SEMAK KEADAAN MSCONFIG ANDA

Kami menerima maklumat bahawa dalam sehari dua ini terdapat pelbagai spam yang akan masuk kedalam sistem komputer melalui penggunaan Internet. Masalah boleh menjadi bertambah berat sekiranya komputer anda tidak dilengkapi dengan perisian Anti Virus yang tulen.

Sebenarnya serangan spam ini tidak dapat kita elak kerana ianya hadir dalam pelbagai bentuk  web dan berada diserata laman web yang biasa dikunjungi. Apabila menggunakan internet, kita sebenarnya terdedah kepada Spam yang tidak dapat kita elak atau tapis, Spam sebenarnya tidak merbahaya sekiranya hadir dalam bentuk fail tempelan, cuma berupaya melembabkan sistem komputer apabila sudah terlalu banyak. Spam menjadi bahaya apabila ia berubah menjadi Virus yang sengaja menawarkan dirinya pada kita seperti Anti virus dan sebagainya.

Apabila kita tidak boleh mengelak serangan Spam ini, apa yang perlu kita lakukan.

1. Jangan terima apa-apa tawaran berbentuk perisian yang ditawarkan sekarang , jika anda jumpa ada ayat Free tak perlulah anda klik.

2. Pastikan Anti virus anda di Update  supaya kehadiran fail-fail spam yang terbaru mudah dikesan .

3. Pastikan setiap masa MSCONFIG anda sentiasa kosong pada menu Start Up, jika ada bertanda, gunakan arahan Disable untuk mematikan ianya dari dapat berfungsi.

Ini contoh arahan MSCONFIG bagi yang mudah lupa atau buat-buat lupa..




- Dapatkan arahan RUN dan taip padanya MSCONFIG









 - Klik pada Start up .

- Perhatikan pada Start up Item yang sepatutnya tidak ditandakan.

- Jika ada bertanda seperti gambar diberi, klik pada Disable All untuk mematikan fungsinya.








 - Selain dapat mengelakkan kehadiran Virus , arahan ini juga dapat mempercepatkan proses start up komputer anda.

- Anda seharusnya sentiasa memastikan bahagian Startup item ini kosong atau tidak bertanda.


- Klik Apply dan ok untuk teruskan.





- Apabila keluar arahan untuk restart ini, klik pada Exit without restart sekiranya anda ada kerja yang belum disiapkan lagi,



Semoga dapat membantu .


0 Pertanyaan: