KOMPUTER MENGUJI tahap kemalasan serta KECEMASAN




Kaedah dan tips-tips yang diberikan ini diberikan kepada mereka-mereka yang belum tahu mahupun yang telah tahu..SEBABnya sengaje kami nak beritahu..lagipun kate orang..jika nak mahir sesuatu benda kita perlu bermain dengan "benda" itu..seperti jika anda nak mahir bawa helikopter,kenalah selalu main helikopter..begitu juga dengan komputer..kena adap hari-hari..


Sebetulnya hari ni,ada projek yang hendak dilakukan oleh Team Inspirasi..tetapi oleh kerana salah seorangnya diserang demam campak,projek "mega-mega" itu terpaksa ditunda kesatu tempat lain..lagipun kami terpaksa memerhatikan pengidap demam campak itu yang selang sejam sekali tercampak ke sana sini..itulah sudah dipesan,jangan ambik pakej penyakit tahun ni ..diambil juga!! taun depan ambik pakej pelancungan yer..


Ok..kita nak tanya ni..adakah anda malas?..kalau jawapnya malas..kita ikuti langkah ini untuk memantap dan menajamkan lagi tahap kemalasan kita..


Sebelum anda terus membaca,sajer nak beritahu.. "kekunci" ialah ayat untuk mewakili huruf-huruf pada keyboard anda..kekunci tidak boleh disamakan dengan kunci rumah atau kunci kereta..


1. Anda malas nak taip www.com kerana nak cepat kemana entah..pada Address bar browser taip jer web yang dikehendaki..contoh untuk ke Yahoo..taip Yahoo dan tekan kekunci Ctrl+Enter..


2. Klik kanan pada My Computer dan ambil Properties..anda akan terus dapat menu System tanpa perlu melalui Control Panel.


3. Anda buka banyak folder,tetiba komputer hanging..tekan Alt-f4 untuk hilangkan dengan cepat..teknik ini juga sesuai digunakan untuk mereka-mereka yang rajin tengok "benda" bukan-bukan..nak elak kantoi..cepat-cepat tekan Alt+f4..Anda boleh cuba tips ini selepas abis baca artikel ni..


4. Cuba tekan Ctrl + N ..anda akan dapat tetingkap baru untuk browser Internet kan..


5. Sekarang cuba tekan Ctrl + D..anda akan diberi pilihan untuk menyimpan alamat Blog kami..jika anda jumpa Web atau Blog yang berkenan, gunakan kekunci Ctrl+D tadi..mudah dan memang memalaskan..


6. Berhati-hati dengan arahan ini..jika anda padam menggunakan kekunci Shift+ Delete, fail tersebut tidak mungkin anda peroleh kembali..kerana dipadam terus dari Recycle Bin..


7. Apa berlaku jika tetiba tetikus anda "mati"..macam mana anda hendak Shutdown komputer? Gunakan kekunci Ctrl+Esp dan gerakan petunjuk arah keyboard sajer..tak perlu panik..tak perlu telefon bomba!!


8. Jika anda jumpa gambar-gambar menarik terutamanya pengguna browser Google Chrome, klik kanan pada gambar tersebut dan ambil inspect element dan anda boleh lihat dimana lokasi gambar itu diambil..


9. Minimizekan browser ini kebawah, klik sekali pada mana-mana folder yang dipaparkan pada Desktop anda, sterusnya tekan kekunci F2, nah!!anda telah temui cara untuk menukar nama dengan cepat dan mudah..


10. Untuk membuka perisian dengan cepat, anda tarik keluar mana-mana perisian yang sering digunakan dan pilih copy here, ini dapat menjimatkan letrik tangan anda kerana terpaksa melalui Start+Program+dan cari apa perisian yang anda mahu..


Itu adalah sebahagian dari unsur-unsur serta teknik-teknik untuk melemahkan saraf anggota badan dari bergerak cergas akibat kemalasan yang melampau..


Kita tengok pula kejadian atau saat-saat cemas atau kecemasan dan apakah langkah selamat yang boleh dilakukan oleh anda sendiri tanpa perlu bantuan dari bomoh..kesian pulak bomoh nak kena fikir Jin apakah sesuai dijadikan alasan komputer anda telah disampuk atau dirasuk...


1.Katakanlah Tetikus PS2 anda rosak, anda ganti baru dengan Tetikus berlampu kelip-kelip USB, bila pasang pada komputer keluar arahan seperti dibawah yang menandakan tetikus tersebut perlu di Install terlebih dahulu sebelum boleh digunakan..masalahnya macam mana anda mahu menggerakkan petunjuk arah?..



Gunakan kekunci Tab untuk menggerakkan petunjuk arah hingga ke arahan "no,not this time"
dan tekan Enter..




















2. Akibat membuka terlalu banyak Browser atau perisian,tetiba komputer anda jadi pening..tak leh berfikir..hampir semua tidak dapat digerakkan terutama tetikus..kecuali anda, telefon bimbit  dan keyboard saja..Gunakan telefon Bimbit..nak telefon siapa?..
Nak tutup terus atau Restart anda sayangkan fail atau ada sesuatu yang anda takut hilang..
Jangan panik..lakukan begini..


Letak telefon bimbit anda disebelah kanan..dan terus tekan kekunci Alt+F4 dan padam satu persatu..


Jika ubat itu tidak mustajab jugak..tekan kekunci Ctrl+Alt+Del..
Padam ikut arahan Task manager dengan klik End Task..


3. Pencetak anda cetak tak berhenti-henti..puas dan penat sudah anda lari keliling pencetak dan komputer sambil tutup bukak..tutup bukak..pencetak tetap juga mencetak..


Hentikan larian anda..terus masuk kedalam Control Panel..ambil Printer and Faxes, Double klik  pada nama pencetak degil tersebut..dan klik pada arahan Cancel all Document..



















4.Tengah seronok anda menaip assingment atau  "apa-apa yang pentinglah"  menggunakan Office Word..tetiba komputer anda Mati akal (hanging) ataupun keluar notis 'blue Screen".. anda belum sempat simpan..jika anda padam komputer takut kerja yang dibuat tadi jadi sia-sia..
Takper..cuba gunakan kekunci ini dulu..


Gunakan kekunci ESC..dan simpan lah fail tersebut
Jika tak boleh jugak..gunakan kekunci Alt+f4..padam dan simpan mana yang perlu..
Kalau dua kekunci di atas masih menghasilkan masalah sama juga terpaksalah anda gunakan kekunci Ctrl+Alt+Del..lakukan usaha menyelamat anda..


Kalau kekunci diatas pun tidak berjaya juga..gunakan button Restart dengan syarat anda tunggu hingga lampu Hard Disk tidak menyala lagi..
Setelah Restart,terus masuk kedalam Office Word anda dan lihat kemungkinan fail tadi sempat direstore backup oleh komputer anda..


Selamat Mencuba..





0 Pertanyaan: