INSPIRASI MAT JAWA



Sebetulnya nama Mat Jawa adalah nama gelaran yang diberi sesuai dengan rupa dan wajahnya yang melambangkan nilai seni seorang anak jawa. Apa yang menarik pada Mat Jawa ini..selain memiliki sifat jujur dan amanah, beliau adalah orang paling pendiam diantara semua Inspirasi Team..jika kita tanya sepatah..sepatahlah jawabnya..tidak pernah lagi jika ditanya berpatah-patah..dia akan patah-patahkan kami pula..

Apa yang menarik untuk dikongsi tentang manusia bernama Mat Jawa ini?..Sebenarnya pada kami..Mat Jawa adalah seorang yang istimewa tetapi diselabungi misteri.. Menurut cerita adiknya( Mat Jawa rapat betul dengan adiknya ini)  sewaktu kami bertandang beraya..Mat Jawa pada awalnya bukan seperti yang kami kenal sekarang..beliau  juga seperti insan lain..boleh bergurau, agak nakal dan seketul dengan sifat lelaki yang normal..Tetapi dengan takdir tuhan..segalanya berubah apabila Mat Jawa bertemu dengan kisah misteri ini dalam hidupnya..

" Apabila beliau berjaya mendapat tawaran untuk belajar di satu tempat yang terpaksa dirahsiakan, maka beliau pun memulakan satu kehidupan baru ditempat baru dan asing baginya..OLeh kerana keluarga Mat Jawa orang agak berada, beliau memilih untuk tinggal menyewa bersendian berhampiran dengan tempatnya belajar..Maka tinggallah Mat Jawa menyewa disatu kampung yang kini telah menjadi bandar..Apabila tinggal bersendirian dan terkena kejutan budaya budak bandar, Mat Jawa menjadi liar..hingga lupa pada tujuan asalnya untuk belajar..

" Pada satu malam yang disyaki waktunya selepas 1.30 malam, maka kelihatan Mat Jawa sedang memandu untuk pulang kerumah sewanya setelah selesai berhibur-hiburan..Sebelum sampai simpang jalan rumahnya tetiba beliau melihat kelibat seorang tua sedang berjalan sambil mengusung beg ..Tidak semena-mena Mat Jawa memberhentikan keretanya dengan harapan untuk menghulur bantuan jika perlu..Lagipun menurut  ceritanya..Mat Jawa yakin orang tua itu bukan hantu..kerana biasanya hantu kat tepi jalan ni semua dimonopoli oleh kaum wanita..

" Hendak kemana ni Pak Cik ?.." Tanya Mat Jawa ramah.
" Tak tahulah nak..Pak cik dari Kedah ni..saja melawat sini".. Jawap orang tua tersebut.
Mat Jawa jadi pelik namun tertarik dengan jawapan orang tua tersebut..diajaknya naik kereta dan dibawa pulang kerumah sewanya..
Sampai dirumah ..Mat Jawa bertanya apakah sebenarnya ??
" Pak cik ni sebatang kara nak..tak ada sesape.. tapi pak cik minat jalan-jalan tengok tempat orang..tu mai sampai sini..Kalau tak ada rumah, pak cik tumpang tidur disurau atau masjid..saja nak abiskan usia sambil kenai ramai orang.." Penerangan panjang lebar diberikan oleh Pak cik tersebut..

"oo..takpelah pak cik tidurlah sini dulu.." Entah macam mana Mat Jawa rasa dirinya berubah..berubah menjadi baik..biasanya jika terserempak sesapa tepi jalan..dibiarkan saja..tapi malam ini tidak..
Oleh kerana kepenatan mereka berdua pun membawa haluan masing-masing iaitu tidur..Sedang nyenyak Mat Jawa tidur..tiba-tiba beliau mendengar panggilan telefon bersama dengan laungan azan subuh dari surau berhampiran.. Dengan malas beliau menjawab panggilan tersebut. " Mat..tolong mat..rumah mak aku terbakar..tolong cepat '' Lantas Mat Jawa terbayang  kawan baiknya sewaktu mereka berhibur-hiburan lewat malam tadi..Pantas Mat Jawa persiapkan diri untuk kerumah rakannya lebih kurang 15minit berkereta..jika berlari mau makan 30 minit..

Sewaktu hendak keluar beliau melihat Pak Cik tersebut tengah sujud Solat..jadi kerana takut terlewat ketempat kejadian..beliau terus sahaja meluru keluar rumah.. Sampai ditempat kejadian..api sedang marak..maklumlah rumah kampung..terus Mat Jawa mendapatkan rakan dan keluarganya yang kelihatan dalam keadaan terkejut..nasib baik semua ahli keluar kawannya selamat.. Orang kampung sibuk cuba memadamkan kebakaran sambil dibantu oleh Mat Jawa..dalam keributan memadamkan kebakaran itulah Mat Jawa terlihat seseorang yang baru dikenalinya sedang bersama-sama penduduk memadamkan api kebakaran..Namun Mat Jawa tidak dapat menghampiri orang tua itu kerana beliau berada jauh kebelakang..malah dalam saat dan ketika sebegitu sukar untuk mereka bertemu..

Setelah hampir 10 minit berusaha mereka ..Bomba pun datang berlumba-lumba..tetapi macam biasalah bukan untuk memadamkan kebakaran..tetapi untuk mentafsir kerugian..Setelah semua perkara dapat diselesaikan, maka Mat Jawa pun baliklah kerumah untuk sambung tidur dan beliau sudah berniat nak ponteng kelas hari ini dan seperti hari-hari sebelumnya..

Sampai dirumah lebih kurang 8.30 pagi..beliau terkejut kerana sudah tersedia sarapan roti canai dengan Nescafe tarik yang memang kegemaran Mat Jawa pagi-pagi hingga sekarang ni.Belum sempat Mat Jawa berkata.. Pak Cik terus memintas jalan terlebih dahulu " Apalah..apapun tak dak rumah hang ni..nasib baik Pak cik jumpa kedai tepi jalan tu.. pi sarapan..pak cik dah makan dah tadi.." Seperti terpukau Mat Jawa terus makan hingga terlupa apa yang mahu ditanya tadi..

Selepas makan..Mat Jawa terasa penat yang amat sangat dan terus masuk kebiliknya untuk sambung rutin hariannya iaitu tidur..Namun begitu Mat Jawa sempat menyapa pak cik itu yang sedang membelek begnya.." Pak cik..penat sangat rasanya..saya tidur kejablah".. " Takpa..takpa..pi tidug..pak cik pun nak kemas ni.." Jawab Pak Cik tersebut sambil melipat dua tiga helai pakaiannya..namun Mat Jawa sudah tidak hiraukan apa yang diperkatakan..kerana beliau terasa penat dan mengantuk yang amat sangat..

Sudah hampir jam 12,barulah Mat Jawa terbangun dari tidurnya..itupun sebab beliau nak terkencing, kalau tidak mungkin esok lusa kot baru beliau bangun..Selesai beliau melepaskan najis kecilnya..Mat Jawa terpandang satu nota kecik diletakkan diatas meja tamunya " Terima kasih nak..tak dak apa pak cik nak bagi..cuma sudilah terima cincin ini sebagai tanda terima kasih "..Mat Jawa terus terduduk dan memerhatikan cincin batu berwarna oren kehijau-hijauan itu yang dipakai hingga kini..Menariknya batu cincin itu jika digosok-gosok warnanya akan bertukar..Jangan Khurafat!!..ini semua kuasa Allah..dia lebih mengetahui..

Sejak kejadian itu Mat Jawa sudah tidak temui lagi pak cik tersebut hinggalah ketika beliau balik ke rumah ibu bapanya lebih kurang 2 bulan selepas kejadian.. Pada satu petang, sedang Mat Jawa berehat bersama keluarga dan bercerita salah silah keluarga mereka sambil melihat album-album lama.. Rupa Mat Jawa serta merta berubah apabila adiknya merangkap tukang cerita kisah Mat Jawa ini menunjukkan kepada beliau sekeping gambar Atuk mereka yang telah meninggal dunia sewaktu ayah Mat Jawa berusia 17 tahun..
Sejak kejadian misteri itulah Mat Jawa terus berubah menjadi seperti sekarang..

Wallahu alam bissawab..





0 Pertanyaan: