KEKADANG KITA LUPA ...
Rasanya ramai diantara kita menghadapi situasi begini..samada disedari atau tidak oleh kita..untuk memudahkan anda faham..lihat adegan ini
" Hello..Ayah ke tu ?..Anak bertanya pada ayahnya yang menjawab panggilan.
" Iyer..ko kat mana ni Ida? Tanya si ayah..
" Kat Kolej ni..mak ade?..panggil mak jab! Anak bertanya lagi..
" Ade..jab ".. Ayah hulurkan enfon Nokia 6210 pada emak yang menanti disebelah..
" Ha.. ada apa Ida? Mak pula bertanya..
" Ade hal sikitlah mak!! Mak apa kabar?..Anak rancak berbicara
" Sehat..ko pulak macam mana..belajar macam mana..kuih lebih raya yang mak kirim ari tu dah sampai? Mak mula membebel..
" Cam biasa jer ler..Dah abis pun.. Mak.. Ida ada hal ni nak cakap?..Anak meminta simpati.
" Hal apa pulak..? Emak bertanya dalam suspen..
" Duit yuran kolej Ida sangkut la mak..PTPTN tak tahu bila dapat?..Anak huraikan masalah..
" Ni kena tanya ayah ko ni.." Emak cuba mengelak sambil membantu..
" Ala..mak tolong cakapkan la..Dapat Ptptn nanti Ida ganti la balik..Seganla Ida mak..? Anak merayu..
" Oklah..nanti mak cuba.." Emak memberi harapan
" Eh mak..ari tu kan Ida pegi Sogo ada nampak..... Adegan seterusnya ini tidak penting kerana melibatkan hal ehwal ibu dan anak..
Kesimpulannya anak meneruskan chit chat dengan emaknya hampir 1 jam..
Apa yang anda dapat lihat dari adegan diatas..
Fikirkan ini
- Bayangkan apa perasaan ayah..bertanya kabar pun tidak..
- Nak adu masalah mesti pada emak..tidak pada ayah..kenape ye..
- Dengan mak boleh berborak panjang lebar..dengan ayah ..tak sampai 10 saat..
- Inilah nasib seorang ayah..
11:02 PTG
|
Tajuk
INSPIRASI ANDA
|
This entry was posted on 11:02 PTG
and is filed under
INSPIRASI ANDA
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Pertanyaan:
Catat Ulasan