SATU PAGI JUMAAT -Ehsan dari iklankreatif


Kisah ini terjadi pada pagi Jumaat dimana waktu kejadian bermula dari 7.30pagi dan berakhir pada 10.15pagi dan melibatkan hampir sebaris isi rumah jiran-jiran ditaman perumahan tersebut, dan  oleh kerana rumah mereka sebelah menyebelah dan dalam barisan yang sama jadi mereka inipun terlibat sama iaitu ketua kampung , ketua cawangan Umno, ketua pemuda Pas serta imam masjid serta tidak ketinggalan kereta dan motor yang diletakkan didepan rumah kejadian.
Dek kerana kekecohan dan kegemparan di pagi jumaat itu, ramai diantara mereka-mereka yang terlibat terpaksa cuti tanpa gaji hari itu..malah kanak-kanak sebaris taman tidak kesekolah kerana mak bapak sibuk menghadirkan diri pada kekecohan pagi Jumaat!!..
Apa yang berlaku?..Dari apa yang diceritakan oleh mangsa sebanyak lebih kurang 1500 patah perkataan,,tetapi ditokok tambah oleh penulis (ele..biaserle..orang kitakan suka bab tambah perisa cerita ni..bagi nampak menarik..) ialah setelah mangsa bangun pagi dan masuk kebilik anak ke tiganya untuk dibangunkan untuk kesekolah..tiba-tiba mangsa terpijak sesuatu, dan oleh kerana terperanjat, tidak semena-mena mangsa tersepak sesuatu itu  terus menuju bawah katil..dan dengan serta merta terus mendukung anaknya (kalau tidak kerana terkejut,.,tak larat dia nak angkat anaknya murid darjah 4) keluar dari bilik atau tempat kejadian..Kebetulan pertama (sebab dalam kisah ni banyak kebetulan..kejab lagi anda temui kebetulan kedua dan seterusnya)  pula lampu bilik tersebut mentolnya terbakar malam semalam..Untuk mengelakkan kejadian lebih buruk..dalam samar-samar cahaya mangsa menutup pintu bilik tersebut.
Dalam keadaan panik dan kelam kabut mangsa telah mengejutkan kesemua anak-anaknya dan berluru kerumah jiran sebelah untuk memohon bantuan Tabung Kebajikan Kejiranan..
"Esah!!Tolong aku..Esah oooo..!! Jerit mangsa menyebabkan jiran sebelah rumah Esah pula yang terkeluar dimuka pintu..
" Ha..Ida..apa hal pepagi ni..ketuk kuat sikit!..Esah tidur lewat malam tadi..suami diakan baru balik semalam"..Jiran Esah menerangkan panjang lebar..
" Umah aku dimasuk Ular la Senah..ni aku cemas ni..Seman pulak pepagi dah pegi keje..tinggal aku empat beranak ni..tak tahu nak buat macam mana..Mangsa terangkan secara terperinci..
" Ha..Ada ular dalam rumah ko Ida..Bang.. cepat bang...Umah Ida masuk ular..eeee..eee..Tetiba suara Esah berbunyi dari dalam rumahnya sedangkan pintu belum lagi dibuka..Manakala Si Senah secara serta merta menjalankan tugas pemurah dan peramahnya dengan menolong memberitahu semua jiran-jiran sebelah rumah tentang kejadian tersebut dimana pada rumah jiran pertama ayatnya " Umah Ida masuk ular..kita kena tolong..cepat..cepat..aku nak beritahu yang lain lagi ni..manakala yang rumah kedua " Umah Ida masuk ular besar..cepat tolong!! Umah ketiga " Ko tau..umah ida masuk dek ular besar budak darjah dua anggarannya..cepat beritahu laki kau..manakala umah terakhir mungkin dah penat mulut bercakap..ringkas dan padat " Tok ketua..Ular besar mengganas dalam umah ida"..
Kita kembali kisah mangsa dirumah Esah pula..
" Ha..ko tak apa-apa Ida..jom pegi tengok ". Laki Esah menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan..tetapi baru sempat empat langkah didepan pintu rumah Esah bersuara " Oi..bang..kalau ye pun tak kan nak pegi dengan seluar geli ( tahu tak seluar geli macam mana..seluar pendek belang-belang..) tak berbaju pulak tu..menyebabkan laki Esah kemaluan dan terus masuk kerumah semula..
Apabila mangsa, anak mangsa, Esah dan suaminya, anak esah dan suaminya,suami Esah dengan parang panjangnya tiba didepan rumah, rupanya rumah mangsa sudah penuh dengan jiran-jiran menunggu mereka ..hasil usaha murni Si Senah tadi..
" Ha..kat mana ular tu Ida? Soal Tok ketua
' Dalam bilik Idin..besar tok..saya terpijak..Mangsa menjawab..
" Isk..mana aku tahu bilik Idin kat mana..buat plan sikit.." Tok ketua menyuruh..
" Sini tok".. Mangsa melukis pelan rumah dan lokasi kejadian diatas longgokan pasir depan rumahnya..Dan secara tiba-tiba terbentuk satu bulatan manusia menggerumi mangsa untuk melihat lokasi kejadian,.hingga berlaku tolak menolak sesama mereka..tetapi tiada kecederaan dilaporkan berlaku,..

Alamak..berlaku gangguan pada Sistem Komputer..tak per kita sambung nanti..


 

0 Pertanyaan: