KEKADANG kita perlu tahu



Apabila kita merujuk kepada suasana hari raya yang baru lepas kita sambut terdapat sesuatu yang seakan tidak kena berbanding dengan sambutan hari raya sebelum ini. Penulis sebenarnya telah dan berkesempatan berbicara dengan beberapa warga yang kebanyakkannya peniaga-peniaga di pasar-pasar malam hingga ke tokey-tokey yang jika dikira agak besarlah juga.
Hampir kesemua yang ditemui mengeluh,mendengus malah ada yang merintih mengenangkan perniagaan mereka yang terjejas dek kerana semua orang mahu berjimat, penjual kuih terpaksa makan tengahari dengan segala macam kuih,penjual kain terpaksa berkain siang dan malam..begitulah seterusnya..
Salahkah jika berjimat?..tidak salah..tetapi kita kena tahu kenapa semua orang mahu berjimat..kerana kos sara hidup tinggi kah? Kerana ekonomi merudum kah? Atau kerana sengaja mahu berjimat..malas nak sambut raya tahun ni..
Ada juga yang memberi pendapat..orang ramai tak berbelanja kerana masalah H1N1,pada penulis kalau kerana masalah H1N1..pasti kita temui semua orang bergaya dengan penutup mulut..ini kekadang jer kita temui. orang ramai masih lagi meneruskan aktiviti macam biasa..tengok pertunjukan kapal terobang tempoh hari..ratusan ribu yang datang..
Jadi penyebab utamanya ialah kerana kos sara hidup yang tinggi..perbelanjaan  tidak mampu ditampung dengan pendapatan..itu sebab dimana-mana kita temui peniga pasar malam melebihi pengunjung pasar malam..kedai depan rumah tumbuh melata..Apa sebab? kerana nak menampung perbelanjaan tadi..
Penulis bukan hendak menyalahkan sesiapa..tetapi kita kena fikirkan keadaan ini..kerana kesannya amat besar..bukan hanya rakyat tetapi kerajaan yang memerintah kena fikirkan dan segera bertindak untuk mengelakkan dari berlakunya kesan tidak di duga ..Tak guna kita bermegah tetapi realiti jadi sebaliknya..
Tak payah pening kepala kita buat andaian seperti ini...
Ahmad mempunyai baki lebihan pendapatannya RM10. Dengan lebihan RM10 tadi, Ahmad pergi ke kedai membeli baju  di kedai Ah Chong, Setelah ditolak dengan kos oleh Ah Chong, beliau mendapat keuntungan dan berbelanja di Pasaraya Maidin dengan membeli keperluan asas untuk keluarganya. Pasaraya Maidin pula mestilah memastikan Stok barangan keperluan sentiasa ada dan mencukupi, lalu di minta dibekalkan dari kilang-kilang besar yang mempunyai ramai pekerja termasuk Ahmad  sendiri..Isunya disini..berapa banyak pihak yang akan terlibat dengan  hanya  nilai RM10 yang telah dibelanjakan oleh Ahmad?? Apa akan berlaku jika Ahmad tidak berbelanja jika realitinya Ahmad kekurangan RM10 dari pendapatan bulanannya untuk menampung kos sara hidup.

Beginilah realiti hidup kita dimana kita saling memerlukan satu sama lain untuk meneruskan kehidupan.
Berbalik kepada isu asas tadi,dek kerana kos sara hidup yang tinggi,maka terjadilah keadaan 
-Semua orang nak berniaga..tapi tiada siapa mahu membeli..jika dalam bab Ekonomi  boleh dikatakan bahawa Penawaran melebihi permintaan.
- Berniaga bukan lagi kerana nak menambah pendapatan tetapi kerana mahu menampung kos sara hidup yang tidak mencukupi..

- Skim cepat kaya muncul dengan pelbagai tawaran yang kekadang lebih plastik dari realistik.

- Kecurian dan rompakan bakal menjadi pekerjaan utama apabila keadaan mendesak
- Institusi keluarga dan pengajian tinggi terjejas akibat orang ramai lebih sibuk mencari wang untuk hidup
- dan bermacam lagilah masalah..


Fikirkan..









3300FF

0 Pertanyaan: