BUAT DUIT DENGAN INTERNET ? Susahnya..

Pihak pengurusan Kekomsyazone memaklumkan pada anda bahawa hampir kesemua juruteknik kami berada diluar kawasan, maklumlah awal tahun ni banyak urusan perlu dibuat, jadi masalah berkaitan komputer tidak dapat diteruskan..

Namun untuk tidak menghampakan pengunjung blog, pakar buat duit dalam Internet akan menemani anda buat sementara waktu. Semoga kita dapat berkongsi ilmu dengan beliau.

Apabila berbicara tentang buat duit dalam Internet, beberapa perkara anda perlu tahu supaya anda tidak kecewa atau dikecewakan. Untuk makluman anda, hampir 80% program buat duit dalam internet sebenarnya memerlukan anda mengeluarkan modal, dan hampir 75% pula memerlukan anda BERUSAHA..

Sekarang kita berkenalan dulu dengan modal berbayar yang maknanya anda perlu join mereka terlebih dahulu barulah anda boleh menjana pendapatan atau bahasa mudahnya buat duit.. ? Bolehkah kita percaya pada pendekatan begini.. sebenarnya boleh dengan syarat utama anda kena berusaha, ini kerana mereka biasanya tidak akan nyatakan apakah yang perlu anda lakukan, mereka lebih nyatakan apakah yang anda bakal dapat ?..

Jika anda sebagai seorang penjual, apakah anda lakukan untuk menarik minat pembeli ? Mestilah anda mengatakan produk anda adalah terbaik dan berkualiti.. samalah juga dengan perniagaan Internet, apa yang ditunjukkan hanyalah untuk mengaburi mata anda dan paling penting mereka akan berusaha membuktikan pada anda bahawa sebenarnya mudah menjana wang melalui Internet..

Sebenarnya konsep mudah menjana duit melalui Internet sudah tidak relevan lagi sekarang, kerana sudah ramai orang yang tahu..saya bagi anda contoh mudah.. Anda melawat laman Inspirasi Team atau mana-mana laman Web, berapa kalikah anda klik setiap iklan yang anda nampak ? Ataupun anda hanya melihat tanpa mempedulikan iklan tersebut..bayangkan jika rakan-rakan anda pun buat perkara yang sama .. Adakah iklan tersebut dapat diklik dengan mudah..

Kebanyakan pengguna Internet melalui servey yang dilakukan, hanya melihat iklan yang dipaparkan, tidak dan jarang-jarang sekali menggunakan iklan tersebut seperti membeli barangan melalui iklan tersebut. Paling menarik melalui servey yang dilakukan, orang yang memaparkan iklan lebih ramai dari bilangan yang mewakili pembeli !! Tak percaya..saya bagi anda contoh.. jika anda ditawarkan peluang buat duit dengan percuma tanpa perlu keluar apa-apa modal dan letak pada blog atau laman web anda, adakah anda menolak? Tentu tidak kerana anda beranggapan, anda akan dapat sedikit imbuhan dari iklan yang dipaparkan..perasaan ini sebenarnya dikongsi bersama oleh rakan-rakan anda yang lain diluar sana.. Jika tidak percaya..

Kajian oleh Google membuktikan hampir 100% pengguna Internet di Malaysia lebih berminat pada dua kata kunci ini ( Keyword) iaitu KAYA dan LUCAH.. anda taiplah pada carian google, maka anda akan ditawarkan dengan perbagai bentuk tawaran yang bilangannya makin hari makin bertambah..

Artikel ini bukan tujuan untuk melemahkan semangat anda, saya ingin mencurahkan sedikit pengalaman yang ada yang saya rasa anda diluar sana patut sedar dan tahu..
 
Satu perkara penting yang perlu anda tahu, anda tidak boleh marah jika anda menemui  mereka yang menawarkan anda peluang buat duit dengan Internet ini. Mereka sebenarnya berusaha untuk menjayakan hasrat mereka, dan kemungkinan anda juga bakal jadi seperti mereka..
 
Kunci utama adalah usaha..
 
Jumpa dalam artikel seterusnya..
 
 

0 Pertanyaan: