MEMBELI KOMPONEN KOMPUTER dah bayar blah



Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu kita tahu dan ambil tahu apabila kita hendak membeli komputer mahupun peralatannya kerana walaupun nampak ringkas dan mudah tetapi jika kita tidak berhati-hati maka berlakulah kerugian yang sebenarnya boleh kita elak.

Jika dalam artikel sebelum ini, kami terangkan panduan untuk membeli komputer dan pencetak, kali ini kita beralih kepada komponen pula..

1. Hard Disk..
Sebelum menukar atau mahu  membeli Hard Disk, pastikan :-

- Apakah jenis Hard Disk anda,samada dari kumpulan kongsi gelap SATA atau IDE.




















- Saiz Hard Disk yang mahu dibeli sesuai dengan tahap komputer contohnya jika komputer anda lama seperti P3 atau  Celeron, Hard Disk 160gb tidak boleh digunakan sepenuhnya keluasan 160gb tersebut..

Masalahnya..saya tak tahu komputer saya jenis apa?..

Senang jer nak tahu apa komputer kita ..perhatikan maklumat yang dipaparkan sewaktu komputer dihidupkan..lihat contoh diberi..


Perhatikan gambaran disebelah merujuk kepada Pentium 3 650mhz..
Jika komputer anda laju..tak sempat baca maklumat ini, gunakan kekunci Pause untuk berhentikannya..








Jika komputer anda memaparkan logo seperti contoh disebelah, tekan kekunci TAB untuk menghilangkan logo yang dipaparkan..







- Jika anda seorang yang mementingkan prestasi, lihat kelajuan yang mampu dihasilkan oleh Hard Disk dengan berpandu kepada nilai RPM yang mampu diberikan..sebagai contoh 7200rpm..








Klik untuk besarkan gambar ini dan lihat berapa Rrpm yang dipaparkan oleh Hard Disk ini..








- Berkenaan Jenama pula pilihlah seperti Western Digital,Seagate mahupun Maxtor..janganlah cuba membeli yang jenamanya tidak pernah kita dengar seperti contoh Hard disk cap parang mahupun Hard Disk itik serati..

-Untuk peminat alat ganti Seken atau Refulbish, cuba minta pengesahan tempoh jaminan dari pembekal dan Semasa proses Format, gunakan arahan format yang ditunjukkan dibawah..


Gunakan arahan ini untuk memastikan Hard Disk kita dijamin selamat suci lagi bersih.








2. Papan Litar..

Untuk membeli papan litar tidaklah semudah membeli papan luncur dan tidaklah semahal litar F1 Sepang..asalkan anda mengikut pedoman yang diberi..

a) Papan litar anda menyokong semua fungsi yang digunakan oleh komponen sedia ada seperti

Ram - Samada DDR atau SD , jika DDr berapa pula kelajuan yang boleh disokong

Hard Disk - Seperti diterangkan tadi, samada menggunakan kabel dan port  SATA atau IDE

Processor yang digunakan terutama dari jenis Socket 754 atau 939..Jika pengguna AMD pula perhatikan model yang digunakan samada Duron,Anthlon dan lainnya..

Tips

Untuk jimat,pilihlah papan litar yang menggunakan fungsi On board untuk VGA, Lan mahupun Sound kad, kerana jika berlaku masalah pada peralatan tambahan ini, komputer anda masih boleh digunakan..begitu juga jika perlu pilih Papan litar yang menyokong Dwifungsi untuk Ram -Rujuk artikel sebelum ini..

3. Ram

Ram adalah diantara komponen yang paling mudah untuk diganti atau ditambah..sambil baringpun anda boleh menukar Ram. Seperti juga komponen lain, sebelum membeli atau mahu menambah Ram,pastikan

- Apa jenis Ram yang digunakan samada pada komputer atau Laptop..jika perlu bawa Ram sebagai contoh.


- Jika papan litar anda mengguna dwifungsi RAM,pastikan adakah Ram yang dibeli dapat disokong atau tidak

- Tahap jaminan dan dibeli dari pembekal yang mudah anda berurusan ..contohnya kedai belakang rumah je.

- Lihat dua contoh bagaimana Ram mahu dikeluarkan dari sarangnya.















Tips

- Jika selepas dipasang

- Keluar bunyi tik-tik

-Gambar tidak keluar

PAstikan kedudukan Ram benar-benar rapat pada Slot..

4. Pemacu Drive

Bagi yang terkial-kial pebenda pulak pemacu Drive ni..pemacu drive adalah singkatan untuk CDrom,DVdrom samada ada R untuk Burn atau tidak..
Sebelum membeli Pemacu Drive, pastikan dulu..
- Kabel yang diguna dan disokong seratus peratus untuk Papan Litar anda samada penyamun SATA atau IDE..
















- Tempoh jaminan disediakan secukup rasa oleh pembekal..

- Jenama seperti Samsung bukan Samdol..

- Kelajuan pemacu drive yang ditawarkan mestilah sesuai dengan peredaran zaman seperti 48x ,16x..

5. Vga Kad untuk grafik.

Sekiranya anda ingin menambah atau memerlukan  tahap grafik yang tinggi VGA kad boleh dibeli,tetapi anda harus lihat

- Samada Papan litar menyokong atau mudahnya mempunyai Slot untuk VGA kad tersebut kerana Grafik kad hanya menggunakan Slot PCI ataupun AGP sahaja..




Yang merah (kekadang cokelat atau biru) adalah slot AGP,manakala putih adalah slot PCI..

Kebiasaannya Slot Pci terdapat pada semua papan litar..




- Melihat kekuatan memory yang ditawarkan pada Grafik kad seperti 512mb dan sebagainya..


Lihat pula penerangan untuk AGP VGA disebelah yang tidak boleh disamakan dengan kad kawin atau businis kad.







Jadi secara kesimpulannya, perkara penting yang perlu kita tahu ialah..

- Kesesuaian komponen dengan komputer
-Tempoh jaminan disediakan.

Tips

Elakkan membeli komponen sewaktu Pc Fair walaupun ianya murah melainkan..kedai yang hendak dibeli itu anda tahu kewujudannya dan lokasinya.
.
Selamat Mencuba.

0 Pertanyaan: