SERVIS KOMPUTER secukup rasa


Semalam dan hari sebelumnya, kami menerima beberapa biji komputer yang dihantar oleh sebuah syarikat Swasta untuk diservis dengan pelbagai kategori penyakit yang kekadang masalahnya bukan berat sangatpun antaranya :


 Kategori komputer jijik tak bertempat.

Bayangkan masa hampir 3 jam dihabiskan untuk membersihkan kotoran dan habuk yang terdapat dalam semua komputer yang dihantar.Yang paling lawak bukan hanya habuk dan sawang, beberapa "alien" lain juga berkampung didalamnya seperti duit siling,pen,bangkai cicak(yang ni wajib),cebisan anggota kertas dan memacam lagilah. Kita kongsi bersama kategori geli geliman ini..


Membersihkan komputer dari habuk dan kotoran sebenarnya perlu untuk memanjangkan dan memastikan komputer dalam keadaan stabil, jadi disarankan anda luangkan masa untuk membersihkan komputer kerana ianya tidak memerlukan modal yang tinggi.

Anda cuma perlu peralatan berus lukisan sahaja, seeloknya 2 sudah memadai, satu kecil satu lagi besar..



Pilih berus yang elok atau agak berada sikit, supaya bulunya tidak mudah tertanggal.



























Selain berus, anda juga boleh menggunakan pengorek telinga untuk membersihkan terutamanya kipas laptop, Agp Display dan sebagainya bergantung kepada saiz kipas.





















Sebelum diteruskan, kita mulakan dengan Laptop kerana ianya mudah untuk dibersihkan,tetapi amat jarang dilakukan..


- Gunakan berus lukisan saiz keci dan cuci di celah-celah huruf pada Keyboard anda, Bagi yang laptop selepas tamat hayat jaminan, anda boleh buka casing dibelakangnya untuk membersihkan kipas..ingat sewaktu membersihkan kipas, pegang kilas supaya tidak bergerak dan mula bersihkan sambil berzikir ker,ikut suka.



Kedudukan kipas pada laptop.























Upacara membersihkan kipas sedang giat dilakukan oleh tangan MAT Jawa sambil menyanyi lagu  "nangkono nang kene merono merene"..














Untuk monitor anda boleh basahkan Tower lembut dengan air jika tiada alat pembasmi kuman yang boleh didapati dari kedai-kedai komputer, gosok perlahan-lahan sambil menggoyangkan badan ikut irama lagu, tunggu hingga betul-betul kering baru boleh laptop anda dihidupkan.



Ini contoh cleaning Kit yang tidak dijual dikedai ubat ataupun kedai tayar, dapatkan dikedai komputer sahaja. Pastikan tiada sijil HALAL..




















Bagi Desktop pula , anda bukak casing..tapi pastikan komputer anda telah tamat tempoh jaminan,nanti naya jer..


Sebelum proses ala Majlis daerah Komputer ini dilakukan, anda kenal pasti dulu kedudukan Jumpers agar tidak tercabut semasa dibersihkan.



Ini contoh bentuk Jumper..hati-hati semasa berada dikawasan Jumper sewaktu berus memberus dilaksanakan..
















- Bahagian yang paling banyak habuk biasanya pada kipas seperti Processor dan Power Supply, anda boleh gunakan Vacumm untuk membersihkan kipas Power Supply tetapi tidak digalakkan pada papan litar takut tercabut Jumper nanti anda menambah masalah bukan mengurangkan masalah..



















Kalau berani bolehlah buka Processor kerana ianya cuma berklip .. dibawah kami sediakan beberapa gambar sebagai contoh untuk memudahkan anda membuka Cooler pada Processor.




Tekan Klik keluar untuk Cooler jenis ini.





















Tarik bahagian seperti dayung sampan yang kaler putih itu keatas untuk longgarkan dan tolak klik tepinya keluar depan dan belakang,kanan dan kiri.

















Jangan gunakan gigi untuk buka Skru cooler jenis ini..

























Jari kuku tak kerat Wan Huzairi sedang menunjukkan skil mengeluarkan Cooler dengan menggunakan teknik memicit kekunci sambil kancing gigi.
















Cooler yang berbentuk besi dan besar gedabak itu anda boleh basuh dengan sabun kalau rajin..jangan basuh kipas udah ler..tunggu kering baru pasang yek..


- Gunakan towel basah untuk membersihkan Monitor dan luaran CPU supaya ianya ensem dan cantik berseri.

Cabut bahagian berwayar dan letakkan diluar sementara jika anda ada kemahiran membuka dan memasang..

 










Kita bayangkan komputer ni macam orang jugak..bila dah suci lagi bersih..baru semangat nak kerja betul tak?..

Selamat Mencuba.. 


003333

0 Pertanyaan: