KES BERAT HUJUNG TAHUN

Artikel ini ditujukan khas kepada mereka-mereka yang ada email sahaja,diulangi email bukan lakinya nama Ismail..seperti pernah dibaca oleh anda dalam artikel sebelum ini, pada akhir tahun dan awal tahun nanti kita akan menerima email yang menawarkan kita pelbagai tawaran yang lumayan dan hartawan..

Apabila anda menerima email sebegini, anda hanya perlu baca jika mahu, PERCAYA JANGAN!!! Sebenarnya penipuan bentuk begini telah wujud semenjak tahun 80an lagi dan nampaknya ianya masih tetap wujud hingga kini dan mungkin selamanya..

Anda lihat beberapa contoh email yang kami terima dan fikirkan dengan logik benda ni

- Macam mana anda boleh menang kalau anda tidak sertai apa-apa pertandingan atau penyertaan?

Seterusnya kami ada balas email yang diterima untuk lihat apa tindakan mereka.. nak tahu apa jadi ??

Begini..

- Kami terima satu email yang dengan bangganya menyatakan kami telah menang USD100,0000.00 melalui tiket loteri. kami diminta lampirkan maklumat peribadi termasuk maklumat untuk proses penghantaran.

- Alamat dan email pun kami hantar walaupun terasa pelik jugak, dizaman serba canggih ni tak kan pakai alamat lagi, proses bayaran patutnya lebih mudah gunakan PAYPAL..tak perlu semua itu, lagipun yang kami menang DUIT..bukan barang.. tak per kita layan jer dulu..

- Tak sampai sejam kami terima balasan mereka..jeng..jeng..jeng..suspen dah ni..

- Kami diminta masukkan duit kedalam akaun mereka sebagai kos untuk proses penghantaran yang dianggarkan nilai USD230. Memacam lah yang perlu dibayar, levi (nasib baik bukan Levis) Tax dan beberapa lagi..

- Kami pun balas dengan jawapan ini

- Kami menang USD100,0000.00 jadi tolak ajer ler kos tersebut dari situ, ape susah ..

- Kami ada akaun PAYPAL jadi masukkan lah duit dalam tu, lagi jimat kos..

Rupanya dalam cerdik mereka menipu ade jugak KEBODOHANnya..

Nak tahu apa jawapan mereka..

SAMPAI SEKARANG MEREKA TAK hantar berita..kami RINDU gak kat mereka itu..ha..ha..ha..

Ini beberapa contoh email yang mengarut tersebut..








1 Pertanyaan:

Nor atau Nad berkata...

ukh...ok2
mesti ngat nh..
thnxx