SATIRA politik ..FAKTA menarik Bagan Pinang..



Setelah hampir dengan nak mengundi ni maka timbullah bermacam " apa kejadahnya semua ini" yang jika tiada PRK kita tak jumpa..mari kita fikir-fikirkan sempena PRK di Bangan Pinang yang jauh dari Pulau PInang ini..


1.Gelanggang baru nak dibuka,sudah ada mendakwa dipukul walaupun yang mendakwa dipukul itu tetap ensem lagi bergaya mengikut acuan wajahnya,maka kelamkelibut media perdana mendapatkan sumber dari empunya diri memandangkan yang dipukul bertuli-tuli itu orang "besar",dengan gagah perkara beliau menerangkan satu persatu saat dan ketika kejadian "pelik" itu berlaku..


"Korang tengok ni..taik lalat ni membuktikan telah berlakunya aktiviti pempukulan bertuli-tuli kerana sebelum ini taik lalat ini berada dibawah hidung  bukan disini "..










Akan tetapi apabila pihak yang dituduh memukul itu cuba mempertahankan diri, dengan membeli alasan dan fakta yang agak logik ler jugak,tetiba lak yang kena pukul itu kecepuk!! dah ada di spital..eh!! Siap bungkus-bungkus lak tu..semalam ensem jer..jadi bolehlah dibuat kesimpulannya orang Pas memang menggunakan santau angin yang kesannya boleh dilihat dua hari kemudiannya..


Kelihatan upacara santau angin melalui teknik "cuit bahu lawan" sedang dilaksanakan oleh Penyokong PAS..Biizz!!..Bizz!!















Kesan  santau bahu boleh dirasai selepas sehari atau dua hari kemudian bergantung kepada saiz borai perut yang menyebabkan leher terkehel atau patah..









Tapi nasib baik yang dipukul ini tak terkena santau angin dalam beberapa siri PRK sebelum ini,jika tidak teruklah dia..tiap kali PRK kena masuk spital..mungkin percubaan beliau sebelum ni tak berjaya kot..
Peringatan untuk petugas PAS, lain kali kalau ada PRK lagi,kena ikut orang ni..buat rakaman, mane ler tahu dapat dirakam aksi sebenar beliau dipukul bertuli-tuli..


2.  Itu cerita sebelum gelanggang dibuka, ini semasa gelanggang dibuka,masih lagi dengan isu pukul,tetapi kisah kali ni pada awalnya tidak pelik kerana apabila dipukul kesan darah boleh dilihat dengan terang lagi bersuluh dan memang wajah yang dipukul sudah tidak ensen lagi..

 
Pihak media,polis,penguam negara dan pakar forensik sedang menguji menggunakan tabung uji samada berlaku teknik super impose atau penggunaan air sirap yang berlebihan.



















Menurut seorang saksi yang dibawa ketempat kejadian oleh peguam negara,pengadu sebenarnya sakit mata bukan ditumbuk kerana telah digigit semut tonggek semasa memasang bendera di atas pokok ketapang.










Tetapi jadi pelik bila media tak beri liputan langsung atau interbius yang dipukul..Polis pula kabarnya takut nak ambil tindakan dan lebih pelik lagi polis pula salahkan yang dipukul dengan angkatan perangnya..adusss!! 
Peringatan untuk anda..jika lembu anda hilang,jangan ler pepasal gi balai polis buat repot..karang anda yang ditangkap..bukan yang mencuri lembu anda..redha ajer ler..


3. Jika dalam PRK sebelum ini, pengundi hantu banyak memainkan peranan,tetapi disebabkan hantu-hantu sibuk berlakon sekarang ni hingga ada yang sampai ke Hong Kong, maka isu pengundi POS memainkan peranan..
Maka macam biasalah pengadilnya akan mempertahankan undi pos ini..yang ayatnya sama seperti sebelumnya" Kami tak paksa mereka nak mengundi parti apa..karut semua itu..tapi..yang pasti kami tahu mereka undi apa?"..
Yang terbaru dan terkini pula timbul pengundi bertindih yang juga dipertahankan antara ayatnya " Tiada nama bertindih dalam senarai pengundi..tidak ada..itu tuduhan jahat..tak percaya cuba cari ada tak nama orang "Bertindih" bin beratur..mana ada..jika nama yang sama untuk seorang itu memang ada"..



"Ha!! Tengok..tengok mana ada parti pembangkang minta cap jari digunakan dalam PRK ini.. mana ada!! 














4. Macam biasa setelah nak abis kempen, isu tempatan masih tidak cuba diketengahkan oleh kedua-dua calon yang bertanding..kesian orang Bagan Pinang..mereka mengharapkan agar peniagaan kampung mereka iaitu buah Pinang diambil kisah seperti menetapkan harga buah pinang menjadi barangan kawalan..rupanya tidak berlaku..yang banyak dan lebih mengejutkan ialah..
- Tok bilal tak jumpo kek mano lak surau nak azan subuh seperti sebolumnyo..iyolah tetiba lak surau dan jadi bosa cam mesjid, dah tu copek bona lak bertukar kalo..semalam lopeh isyak ado lae kalo lame...tetibo subuh ni jadi putih pulak..poning tok bilal.


Keadaan surau selepas Isyak selepas selesai berjemaah tok imam dan bilal balik kerumah memasing..



















Keadaan surau sebelum waktu subuh..kelihatan Tok bilal  dan Tok Imam (nampak tak) terduduk sambil  pening lalat..manakala mamat yang melulu nak masuk tu bukan orang kampung Bagan Pinang..







- Jangan anda pelik jadi heran jika anda jumpa hampir semua orang kampung di Bagan Pinang tak pakai seluar..semua berkilat berkain batik dan pelikat cap gajah duduk termasuklah anak-anak mudo yang selama ni Berjin siang malam..


" Kono ikat camni kalu dapek kain pelikat mahal bebeno..baru ensem dan gagah perkaso jadi eyy.."











" kalu umang banyak eyy dapek kain batik..mak cik buek tudung yoo.."
















- Jika dulu orang Bagan Pinang makan nasi beras Nasional..sekarang paling koman Faiza Basmati beb!! Dulu kalau mak bapak nak merasa makanan segera seperti Pizza atau kentaki..kono tunggu anak balik dari kelompo baru dapek meraso..kini..poi jer kek mano-mano bilik gerakan atau markas..memacam ado!!


- Seorang penduduk kampung dikawasan yang agak terpencil sedikit nyaris bertumbuk dengan jirannya kerana tidak percaya cakap jirannya yang mengatakan dikawasan paya belakang rumahnya hendak dijadikan pusat Futsal dan gelanggang tenis untuk orang kampung yang antaranya bertaip begini.."botull..esey dongar aboh dio cakap kek anak dio tadi.." abah dio tipu dio tu"...mana ada orang mandi air mineral EH!! salah iklan pulak..


"Apo ke bangang bona orang kelumpo nak buek padang tenis kek sini.."
"Eh!! Tenis tu pobondo? Tompek tornak kobau ko?.. 














- Jika sebelum ni lembu,kobau,ayam senang dijumpai berkeliaran dimana-mana terutama di atas jalan raya..tetapi kini tidak dapat dipastikan kemana semua haiwan ternakan ini menghilangkan diri..nak kata ada Tsunami..jauh sekali kerana jika berlaku gegaran berukuran 10 skala Richer di Jawa Barat..pokok Pinang di Bagan Pinang tetap berdiri megah sambil selamber bergoyang ditiup angin..
Lembu 1 : " Ekau dah jumpo ko tompek selamek kita nak duduk nanti?".
Lembu 2: " Dah..dokek jo..tiga hari perjalanan yo sampai sinun"..
Lembu 3: "Esey maleh ikut,esey nak ngundi,domi negaro tu"..
Lembu 1: "Ekau kalau nak kona pijak kepalo lopeh disemboleh..ekau tunggulah".
Lembu 3. " Erk!!!"..




Kelihatan ayam sedang mencuri dengar perbualan lembu tadi.. 
"Kena beritahu semua ayam kampung ni.." bisik bapak ayam dalam hati..











- Warga-warga tua mestilah golongan paling bertuah kerana mereka dapat gigi baru..dunia terang benderang dongan comin mato baru..dan yang terbaru bantuan untuk "orang rumah" baru sedang direncanakan terutama untuk duda-duda kampung..



" he..he..sapelah tuan aku ni.."













-Dalam keghairahan nak PRK ni..ada gak yang sodih dan susah ati..nak tau sapa..tokey Petronas la..bukan minyak tak laku..tapi Tong Gas memasak tak laku-laku..dah semua sekampung pakat tak masak..ape ke hei..



Perbincangan sedang dilakukan oleh dua orang pekerja Petonas untuk dibahagikan sama rata akibat tak laku..











Seorang anak telah mengambil tong gas omaknyo yang tidak digunakan untuk diberi suntikan baru..













Jumpa lagi dalam isu politik untuk renungan kita bersama..
Rashitt TKO.


0 Pertanyaan: