INGAT DAN DI INGATKAN



Anda berminat untuk menambah pendapatan melalui Internet ? Anda mahu tetapi takut tertipu dengan pelbagai tawaran yang datang ? Anda ikuti tips-tips yang disenaraikan dibawah untuk keselamatan anda dan keluarga anda..Ingat.. tidak semua manusia JUJUR..

1. Kenali ini ..

- Anda seharusnya tahu apabila menerima satu-satu tawaran yang boleh mendatang duit, anda fikir perkara ini dulu ..
Adakah tawaran itu menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan duit?
Ini adalah bentuk tawaran yang paling banyak sekali, anda ditawarkan dengan pendapatan lumayan, tetapi anda harus membayar kepada mereka terlebih dahulu barulah anda dapat apa yang ditawarkan..Dalam konsep ini yang untung adalah mereka, nasib anda belum tentu lagi..

- Adakah tawaran itu sesuai dengan apa yang harus dilakukan ?
Sebelum menerima apa-apa tawaran terutama yang percuma perkara pertama yang harus anda lihat ialah bentuk tawaran duit yang bakal anda terima..Ini kerana kerja yang percuma tugasnya adalah berat..contohnya begini.. berapakah jumlah tawaran yang akan anda dapat setiap kali iklan anda diklik..jika ditawarkan $0.0001, anda harus faham bahawa anda perlu 1000 klik untuk nilai 1 sen..

- Fahami bentuk perjanjian dan syarat yang diberikan ?
Perkara ini jarang diambil berat kerana minda kita telah ditumpakan pada tawaran lumayan..kita jarang ambil berat tentang perkara ini dan penipuan paling mudah dilakukan pada peringkat ini.. lihat contoh ini.. Anda ditawarkan dan diminta untuk mengisi borang pendaftaran, biasanya pada akhir borang ada dinyatakan anda setuju ( I Agree ) dengan segala syarat yang telah diberi..
TAHUKAH anda..kekadang didalam borang pendaftaran ada diselitkan bahawa anda setuju  membuat bayaran  terus selepas selesai mengisi borang,.Jadi berhati-hati semasa mengisi borang pendataran yang meminta anda memasukkan maklumat Kad kredit atau Debit kad anda ataupun alamat email Paypal anda..

- Faham kelayakan anda dengan apa yang ditawarkan.
Perkara seterusnya yang harus anda faham ialah, anda harus tahu kelayakan anda dengan tawaran yang anda terima. Maksudnya kekadang tawaran yang ditawarkan tidak dapat digunakan untuk negara kita. Jadi anda akan lakukan sesuatu kerja yang sia-sia dan membuang masa.

- Tidak semua lumayan.
Ini adalah ayat yang sering digunakan untuk menarik perhatian anda, tidak semua yang ditawarkan oleh mereka adalah lumayan, anda harus ingat bukan mudah hendak menjadi senang, kecuali nasib anda baik..

- Ikuti setiap syarat.
Fahami dan ikuti setiap syarat yang telah ditetapkan, jangan anda main belakang apabila berurus niaga dengan Internet, jangan fikir kita hebat..kerana mereka lagi hebat dari kita.

- Kenali perbezaan antara benar atau tidak
Paling penting ialah anda harus memilih tawaran yang diterima dari syarikat-syarikat yang diyakini sahaja. Jika boleh buat rujukan tentang syarikat terbabit terlebih dahulu, kerana terdapat tawaran yang hanya menggunakan anda..

Semoga anda berjaya..

KEKOMSYAZONE TEAM


0 Pertanyaan: