FORMAT DENGAN MENYELAMATKAN FAIL PENTING



Lihat masalah ini

" Komputer saya tidak dapat dimasuki kerana Windows telah kehilangan fail NTLDR, saya juga telah mengikuti segala langkah yang telah diberikan melalui artikel " Masalah Windows kehilangan NTLDR" namun langkah tersebut tidak berjaya, Langkah terakhir hanyalah Format..tetapi bagaimanakah caranya supaya saya boleh dapatkan kembali fail-fail penting yang terdapat dalam Windows saya itu ?..

Jika Windows anda tidak dapat dimasuki, tentulah sukar untuk kita menyalin fail-fail penting untuk disimpan ditempat selamat sebelum proses Format dijalankan..Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan fail-fail penting anda seperti mengeluarkan hard disk anda dan disambung pada komputer lain..tetapi langkah ini rumit dan banyak urusan perlu dibuat..

Sebenarnya melalui proses Format sahaja kita boleh mendapatkan semula fail-fail penting anda itu, cara ini lebih mudah untuk dipelajari..

- Pertamanya anda perlu dapatkan Installer Windows XP ..Lakukan proses menukar proses Boot seperti ditunjukkan dalam artikel sebelum ini..

- Mulakan proses Setup untuk format seperti biasa hingga anda menemui arahan seperti dibawah..



- Tekan Enter untuk langkah seterusnya









-Tekan F8 untuk kita menerima notis perjanjian yang dipaparkan..









-Tekan kekunci Esc kerana kita perlu buat satu Windows baru supaya Windows asal tidak terjejas.











- Tekan kekunci C untuk pilihan seterusnya










- Pilih Leave the... seperti gambaran diberi supaya Windows lama anda selamat.

- Ikuti langkah proses format  seterusnya..







- Setelah proses format selesai, Dapatkan segera fail-fail yang diperlukan ..jika perlu, anda boleh format sekali lagi untuk mengelakkan serangan virus dalam windows lama anda..

Selamat Mencuba.

0 Pertanyaan: