SATU PAGI JUMAAT -edisi2-Ehsan dari iklankreatif

MUNGKINKAH SEBESAR INI ULAR ITU?

" Ha..Rahim ko elok berparang..ko masuk dulu.." Tok ketua mengarahkan.
" Isk..saya ular ni geli Tok..eeeee.." Rahim mengelak.
" La..abis ko bawak parang nak buat apa..".. Semaun suami Senah menyampuk..
" Hee.manelah tahu apa sesape perlu parang..saya bagi pinjam la Tok.." Rahim berkata sambil tunduk sambil menunjut-nunjut hujung parang ke tanah..tiba-tiba wajah Rahim jadi pucat kemerah-merahan..Rahim serba salah..Rahim jadi malu..tapi apakan daya..apa yang diharapkan kini agar tiada siapa ditempat kejadian yang perasan..Sepantas kilat Rahim terus mencangkung tengah-tengah gerombolan orang ramai sambil berkata dalam hati.. " Isk..celaka tul!! macam mana aku tak perasan aku terpakai kain batik bini aku ni..isk..isk.."
" La..apa hal lak ko ni Rahim..tiba-tiba cangkung tengah-tengah ni.." Sekali Tok ketua Perasan da..
" Tak delah Tok..tetiba senak pulak rasanya.." Rahim mencipta alasan dengan penuh pengharapan.
" Macam mana ni Tok..kita panggil bomba ajer lah.. Jiran yang rumah ujung sekali  beri cadangan dan menyebabkan Rahim terus bersuara untuk mengalih topik " Elok tu Tok..saya setuju..
" Tak yah lah..dalam ramai-ramai ni tak kan ada yang tak berani".. Tok ketua menolak pelawaan tadi..
" Macam nilah.. aku, Semaun, Ramli , Emat dan Zuki masuk..dapatkan kayu atau buluh panjang..Tok ketua mengarahkan menyebabkan kesemua mereka terpilih lari bertempiaran bukan kerana takut..tapi nak cari bahan-bahan untuk dibuat senjata..
Sambil menunggu pasukan pahlawan jiran mereka melakukan persiapan, Senah tiba-tiba bertanya pada mangsa..Ko pasti ke ular tu dok dalam bilik tu jer Ida..karang merayap kat dalam rumah payah pulak mereka nak cari .."Senah mempersoal si mangsa..
" Tak lah..aku sempat tutup pintu bilik tadi.." Mangsa cuba menyakinkan..
" Besar ular tu Ida? Tanya Esah dengan suara agak tinggi menyebabkan terbentuk pula satu gerombolan kaum wanita pelbagai usia diganding bersama anak-anak kecil mereka yang masih belum boleh berlari  membentuk  dalam satu bulatan untuk memulakan agenda mesyuarat tergempar mereka..
" Ko tahu..minggu lepas, penduduk taman belakang kitapun gempar juga pasal ular ni..katanya anaknya ada nampak ular sebesar katbed air masa balik sekolah ..Isteri Emat memulakan agenda meyuarat..
" Iyelah..aku pun ade dengar juge..tapi tak pasti..jangan-jangan ular ni kot masuk rumah ko Ida?..Isteri Zuki pula memanaskan keadaan..
" Harap-harap bukanlah..ngeri aku"..Ida menteramkan keadaan..
" Liya!! Sofi!! jangan main tengah jalan.,.masuk!! masuk!! ..Isteri Emat tiba-tiba bersuara pada anak-anaknya..
'Eh!! selalunya kan Seman masuk keje kul 8.30pg..awal pulak dia pegi pagi ni.." Esah tiba-tiba bertanya menyebabkan semua mengalih pandangan dari melihat dua kanak-kanak terejal(nakal) tadi masuk ke kawasan rumah semula ke wajah simangsa..
" Kebetulan Badrul kena balik Asrama pagi ni..Seman ngantar ler sekali..takut tertinggal bas.." Ida menerangkan secara ringkas..
" Tak tahulah ..apa nasib keluarga aku ni..hisss!! Ida mengeluh simpati..
" Isk..Tak baik cakap macam tu Da..Sabarlah ..hidup dan mati kan ditangan tuhan..kita hanya mampu merancang.." Isteri Zuki cuba menenangkan keadaan menyebabkan dua tiga orang ahli mesyuarat berkata dalam hati kerana mereka tidak mahu menjatuhkan maruah kewanitaan isteri Zuki " Ape pulak kaitan kisah ular dengan mati ni..lantak ko lah Bibah.." Rupanya isteri Zuki namanya Bibah..

" Ha!! Dah siap semua..jom masuk "..Tok ketua memulakan arahan apabila semua panglima perang siap dalam satu barisan kepimpinan melalui teladan..
" Ha..Rahim ..ko cangkunglah kat situ..pinjam parang ko.." Sahut Emat anggota perang paling belakang yang menuju untuk masuk kedalam tempat kejadian, Rahim hanya mampu senyum sumbing..
" Apalah abang ni..buat malu jer..tadi beriya sangat nak tolong.." Esah mula membebel pada suaminya..
" Perut aku sakit la Esah..tetiba memulas " Rahim memberi alasan yang sama..
" Tak pelah Sah..dah ramai kat dalam tu.." Ida cuba menenangkan keadaan..
" Oi..Kudin..ko nak kemana tu..jangan masuk.." Senah mengarahkan anaknya dari menghampiri pintu utama rumah simangsa..
"Ala..mak..nak tengok kot tingkap ni jer.." Kudin memberi alasan yang membuktikan pada kita bahawa Kudin telah mewarisi sifat semulajadi  emaknya untuk mendapatkan bahan berita..

Kita lihat info dari Kudin..
" Suasana nampaknya masih dalam keadaan terkawal, cuma berlaku sedikit tolak menolak antara Tok ketua dengan Zuki untuk siapa yang perlu didepan..Tidak kelihatan pula dimana pak cik Emat berada dengan parang pakcik Rahim..Oh..Ada!!..Ada..!! Baru nampak.. Pak cik Emat dibelakang sekali berdiri didinding sambil memgenggam kemas parang panjang pak cik Rahim..
Pintu bilik telah dibuka oleh pak cik Ramli yang terus melompat kebelakang manakala tok ketua dan Zuki yang berada didepan pintu saling berpandangan..Kelihatan mulut bapak aku Semaun kumat kumit mungkin baca mentera atau jampi agaknya..Kelihatan kayu dan buluh dijolok kedalam bilik sambil disuluh dengan lampu suluh oleh bapak aku dengan lampu suluh aberedi yang dibeli minggu lepas..Pak cik Emat masih tetap dikedudukannya sambil terjengok-tengok kepalanya untuk melihat keadaan didepannya..
Kelihatan Tok ketua menunjukkan isyarat bagus..mungkin suspek telah dikesan..Suasana masih membisu seribu bahasa..cuma pergerakan demi pergerakan dilakukan oleh pasukan penyelamat kita..Ah!! Serkup jaring panjang nampaknya telah digunakan..mungkinkah suspek akan dibawa keluar dengan serkup itu supaya suspek tetap hidup?..
Nampaknya seperti tiada berlaku pergelutan antara suspek dengan anggota penyelamat..Serkup jaring panjang ditarik perlahan-lahan keluar oleh Pak cik Zuki dibantu oleh Pak cik Ramli, manakala bapak aku dengan Tok ketua bersiap sedia dengan kemungkinan berlaku..Hah..aku dah nampak..tapi..tapi..apsal kecik jer aku rasa..tak besar seperti mak aku cakap tadi.. dan ada lagi satu..Apsal semua anggota keselamatan keliling pada serkup tu seolah tiada bahaya..kemungkinan Suspek telah mati..
Eh!! Apasal semua ketawa sambil mengeleng-gelengkan kepala..kenapa!! aku tak dengar suara..aku nak tahu apa sebenarnya..aku tak peduli..aku nak masuk..lagipun dah selamat dah ni..
" Kudin!!! ko nak kemana pulak tu..jangan masuk lagi!!!! Ibuku Senah menyerkah meyebabkan aku terpaksa batalkan niat ku..

" Hampeh betul ari ni..rasa nak marah ada...nak gelak pun ada.." Tok ketua memulakan bicara  pada Semaun setelah keluar dari lokasi kejadian..kelihatan Emat, Zuki  dan Ramli masih ketawa terbahak-bahak ..Jiran-jiran yang menunggu melihat penuh kehairanan..namun ada juga yang ketawa sama walaupun tak tahu lagi apa punca pahlawan mereka ketawa
" Ko ni Ida..lain kali tengok ler betul-betul.." Tok ketua berkata pada mangsa sambil meletakkan suspek didepan mangsa..
" Eh!! Tok jangan memain..saya geli la.." Mangsa dan dua tiga lagi ahli jawatan kuasa mesyuarat terpelantik kebelakang kerana cemas dengan suspek yang diletakkan didepan mereka..hingga ada yang hampir terlondeh kain..malah Tijah yang sebelum ini bersaiz XXL dapat melalui saat saiz S sementara waktu kerana terkezut..
" Cuba ko bukak dan tengok..tak de kebendanya.." Tok ketua mengarah Ida melihat sendiri keadaan suspek sambil menggaru-garu kepala..
" Isk..Tak nak lah..saya geli la Tok.."..Mangsa tetap menolak pelawaan,  Tiba-tiba Emat yang dari tadi ketawa keluarkan suspek dari serkup dan berkata " Ni.. bukan makhuk ciptaan Tuhan yang esa..ini makhluk ciptaan negeri Cina.." Emat cuba berkias sambil mendepang memegang suspek sambil berkata lagi.. " Ini bukan ular betul..ini ular mainan..FAHAM!!!!!





 












Maka..segala kegemparan kedua berlaku lagi apabila semua yang terlibat ketawa termasuklah bayi dipanggkuan ibunya.
Maka kisah di pagi Jumaat  terungkai dengan beberapa penyebab yang ditemui setelah hasil siasatan pasukan Forensik menunjukkan..

- Ular tersebut kepunyaan Badrol anak simangsa yang dibeli untuk dibawa ke asrama untuk dihiburkan pada kengkawannya,.malangnya sewaktu mengemas beg dilakukan dan kebetulan (kedua ) lampu bilik rosak, ular tersebut telah terjatuh  kerana Badrol telah membuang kotaknya terlebih dahulu takut ibunya tahu..

- Kebetulan ketiga pula - anak mangsa yang darjah empat tadi tidur diluar bersama ibu dan adik-adiknya kerana lampu dalam bilik rosak. jadi dia tidak tahu bahawa abangnya ada membeli ular tersebut..

- Kebetulan terakhir- Bila ayahya balik..iaitu Seman, semua anak-anak yang tidur bergelimpangan diruang tamu dialihkan kebilik masing-masing kerana malam itu kan malam jumaat..Memang Seman terpijak ular tersebut..tetapi memandangkan Seman ada urusan penting malam itu ..dia tak fikir sangat dah ape benda yang dipijaknya..

- Bagaimanapun satu perkara tidak dapat dibuktikan dan diberikan jawapan tepat tentang misteri kehilangan Rahim dari tempat kejadian  yang entah bila dan macam mana  beliau balik kerumah tanpa disedari oleh sesiapapun termasuk isterinya..

Reign

0 Pertanyaan: