RAWATAN KESIHATAN KOMPUTER bersambung




Bidan ingat nak rehat hari ahad ni sambil tengok perkembangan PRK Bagan Pinang,rupanya banyak pulak kes-kes pesakit yang diterima oleh Inspirasi Rawatan Komputer..takpelah Bidan iyer..tak jawab karang marah pulak tuan kami tu..Ni jawapan Bidan untuk jenis sakit yang minta dirawat..iyer..

1.  Pn. Hajjah Zuraidah.


" Saya baru beli laptop yang dipasang Windows Vista dan Ms Office 2007, masalah saya dan anak saya tidak faham untuk menggunakan office 2007..boleh tak saya tukar office 2007 itu dengan 2003 atau boleh tak saya pakai keduanya sekali..Bagaimana dengan jaminan waranty saya ?.

Jawapan..

Iyer..pertamanya tahniah kerana Pn. berjaya memiliki laptop..Untuk memudahkan pn. belajar iyer.. Bidan rasa tidak perlulah diganti Office 2007 yang telah dipasang..itu iyer.. Pn boleh memasang keduanya sekali iaitu 2003 dan 2007..boleh dan mudah sebenarnya. Jika Pn. boleh pasang sendiri, Pn. boleh dapatkan Installer Office 2003 sahaja dan ikuti langkah yang diberi diibawah..iyer..

Mengenai Jaminan pula,iyer.. Pn. tidak perlu khuatir atau risau atau takut kerana Perisian atau software sebenarnya tidak akan menjejaskan tempoh jaminan...iyer..lainlah jika pekedai tempat Pn. beli laptop itu Mereng otak!!..




Setelah INstaller Office 2003 dimasukkan, klik pada Install office 2003 untuk mendapatkan arahan sepereti disebelah..




Klik pada arahan pertama iaitu Add or Remove Features..









Disini kita boleh pilih atau ambil mana-mana perisian Ofiice 2003 yang perlu atau klik semua untuk pilih semua dan  klik Upgrade untuk proses pemasangan dapat dilakukan.









Tips -

Bagaimana pula jika asalnya kita menggunakan Office 2003 dan mahu memasang Office 2007 tanpa perlu memadam Office 2003..

-Begini iyer.. dapatkan installer Office 2007 terlebih dahulu..






Setelah installer office 2007 tadi dimasukkan, pilih Customize pada menu seperti gambaran disebelah
















Klik pada Keep all previous versions dan Install Now..






2. Rahim Mat Nor.

- Anak saya baru beli beberapa cd games untuk dipasang pada komputer saya. Kenapa selepas saya siap pasang, hanya satu sahaja yang boleh dimainkan pada komputer saya. Kenapa yang lain tidak berfungsi? adakah cd game yang dibeli itu rosak? atau ada virus? Satu lagi ada satu game yang dibeli, bila nak main komputer terus restart sendiri ? .Perlu atau tidak saya format komputer 


Jawapan..

Dari apa yang Bidan faham dari soklan ini iyer..komputer Rahim tak cukup specifikasi atau tidak lulus tahap piawaian yang telah ditetapkan, maknanya komputer en Rahim tidak cukup kuat untuk menjalankan permainan game yang dipasang..iyer..oleh kerana En Rahim tidak sebut Spec Komputer..iyer..secara rambang boleh dibuat begini sajer..

a. Cuba lihat iyer..biasanya pada Cover cd game ada diterangkan tentang Recomended yang diperlukan untuk game tersebut.. boleh juga disemak pada arahan Help untuk Game tersebut.

Ini contoh Spec yang diperlukan untuk menggerakkan Need For Speed Carbon v4. 



MINIMUM SPECS
OS – Windows XP (Service Pack 3) or Windows Vista (Service Pack 1) / Windows 7
Processor – Intel Core 2 Duo 1.6 GHz or faster
Memory – XP: 1 GB RAM; Vista/Windows 7: 1.5 GB RAM
Hard Drive – 6 GB
DVD Drive – 8 SPEED
Video Card – 256 MB Video Card, with support for Pixel Shader 3.0 (ATI Radeon X1800 XT 512MB or greater; NVIDIA GeForce 7800 GT 256MB or greater. Laptop versions of these chipsets may work but are not supported. Updates to your video and sound card drivers may be required.)
Sound Card – DirectX 9.0c compatible
DirectX – DirectX 9.0c compatible
b. Gunakan System yang terdapat dalam Control Panel untuk melihat apakah Spec yang diperlukan mencukupi..

c. Kebanyakkan Game-game terbaru memerlukan fungsi 3D yang biasanya perlu dibuat penambahan ke atas VGA display yang menyokong 3d dengan menggunakan memorinya sendiri..inipun bergantung kepada Slot komputer- Rujuk ebook pemasangan kami iyer..en. Rahim..











Ini contoh kad 3D yang biasa digunakan untuk melancarkan permainan komputer.



d. Semakan juga boleh dibuat melalui arahan Display didalam Control Panel untuk memastikan adakah display yang digunakan menyokong fungsi 3D dan berapa memory yang digunakan. Rujuk gambaran dibawah iyer..












Contoh arahan Display yang dapat memberikan kita maklumat Display yang digunakan.


Tips-

Untuk mengelakkan pembaziran iyer..sukalah Bidan mengingatkan jika kita mahu membeli sesuatu perisian,,kita kena pastikan dulu samada mampu atau tidak iyer..komputer kita laksanakan..kalau boleh dapatkan pandangan penjual atau rujuk pada cd cover yang mempunyai Recomended tadi iyer..


3. Mak su -Pekan

Komputer Mak su tak boleh dipasang, jika dipasang api terus tendang, semua plug dah Mak Su cuba try test, sama juga kesannya.. rosak komputer atau penyambungan api dirumah? kalau komputer ape bendanya?.

Jawapan

-Mak Su kira bertuah lah iyer..sebab pasang komputer api tendang..jangan jadi macam Mat Jawa sudahlah..pasang komputer bapak dia tendang...tu la tengok lagi benda bukan-bukan..he..he..itulah iyer..

Tidak lain dan tidak bukan malah tepat sekali bahawa dimaklumkan komputer Mak Su rosak Power Supply atau melayunya dipanggil Bekalan Kuasa. Jika Mak Su atau anak Mak Su nak pasang sendiri pun boleh..boleh rujuk Ebook kami..iyer..cuma nak diingatkan buka dulu Power Supply dan bawa semasa membeli untuk dijadikan contoh dan untuk elak Mak Su tersalah beli..iyer..

Tips-


Terdapat juga iyer kes..bila rosak Power Supply, kita terpaksa ganti dengan Casing sekali..ini biasanya berlaku kepada komputer Branded seperti jenama Nec, Compaq dan sebagainya..Power Supply untuk komputer branded biasanya bersaiz kecil..tetapi nilai input-outputnya sama dengan yang ada dipasaran..

Jika anda mahu gunakan Power Supply yang asal, kemungkinan harganya mahal dan mungkin juga kena tunggu lama..he..he..itulah iyer..












 Contoh komputer branded yang perlu ditukar Casing
 jika rosak Power Supply..




Selamat Mencuba..





















0 Pertanyaan: