya seperti Ram.

Jawapan 

- Pada pandangan jauh Bidan iyer..Bidan rasa elok komputer adik En, Amri dibaiki sajer untuk mengelakkan iyer.. berlakunya simpton-simpton pembaziran..kerana iyer..jika mengikut maklumat yang rosak cuma Hard Disk..jadi kosnya tidak sampai sebiji kereta iyer..lagipun jika disimpan terlalu lama..iyer komputer itu boleh rosak benda lain pulak iyer.. Berkenaan Amri hendak meminang Ram untuk digunakan pada laptop, sukacita dimaklumkan pingangan anda terpaksa ditolak mentah-mentah kerana Ram komputer tidak boleh digunakan pada laptop..sebab utamanyaa Ram laptop kemetot dan pendek iyer..ada masa rujuk artikel Ram iyer..


Puteri Aliya

- Kenapa komputer saya tak boleh buat penyambungan internet,untuk pengetahuan tuan saya menggunakan Streamyx. Saya dah call TM mereka kata Network saya ada masalah,macam mana tu?


Jawapan..

- BaB telefon TM ni memang Bidan suka sesangat..nak tahu kenape iyer..dapat dengar lagu percuma..pernah tak anda tak ikut arahan mereka..dia suruh tekan 5 anda tekan 10 ker..1000 ker..Berani? Langkah yang perlu Aliya buat iyer..mulakan dengan bismillah iyer..lepas tu dapatkan arahan Control Panel, masuk dalam System dan dapatkan Device Manager -Rujuk gambar diberi ini iyer..












Perhatikan pada bahagian Network Adaptor ada tak dipaparkan Driver untuk Lan terpasang, sekiranya ada dan dipangkah merah, klik kanan padanya dan klik pada arahan ENABLED.



Tetapi iyer..sekiranya semua paparan ok pada Network..perhatikan penyambungan tengok lampu pada Lan menyala atau tidak, jika tiada lampu Lan itu rusaklah iyer..





Akan tetapi iyer..jika Aliya lihat paparan dipaparkan seperti gambar disebelah ini iyer..Aliya kena dapatkan driver untuk Lan iyer..yang bermakna..Lan komputer belum dipasang lagi..itulah jawabnye iyer..





Kacang Bungkus

- Komputer tak de pe pe masalah sebab saya dah try cuba test guna laptop lain masalah sama juga iaitu  masalah Line tenet selalu putus-putus, kenapa ?


Jawapan.

Rupanya banyak masalah Internet iyer..masalah line putus-putus ni jika tidak melibatkan komputer saudara kacang kena rujuk iyer..dengan pihak yang berkenaan iyer..Telekom..kerana iyer..kemungkinan kabel optik yang digunakan telah lama..nak puas hati angkat gagang telefon cuba dengar bunyi bising ke tidak..iyer..suruh orang Telkom yer buat pemeriksaan kesihatan atas talian anda iyer..



Mat Rapi Mat Hasan.

Kenapa Komputer saya tak boleh Burn cd dan lagu atau lagu sampai habis, samapai 40% proses fail.. Saya baru beli DVD-r dan menggunakan Windows XP..


Jawapan.

Dari cerita Mat Rapi ni, ada beberapa kemungkinan lah iyer..pertamanya pastikan Cd yang digunakan itu elok, cuba gunakan cd yang sama dan Burn ditempat lain..Kalau boleh bermakna iyer..Mat rapi kena tengok pula pada Perisian yang digunakan samada jenis Trial yak ni pakai selama tempoh tertentu atau memang perisian itu rusak..cuba download perisian Burn iaitu Nero dari siniFilehippo  ..pilih perisian Nero yang version lama sikit kerana ianya dah jadi percuma iyer.. dan jika masalah sama juga..kemungkinan Drive DVD yang dibeli itu bermasalah..pergi tukarlah iyer..



Siti Payung

-Siti cuma nak kepastian sajer,kengkawan siti kata Virus tak boleh masuk melalui CD, betul ker?..

Jawapan

 Ada betul juga pandangan kengkawan Siti itu, kerana fungsi cd hanya baca sahaja yang maknanya boleh read cakap omputehnye iyer..ini berbeza dengan fungsi pendrive atau memori mahupun Hard Disk external kerana benda-benda ini boleh baca dan tulis iyer..itulah sebabnnya kita tidak dapat padam aatau edit apa yang terdapat dalam cd..

Virus pula biasanya dapat aktif mesti melalui proses baca dan tulis..tetapi terdapat juga virus yang dapat bergerak melalui fungsi baca sahaja..maknanya lebih kurang beginilah siti iyer..kehebatan virus itu bergantung kepada kemahiran pembuatnyer..he..he..


Jumpa lagik..Bidan nak balik basuh kain pulak..











0 Pertanyaan: