ADAKAH FACEBOOK SELAMAT ?



Semua orang tahu dan mengenali apa itu Facebook yang semakin hari semakin ramai peserta yang menyertainya. Tidak perlu diperkenalkan lagi semua sudah tahu fungsi Facebook yang telah membuka satu ruang untuk kita berkenalan dengan semua orang tidak kira apa bangsa, warna kulit, agama dan sebagainya . Tetapi didalam keghairahan kita menggunakan Facebook sedarkah kita tentang perkara -perkara ini ?..

 Adakah  Facebook selamat terutamanya apabila kita paparkan maklumat tentang diri , pekerjaan ,  pendidikan serta tempat tinggal dengan harapan kita akan mempunyai ramai kenalan atau kawan ? Samada maklumat tentang diri anda itu tipu atau tidak itu tidak menjadi isu utama, tetapi adakah kita sedar disebalik maklumat yang kita paparkan itu kita sebenarnya sedang dipantau oleh seseorang atau badan penyiasat yang sememangnya adalah musuh kita ?..


Sedarkah kita yang musuh itu sedang memerhatikan kita, mereka sedang mengumpul data-data penting tentang diri kita, dan hanya menunggu peluang yang baik untuk bertindak..

Walau apapun yang kita lakukan , kita seharusnya berwaspada dengan setiap perkara yang hendak dilaksanakan, tidak semua maklumat tentang diri kita boleh dikongsi bersama dan tidak semua manusia didalam dunia ini jujur dengan kita..

Ingatlah..

0 Pertanyaan: