MASALAH MONITOR KOMPUTER kes dua.






Kita sambung lagi kes Monitor yang kabarnya masih terus berfikir macam mana nak dapatkan cuti atau mematikan diri...dan anda sebagai majikan pula perlulah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.. kita tengok apa lagi kerenah dan trik yang boleh dilakukan oleh monitor yang malas bekerja..

1. Jika sebelum ini anda menggunakan monitor terbaru  dan terkini bersaiz besar, tiba-tiba monitor bersaiz besar anda jatuh sakit, anda pinjam monitor kawan anda yang bersaiz kecil yang agak lama keluarannya.. tetapi apabila dipasang komputer anda menghadapi masalah paparan imej yang menjadi berbelang-belang..lebih parah lagi Windows tidak dapat dimasuki atau paparan menjadi hitam..

Kes notis sakit begini sebenarnya bukanlah kerana monitor atau komputer anda yang rosak..anda cuba perlu betulkan kedudukan imej yang perlu dan boleh dipaparkan oleh monitor lama..ikuti langkah ini..

- Hidupkan komputer seperti biasa, sebelum proses Boot Windows dijalankan tekan kekunci F8 untuk mendapatkan arahan safe mode..Arahan safe mode ini hanya boleh diambil sebelum proses Boot Windows dijalankan,jadi anda kena cepat bertindak..ini contoh gambar proses Boot  Windows.












Tekan kekunci F8 'sebelum' muncul gambaran Boot Windows seperti gambaran sebelah..

















Contoh Boot untuk Vista.



- Setelah anda dapat arahan Safe Mode, ikuti langkah bergambar diberi








Gerakkan petunjuk arah kebawah hingga ke Enabled VGA Mode dan tekan Enter.








Jika anda menggunakan Windows Vista, gerakkan sehingga ke Enabled low resolution video(640x480) dan jangan lupa tekan kekunci Enter.








- Jangan terkejut jika paparan yang dipaparkan besar, ikuti langkah seterusnya ini..


Dapatkan arahan Control Panel melalui Start --- Setting







Klik pada arahan Display untuk meneruskan kaedah ini..












Klik pada Switch Classic View- sekiranya  anda dapat paparan  begini dalam Control Panel.













Perhatikan pada Screen Area didalam menu ini.



Cuba tukar resolution dengan klik dan tolak kedepan untuk menukar saiz paparan.

Biasanya monitor lama akan memaparkan paparan 800x600 sahaja dan anda boleh menukar sehingga nilai 1024 sahaja, inipun bergantung kepada monitor yang digunakan.

Tips



- Selepas anda mengubah paparan, klik Apply dan untuk melihat hasilnya, jika paparan berbelang muncul, gunakan kekunci ESC dan ubah semula. Paparan bebelang akan muncul menandakan monitor tidak dapat menerima saiz paparan yang anda ubah, tolak kebelakang semula untuk mendapatkan paparan yang dibolehkan atau yang dibenarkan.

Selamat mencuba.














0 Pertanyaan: